Dah makan separuh lauk ni baru perasan ada surat cinta.
First time order kat kedai ni @ Foodpanda. Biasa order kat kedai yang dah biasa je. Kadang2 je tukar kedai lain.
Rezeki Pak Ajan sebab boleh order lauk sahaja. Saya tak makan nasi. Ada rezeki kita order lagi.
Kadang kita beli walaupun boleh masak. Itu cara kita support orang pada zaman sekarang.
Untuk rider2 janganlah korang kedekut tip. Jika mampu bagi je semaksimumnya tip tu.
Ramai orang tengah struggle sekarang. Mereka cuma nak mencari rezeki yang halal.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan mereka2 yang sedang berjuang. Amin







