Kisah Inspirasi

Tentang Hijrah.

Tentang hijrah – perjalanan dari sebuah sistem pendidikan kepada homeschooling
1. Aku dulu sama sahaja seperti orang lain. Dapat anak,cukup masa hantar sekolah macam biasa. Aku ada pengalaman macam orang lain juga walaupun tiada seorang pun anak aku yang belajar lebih dari darjah 3,sebab paling lama pun darjah 2,itu pun 3 orang yang teratas.
2. Sebelum ada anak lagi,aku dan suami selalu bercakap tentang nak hantar anak ke sekolah tahfiz. Itu impian kami.
3. Tapi sampai masa,tak tahu kenapa,kami daftar anak di sekolah rendah macam biasa,bermula dengan pra sekolah seawal 4 @ 5 tahun. Biasanya aku hantar umur dalam 5 tahun.
4. Nak dijadikan cerita,satu hari ada peristiwa berlaku apabila anak aku ditukarkan ke kelas belakang tanpa pengetahuan aku,selepas dia sudah berada di kelas depan.
5. Apa yang aku ralat,setiap kali aku tanya tentang prestasi anak aku,guru2 yang mengajarnya akan kata semuanya baik,semuanya ok,berpotensi bla bla bla. Tup2 diletakkan di kelas belakang. Anak aku menangis sebab dia dah ada kawan2 baik di kelas pertama.
6. Aku tersentap sangat,sebab yang buat tu adalah rakan sekerja aku sendiri. Aku bukan tak boleh terima,tapi kenapa selepas dah letak kelas pertama,tiba2 nak tukar kelas belakang. At least bagilah tahu aku dulu supaya aku boleh slow talk dengan anak aku,korang bukan duduk jauh dari aku pun. Bukan aku tak boleh terima anak aku kalau betul dia di kelas belakang,tapi cara tu yang tak kena.
7. Bila aku minta penjelasan,mereka gagal berikan jawapan yang memuaskan hati dan cuba mengelak. Dan ada seorang tu tak pasal2 jadikan aku musuh dia walaupun aku belum sempat tanya apa2. Nampak tak motifnya di situ? Kalau betul buat benda yang tak salah,kenapa mengelak? Kenapa tak nak berdepan dengan aku?
Tapi tak apa,benda dah lama,aku pun dah lama memaafkan mereka semua. Aku tak suka nak berdendam. Cuma aku tak boleh lupa,itu je.
8. Peristiwa itu betul2 buat kan aku down sebab anak aku menangis,dan walaupun dia menangis,guru biarkan sahaja. Lalu aku ajak dia balik terus rumah,dan cutikan dia sementara. Tak silap aku,itulah hari terakhir dia di sekolah,iaitu minggu pertama ketika darjah 3 sesi persekolahan yang baru dibuka. Tapi anak aku yang no 2 dan 3 masih bersekolah lagi masa tu,seorang pra dan seorang darjah 1.
9. Aku perlukan masa untuk bertenang. Aku mohon doa kepada Allah,untuk berikan aku petunjuk. Entah macam mana,aku teringin sangat nak jumpa orang2 alim. Untuk memohon nasihat sebab aku betul2 sedih dan down.
10. Suami pun rasa macam aku rasa juga. Lalu kami pergi ke destinasi pertama. Masa tu arwah masih lagi menjadi menteri kalau tak silap. Aku Google cari no dia,bagi pada suami. Sekali call terus jawab. Allah,biar betul. Senangnya berurusan. Suami pun bagitahu hajat. Beliau pun bagitahu lokasi kat mana boleh jumpa dia.
11. Petang itu sempatlah suami bawa anak2 jumpa dengan orang alim itu. Beliaulah arwah Tok guru Nik Aziz yang selama ini aku hanya baca dan tengok dia di media. Humble sangat orangnya. Kasih dengan budak2 dan dapat rasa keikhlasan dan kasih sayang dia tu walaupun dengan orang yang tak dikenali. Dia usap2 kepala anak2 sambil berikan nasihat.
12. Pertemuan itu berlaku di masjid sebelah rumah tok guru. Walaupun beliau tak sihat,tapi tetap beliau ke masjid untuk solat. Suami dan anak2 solat sekali,lepas tu baru jumpa. Pertemuan yang akan dikenang selamanya,sebab beberapa tahun selepas itu beliau kembali ke Rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Besar jasa beliau dalam memandaikan umat Islam tentang agama sehingga non Muslim pun menghormati beliau.
13. Pencarian kedua tak lama selepas itu,kami ke Utara. Aku pun lupa macam mana aku boleh tahu pasal orang alim ni. Tak silap aku ada kawan yang share dengan aku rasanya. Aku mencari info tentang beliau dan kami bergerak ke Utara.
14. Oh ye,waktu ni aku sebenarnya sedang merisaukan tentang anak ke 4 aku,yang sangat aktif dan tak nak ke sekolah. Dia selalu buat benda yang di luar jangkaan.
Jadi aku mahu mohon nasihat tentang anak ke- 4 aku tu,sambil nasihat untuk anak sulung aku yang akan ke tahfiz.
15. Arwah Pak Su Mid sempat memberikan kata2 hikmah pada kami. Dia kata “budak ni cerdik sebenarnya -jangan risau “. Lega hati aku mendengarnya. Dan dia tanya aku anak semua berapa “ aku jawab 5” ,masa tu Syibi belum ada lagi.
“Mak anak ramai ni cerdik sebenarnya “,yang ni aku ambil masa bertahun baru aku faham maksud beliau.
16. Arwah sempat doakan dan bacakan ayat2 suci Al Quran pada anak serta bagi nasihat sebelum kami balik.
17. Selepas itu aku rasa lebih yakin dengan keputusan yang kami buat. Hantar anak ke tahfiz. Kami cari yang terdekat,tapi tak dekat mana juga. Hari2 suami berulang lebih kurang 30-40 minit untuk hantar dan petang ambil. Bertahun2 suami berkorbankan masa dan tenaga untuk hantar dan ambil anak.
18. Malangnya ada peristiwa tak berapa best berlaku,kami pindahkan anak ke madrasah lain. Masa ni anak no 2 dah mula ikut abang dia,sebab aku suruh dia sekolah sampai darjah 2 je. Cukuplah ada pengalaman sekolah sekejap.
19. Jadi mereka berdua ni,duduk di madrasah tu. Sedih juga mereka awal2 tu. Kami pun sedih dan berat hati,tak pernah lagi berpisah dengan anak. Risau pun ada.
20. Tapi hampir setiap minggu kami pergi melawat,kadang2 je 2-3 minggu sekali.
21. Anak ketiga pula,perempuan ikut jejak di sekolah tersebut masa umur 9 tahun. Yang ini manja lebih,asyik menangis sahaja. Aku kuatkan semangat dia. Dia banyak juga tak pergi. Tapi sempatlah merasa duduk situ umur 9-10 tahun. Lepas tu lama dia unschooling sebab dia tak nak pergi dah.
22. Aku beberapa kali suarakan pada suami niat untuk berhijrah. Aku kata nak hidup berdikari dan nak merasa hidup dengan anak2 sahaja. Sebab masa tu kan duduk sekali dengan mak dan adik,serta dikelilingi saudara mara,anak aku kadang tak banyak masa dengan aku,tambahan aku sibuk sikit. Saudara mara pula baik2 dan selalu tengokkan anak2 aku. Jadi kadang mereka jadi manja. Macam aku pernah cerita,bila aku tegur mereka di rumah belakang,mereka lari ke rumah depan. Mengadu pada nenek saudara mereka. Hehe
23. Tapi sesibuk mana pun aku,alhamdulillah anak2 pandai solat aku yang ajar. Aku juga sempat mengajar mereka mengaji,dan ilmu2 lain. Aku wujudkan ruang musolla yang luas di rumah,dan mini perpustakaan. Situlah tempat selalu aku berkumpul dengan anak2. Aku juga galakkan mereka membaca buku2 yang aku sediakan di situ. Entah berapa puluh ribu aku berhabis untuk mini perpustakaan itu. Masa tu dekat rumah,ada beberapa sudut lain juga aku letak rak buku. Aku nak anak2 biasa tengok buku di mana2. Sebab nak wujudkan budaya membaca.
24. Kadang2 aku bacakan buku pada mereka. Kadang2 ayah mereka baca kitab. Begitulah,tapi taklah hari2 pun kadang. Datang time busy,mereka ke mana,aku ke mana. Hehe
25. Sebagai anak kampung,aku memang bagi anak2 aku explore alam. Anak orang lain kena kunci dalam rumah,anak aku lasak,ke sana ke sini. Aku memang nak mereka rasa seperti aku dulu. Cuma aku minta mereka berhati2 dan selalu bagitahu ke mana mereka pergi,sambil suami pun selalu berpesan pada orang2 sekitar dan orang kampung yang dikenali untuk tegur anak kami kalau ada buat apa2. Alhamdulillah anak2 takut sikit sebab diorang tahu,kami bukan jenis back up anak,sampai apa2 berita kami akan siasat.
26. Masa berjalan,jodoh anak2 di madrasah kedua pun tak lama. Sekali lagi aku ajak suami berpindah. Kali ni suami bersetuju sebab dia pun dah rasa masanya sudah tiba.
27. Aku cadangkan Bangi,suami pula cadang nak berpindah ke Gombak,sebab sebelah je dengan Bentong. Jadi nak balik jenguk orang tua pun senang. Aku setuju. Tapi aku cakap dengan dia,nak duduk rumah kampung. Sebab aku nak bagi anak2 rasa hidup susah macam aku dan suami dulu.
28. Rumah kampung yang kami cari tu,jalannya sangat sempit,dan parking kereta pun susah,suami tak berkenan. Kami pergi makan area dekat dengan UIA,borak dengan makcik kedai tu. Dia cakap ada rumah usang dekat dengan situ,owner dia nak jual je,harga murah. Aku bagitahu suami aku ok dah situ,lagi usang lagi bagus. Hehe
29. Suami tak setuju. Dia kata teruk sangat. Dia kata takpe dia tahu satu taman ni,dia pernah lalu situ dulu. Dia pun bawa aku ke situ. Kebetulan ada iklan rumah untuk disewa. Dia kata,kita duduk sini lah. Aku tengok rumah tu,hmmm. Macam tak ada aura je. Takpelah,mungkin pilihan suami tu yang terbaik,aku cuba redha.
30. Lepas dah deal dengan owner,kami pun duduk. Owner Melayu bergelar Dato,rupanya tu rumah pertama dia lepas pindah KL,dan dia sayang sangat rumah tu sebab di situlah dia bermula dari bawah sampai berjaya. Wah,ada cerita rumah ni. Anak2 dia pun berjaya semuanya. Aku harap dapatlah tempias pada kami nanti. Cewah.
31. Rumah teres biasa,2 tingkat,3 bilik dan 3 bilik air. Bolehlah untuk aku ajar anak2 aku erti kesusahan. Walaupun masa tu kami mampu menyewa di kawasan perumahan yang lebih selesa,tapi kami memilih untuk tidak mewahkan anak2. Biarlah duduk rumah biasa.
32. Antara sebab aku berpindah ialah aku suarakan pada suami “ saya teringin nak anak2 saya semua duduk sekali dengan saya. Saya teringin masak hari2 bagi diorang makan. Saya teringin besarkan sendiri anak2 saya” – yang membuatkan suami cuba tunaikan permintaan aku.
33. Mak aku baik sangat,dia manjakan aku sikit. Tak bagi aku masak,anak2 aku pun dia nak jaga. Allah je mampu membalas jasa mak aku.Terima kasih banyak mak.
Tapi aku ingin berdikari. Aku nak kumpulkan anak2 aku jauh dari saudara mara supaya mereka ada masa dengan aku. Kalau tak boleh tahan bersepah anak2 aku,sekejap di rumah belakang sekejap di depan. Hahaha.
34. Sebab kedua ialah aku dah penat tukar2 tahfiz dan madrasah anak,tak silap dah sampai 4@5 lebih kurang. Ada je yang tak kena,dan ada yang aku terpaksa pindahkan sebab aku dah nak berhijrah.
35. Aku bukannya nak yang perfect ke apa,tapi kalau benda basic pun gagal,agak mengecewakanlah juga. Kata sekolah tahfiz bagai,tapi tak ikut sunnah nabi iaitu berkasar dan bersikap tak seperti orang agama kadang. Jangan tanyalah ye sekolah mana. Please,aku tak nak dedahkan aib sesiapa pun. Lagi pun kes macam ni banyak je tempat yang berlaku,bukan tempat aku hantar anak je. Untuk faham lebih lanjut point ni boleh baca perkongsian aku tentang isu ni kat komen.
36. Jadi di Gombak aku hantar anak ke sekolah tahfiz dekat dengan rumah. Lepas selidik serba sedikit sebab info kurang,sekolah tu baru beberapa tahun,kami daftarkan anak2.
Bayar boleh tahan mahal seorang RM1k+. Akhirnya sini pun aku terpaksa berhentikan anak2 sebab bayar mahal2 tapi fokus pada hafalan semata. Yang lain semua ke laut. Sekali lagi aku kecewa.
37. Aku sempat hantar anak ke sekolah agama yang terkenal juga. Sini aku rasa ok sikit,tapi aku terpaksa berhentikan anak sebab tak lama tu PKP,anak aku tak boleh nak bawak sebab ada akademik,yang diorang dah lama tinggal. Dari diorang stress,aku stress,lebih baik berhenti. Itulah last mereka ke sekolah sebelum aku decide homeschooling sepenuhnya.
38. Oh ye,sebenarnya ada dua lagi faktor utama yang membuatkan kami ambil keputusan perlu berhijrah. Walaupun anak2 suka dengan madrasah kedua yang mereka belajar,mereka terpaksa berkorban untuk adik mereka yang nombor empat.
Aku sambung esok ye korang. Terima kasih baca sampai habis. 😊
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply