Skip to main content
Keluarga

Tanggungjawab Wajib Dipikul

Throwback 1 Mac 2015

Bukan sesuatu yang mudah juga sebenarnya
Dengan pelbagai tanggungjawab yang digalas..

sebagai hamba Allah itu dah tentu,
sebagai seorang isteri dan ibu kepada 5 orang anak yang pelbagai ragam dan kerenah

Tugas hakiki sebagai guru yang menuntut kesabaran yang sangat hebat (bayangkan jika seorang doktor merawat pesakitnya berpuluh orang dalam 1 masa,apa jadi? Itulah antara tanggungjawab seorang guru

Sebagai anak sulung dari dua beradik cuma
bersama menjaga dan memantau ibu yang menghidap penyakit kencing manis,darah tinggi
dan ayah yang strok sudah hampir 2 tahun terlantar,pakai pampers,tak boleh berjalan,perlu dimandikan dan perlu diberikan makanan.

Sekadar ingin menyampaikan mesej :

— > Hidup mesti ingat Allah swt selalu dan berpegang kepada agama.Jika dah letak agama nombor satu,dunia akan mengejarmu dengan sendirinya tak perlu kau terhegeh-hegeh mengejar dunia yang tiada penghujung. Dunia ibarat bayang-bayang yang tak tercapai dek sesiapa.

—> Jika kita rasa kita susah,ingatlah ada orang yang lebih susah dari kita. Jika mereka boleh sabar,kenapa tidak kita?

—> Sekiranya keinginan untuk berjaya memang kuat,tiada apa yang patut dijadikan penghalang kecuali dengan izin Allah swt

—> Berbuat baiklah kepada orang tua,insyaAllah hidup akan tenang. Duit boleh dicari,di mana-mana,tapi mampukah kau beli ketenangan di mana-mana?
Jika pergi bercuti buat kau rasa tenang,cuba kau ingat,berapa lama ketenangan itu? Sekejap bukan

Back to basic

#statusbajetbaguskot

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply