Kisah Inspirasi

Tentang Hijrah.

Tentang hijrah – perjalanan membesarkan anak normal vs anak istimewa
1. Ingat tak aku ada cerita tentang anak aku yang aktif sedikit,akal panjang dan bila hantar ke sekolah pra dia lari je. Jadi aku biarkan dia unschooling,masa tu 3 orang anak2 aku yang sekarang dah besar,mereka sempat merasa sekolah sampai darjah 1 @ 2. Tapi dia ni langsung tak nak pergi.
2. Aku fikir tabiat dia kot. Jadi bila aku berpindah buat bisnes dari rumah ke premis di pinggir bandar,aku hantar dia dengan adik dia ke tadika al-Baghdadi. Aku mohon tumpang belajar walaupun masa tu umur dia dalam 7 @ 8 tahun macam tu.
3. Selepas duk hantar dalam beberapa minggu,di situlah guru besarnya dapat detect sesuatu dengan anak aku tu. Satu hari dia call aku dan bagitahu dia syak something. Aku ucapkan terima kasih pada dia dan aku kata aku akan check insyaAllah.
4. Tanpa membuang masa aku Google kat mana aku boleh sahkan benda ni. Aku pun hubungi pusat tu. Temujanji demi temujanji dan sesi penilaian,akhirnya terjawab persoalan.
5. “Anak puan diagnosed ADHD” kata psikologis kanak2 tu.
“Ha,apa tu doktor” aku tanya dia. Aku tak pernah dengar benda ni.
Lalu dia menerangkan pada aku panjang lebar,sambil ulas report beberapa helai mukasurat yang dia dah buat,dengan begitu terperinci. Masa tu aku cuba menahan sebak sebab masih terkejut bila baru dapat tahu anak aku tu istimewa sebenarnya. Patutlah perangai dia lain sikit kadang aku tengok.
6. Psikologis tu juga mengajar aku apa yang aku boleh buat dan beberapa cadangan lain. Maka bermulalah pencarian aku tentang ADHD,yang merupakan satu benda baru dalam hidup aku untuk aku pelajari. Aku bagitahu balik guru besar sekolah Al Baghdadi tu,dia pula tak boleh terima. Dia cakap “anak puan pandai sebenarnya”. Asyik ulang je. Ye,memang dia seorang anak yang bijak sebenarnya. Besar jasa guru besar tu,dialah asbab aku tahu tentang anak tu. Aku doakan dia dipermudahkan segala urusan. Bagi aku dia seorang yang sangat baik dan cakna.
7. Aku perlu belajar mendalam pasal ADHD supaya aku dapat membantu anak aku untuk hidup dalam dunia yang mencabar ini. 8 tahun aku melayani dia macam budak normal,marah dia kadang2,sebab tak tahu dia special. Allahu,down rasa masa tu.
8. Tapi kan,sebab aku dah treat dia macam budak biasa,kalau orang tengok anak aku tu nampak biasa je. Bukan jenis sekali tengok dah nampak kan istimewanya tu. Alhamdulillah.
9. Hasil pencarian aku juga,aku dapat banyak info. Dan aku bagitahu suami,kali ni kita memang kena pindah sebab nak bantu anak tu belajar di tempat yang sepatutnya,bukan sekolah biasa. Aku tak nak hantar PPKI sebab aku tak nak dia rasa pelik kenapa hantar sekolah macam tu. Kami tak bagitahu dia pasal ni.
10. Inilah sebab terbesar kenapa kami berhijrah,dan adik beradik yang lain terpaksa pindah sekali,demi dia. Itulah antara pengorbanan mereka,walaupun masa tu mereka suka dah duduk madrasah tu. Ada isu,tapi mereka masih nak belajar sana,aku pujuk dan terpaksa bagitahu mereka,yang adik mereka istimewa. Aku terangkan pada mereka tentang ADHD dan minta mereka bagi kerjasama untuk bantu anak aku tu untuk dia hidup seperti biasa.
11. Selepas berhijrah,barulah aku sempat cari private school untuk anak aku tu. Itu pun puas cari pelbagai info,aku puas hati dengan sekolah ni.
12. Sebelum itu aku sempat bawa anak aku untuk coaching dengan seorang coach ADHD yang mana dia sendiri ADHD. Banyak dia berikan tip kepada kami dan pesanan buat anak aku. Masih aku teringat coach tu bertanya “ dia ada adik perempuan kan? Adik dia ok ke”
“Aah adik dia ok je “
“Owh sebab kadang2 adik pun ada “ dia kata
“So far saya tengok dia ok,alhamdulillah “
“ Ok baik” dia kata
13. Maka bermulalah sesi anak aku tu kat private school untuk anak istimewa tu. Tak apalah walaupun berbayar,aku dan suami nak yang terbaik untuk dia. Masih lagi aku ingat,aku sebenarnya perasan juga kenapa ye bila aku cuba ajar dia,tak dapat fokus dan cepat sangat lupa. Aku fikir nanti makin besar ok kot.
14. Rupanya itulah tanda2 ADHD,secara ringkasnya mereka ini aktif dia ada beberapa kategori,sama ada aktif,hyperaktif atau pendiam. Bila cuba belajar sesuatu dia cepat lupa. Bila nak kena fokus,dia tak dapat fokus lebih dari 10-20 minit. Ada lagi beberapa tanda lain,jangan diagnosed sendiri,jumpalah psikologis dan pakar untuk mengesahkan. Pada aku ini satu bidang yang memang diperlukan,ianya berbeza dengan rawatan moden yang berakhir dengan makan ubat. Lain
15. Jadi di private school untuk anak istimewa tu,anak aku berjaya menguasai kemahiran 3M tak sampai beberapa bulan sahaja. Sebab apa? Sebab mereka ada cara tersendiri untuk mengajar anak istimewa. Ada kaedah berbeza. Tak sangka anak aku boleh membaca dengan laju,menulis dan mengira. Syukur sangat.
16. Jadi aku sebagai ex guru biasa mana boleh nak ajar dia. Bukan kepakaran aku. Patutlah aku pelik,kenapa yang lain ok je tapi anak yang ni aku tak boleh nak ajar dia.
17. Masa berjalan berganti tahun. Alhamdulillah dia menunjukkan perubahan yang baik. Di sana mereka juga ada ajar ilmu dan skill2 lain termasuk pengurusan diri. Ada sesi pagi sampai petang tapi dia nak sesi pagi je. Bosan katanya duduk lama2. Hehe
18. Dalam kelas juga mereka tak ambil ramai pelajar. Dalam 3-6 orang macam tu je. Guru2 juga rajin hantar video perkembangan anak2 hampir setiap hari,dan bila ambil laporan pun detail mereka boleh terangkan.
19. Aku dapat rasa pengasasnya sangat ikhlas dengan anak2. Dia sayangkan budak2 yang belajar di situ. Dia sangat memahami mungkin sebab dia juga istimewa iaitu Disleksia,tapi dia berjaya buktikan dia mampu berjaya. Sekali tengok tak nampak pun.
20. Pada suatu hari,ada sesuatu berlaku antara aku dengan anak perempaun aku yang kelima,iaitu adik pada anak aku yang istimewa tu. Aku lupa apa,tapi setahu aku dia selalu buat benda yang membuatkan aku tension dan stress kadang.
21. Bayangkan dia seorang yang sangat suka bercakap,selalu kacau aku ajak borak dan main masa aku buat kerja dari rumah dan macam2 lagi. Aku tergerak hati nak baca balik info2 tentang ADHD yang aku ada simpan.
22. Rasa nak gugur jantung. Aku terus menangis. Allahu,semua tanda2 ni boleh kata ada dengan dia. Macam mana aku boleh tak perasan? Aku saja send info tanda2 ADHD tu pada kakak dia dan nak tengok reaksi dia. Lepas baca dia terus taip nama anak aku tu. Maksudnya dia pun dapat rasa penulisan tu sebijik kena dengan anak aku yang kelima.
23. Aku kuatkan hati,aku buat temujanji di tempat yang sama. Aku lalui semua proses seperti dulu. Dan akhirnya persoalan pun terjawab. Aku menahan sebak dan sedih tengok muka anak aku tu. Banyaknya dosa aku kat dia sebab pernah marah dia. Hanya sebab aku tak faham dia. 😭
24. Suami pula dari awal bila aku kata anak kita istimewa,dia tak boleh terima sebenarnya. Puas aku cakap macam2. Hampir bergaduh juga kami. Tapi lama kelamaan dia dah boleh terima,bila dia tengok apa yang aku kata tu banyak yang betul. Malah dia pun bagi kerjasama dalam urusan anak2 kami sebab ini tanggungjawab mak ayah.
25. Ramai parent akan in denial benda ni. Tolonglah letak tepi ego dan in denial korang demi kebaikan anak2 korang. Tak hinanya ada anak istimewa ni,malah mereka tu anugerah dan ladang pahala buat kita. Yang hina bila kita ni malu dengan anugerah Allah pada kita.
26. Aku juga tersedar yang betapa ramainya bekas anak2 murid aku di sekolah yang rupanya ada masalah ADHD ni,yang di cop oleh setengah orang sebagai “bodoh”, “nakal” ,”lembap”,tapi undiagnosed. Guru tak didedahkan pasal benda ni,yang tahu cuma guru2 PPKI. Jadi guru2 kelas perdana akan mengajar macam biasa,tak ramai yang tahu pasal anak2 istimewa ni. Kasihan mereka,aku pun hanya tahu pasal benda ni lepas dah berhenti jadi guru.
27. Walaupun aku tak pernah cop bekas murid macam tu,tapi aku rasa kesian,sebab mereka terpaksa belajar di kelas arus perdana sedangkan mereka berbeza. Aku harap mak ayah dan guru2 yang mengajar mereka akan sedar benda ni dan sempat buat apa yang patut.
28. Masa aku tahu anak kelima pula ADHD,aku berasa seperti baru je aku nak tarik nafas lega sebab anak keempat dah makin ok,tapi diuji lagi. Tapi aku redha,sebab setiap ujian mendekatkan lagi aku dengan Allah,alhamdulillah.
29. Rezeki masa tu mencurah2,walaupun aku terpaksa berhijrah jauh dari ofis,dan tak dapat nak masuk ofis hari2 dah macam dulu.
30. Sebab tu aku tak setuju kalau orang kata buat bisnes nanti tak ada masa dengan anak,kejar dunia,dan macam2 lagi.
31. Faktanya,sebab buat bisnes la aku mampu berhijrah, mampu hantar anak aku ke private school untuk anak istimewa yang memerlukan kos. Aku korbankan masa untuk bisnes untuk utamakan anak2 aku. Sebab tu aku sensitif kalau orang kata orang bisnes ni kejar dunia dan tak kesah dengan anak2 .Yes,mungkin ada,tapi tak semua.
32. Dalam kesibukan aku dengan anak2 yang geng kecil ni,aku ada terlepas pandang sikit pada anak aku yang dah besar. Rupanya seorang lagi anak aku merupakan SLD. Masa ni aku dah tak nangis lagi,aku terima dengan hati yang tenang. Cuma aku berasa seperti,baru je aku faham tentang ADHD,sekarang aku kena belajar tentang SLD pula. Tak apalah,aku akan terus belajar semua benda ni,demi untuk anak2 aku.
33. Untuk makluman,aku ada anak2 yang terkesan akibat vaksin atau kita panggil AEFI. Aku perasan masa dia kecik dulu,bila kena cucuk je demam dan lemah. Aku just mengikut je dulu tak ada ilmu. Orang cucuk anak, aku pun pergi cucuk. Rupanya benda tu tak elok dan boleh memudaratkan. Dan paling aku tak tahu rupanya tak wajib pun. Tak cucuk pun tetap boleh ke sekolah. Ramai salah faham sebab ada pihak yang suka mengelirukan.
34. So anak tu aku ada masalah saraf yang mana dulu aku bawa jumpa pakar pun dia tak boleh buat apa. Keadaan dia makin teruk masa cucuk darjah 1 tu la,dia terus kena. Sebelum itu tak nampak sangat lagi. Tapi masa tu siapalah tahu sebab cucuk jadi macam tu kan. Lepas dah lama tu baru kita ambil tahu,dan barulah sedar. Sedih aku,tapi dah terlambat.
35. Akibat dari masalah saraf tersebut,ia melemahkan juga otak dan keupayaan dalaman dia. Benda ni menjejaskan juga kehidupan seharian dia. Maka aku pun bawa dia ke tempat biasa aku pergi untuk check. Dia kata kalau umur dah besar sikit dia refer tempat lain.
36. Sesi demi sesi dan penilaian berjalan,maka keputusan pun keluar. Dia disahkan IDD. Apa pulak ni aku kata. Puas aku cari info tapi sangatlah kurang. Psikologis terangkan pada aku secara ringkas,maybe sebab dia pun jarang jumpa kes macam tu. Maka pandai2 aku lah nak mencari info.
37. So total aku ada 4 orang anak istimewa,dan aku harap yang 2 orang lagi ok. So far nampak ok sahaja mereka. Tapi anak2 aku semua tak nampak sangat “istimewa” mereka kalau tak diperhatikan dengan detail. Maybe sebab aku dah layan mereka macam budak normal sudah lama.
38. Tapi tetaplah tak boleh nak layan sama sahaja macam budak normal sebab mereka ada cara tersendiri. ADHD,SLD dan IDD- semua ni ada pendekatan tersendiri. Inilah yang aku masih lagi belajar dari info yang ada,di samping membuat pemerhatian dan kajian sendiri berdasarkan kes study depan mata aku sendiri. Maaflah geng teori kalau pendapat kita tak sama.
39. Kalau ada yang tanya semua benda ni ada kaitan tak dengan vaksin? Yes,aku boleh cakap ada. Banyak bukti sebenarnya korang boleh dapat perkaitannya,dan info ni bukan yang dalam negara je,tapi seluruh dunia,tinggal ambil tahu ke tak je. Kalau tak ambil tahu,janganlah main terjah. Ambil tahu dulu. Jangan jari lagi laju mengecop orang itu ini. Korang boleh tengok di komen aku share kat mana boleh baca sebab aku ada kumpul juga info2.
40. Kadar autisme pun semakin meningkat dengan pertambahan kadar imunisasi kat Malaysia ni,malah benda ni berlaku di seluruh dunia.Semua ni ada perkaitan ye. Kesianlah dekat anak2. Tolonglah lindungi mereka dengan membetulkan apa yang patut.
Benda2 macam ni ada aku kumpulkan dalam channel dan group khas,korang boleh kaji dalam tu and make your own research la,better. Aku tak suruh korang percaya cakap aku,tapi sila tabayun
Esok aku sambung kisah aku dari mak2 yang menurut je prosedur bawa anak ke klinik sampai jadi rebel macam ni. Dan apa kesilapan paling bodoh yang aku pernah buat dalam hidup yang sampai sekarang kalau aku teringat,automatik boleh menitis air mata penyesalan.
Semoga korang dapat manfaat dari penulisan aku. Yang baik dari Allah,yang tak tu dari kelemahan aku sendiri.
Jumpa esok macam biasa,8am. Thanks baca sampai habis.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply