Dilema anak-anak tahfiz
Menghafal al Quran sahaja dan ilmu agama lain terabai. Akademik yang katanya diselitkan pun entah ke mana. Musim PKP lagi terserlah lompong yang selama ini cuba ditutup.
Berapa banyak tahfiz yang tekankan hafazan semata,adab dan akhlak sangat kurang ditekankan,cabang ilmu lain entah ke mana,malahan solat juga ke laut.
Penunggang agama cara moden. Suara ibu bapa tidak diendahkan,apa yang penting dapat kutip yuran.
Sekolah tahfiz yang bagus tak perlu terasa ye,saya tak maksudkan semua.
Sesungguhnya tahfiz yang memang nak buat duit semata memang wujud.
Tahfiz yang lebih kurang dalam segala hal juga wujud.
Jika sekolah kerajaan ada pemantauan rapi dari kementerian,siapa yang memantau rapi pusat tahfiz ini?
Kawan pernah siasat dan buat aduan,jawapannya tidak dikawal rapi dan mereka sangat bebas. Malah ada aduan yang diabaikan sebab KPM tak cukup tangan mungkin.
Ibu bapa,pandai-pandailah menapis. Kepada pihak yang berkenaan,ambil sebagai teguran membina. Komen cliche biasanya ” Ini komen memfitnah pusat tahfiz”
” Ini tuduhan tak berasas”
Jika anda bukan begitu tak perlu terasa,ini untuk pusat tahfiz yang sebenarnya bermasalah.
Kisah benar. Sekian.
Nfam,
Tak cari yang sempurna,cukuplah mampu menjadikan anak orang beriman yang boleh berjaya dunia akhirat.