Hari pertama masuk ofis untuk tugasan rasmi sejak PKP.

Gambar pun tak sempat ambik. Agenda hari ni meeting dengan kumpulan kecil satu demi satu.

Sempat ambil gambar suspek yang mengacau mak kat ofis hari ni. Kecoh sebab dia. Bukan apa pun, nak kita dengan ayah dia je. Dengan orang lain tak berapa nak dan ada yang tak nak langsung. Dulu kakak dan abang nak je dengan semua orang. Si bongsu ni memilih pulak.

Lain weh cabaran anak 5 dengan 6 ni. 😂
Kita duk umah je la adik. Buat kerja dari rumah walaupun tak sama. Demi adik.

Insyaallah, stokis-stokis dan agen semua dah hebat, staf pun insyaallah dah tahu nak buat apa.

Jom sambung golek – golek.

Dari usahawan sepenuh masa jadi mak Surfina sepenuh masa. 😅

Tengoklah muka tu, nampak puas hati sangat dapat curi perhatian mak dia. Biasa dia.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply