Kisah Inspirasi

Tentang hijrah.

Tentang hijrah – raya dulu vs raya sekarang
“Dulu masa kecik seronok raya,dah besar ni biasa je la sambut gitu2 je”
Biasa dengar ayat macam ni?
Sebab apa jadi macam tu?
Ini kemungkinannya,tapi mungkin lain orang lain sebab. Aku cuma kongsikan mengikut pengalaman dan pandangan aku sahaja.
1. Dulu asal bulan puasa je dah sibuk dah nak kira berapa hari lagi nak raya. Memang tertunggu-tunggu nak raya.
2. Apa yang bestnya raya ni?
– Boleh balik kampung
– Boleh berjumpa sepupu2 dan sanak saudara
– Boleh pasang lagu raya kuat2
– Boleh makan kuih raya sedap2
– Boleh beli baju raya
– Paling best- dapat kutip duit raya sana sini
Dan macam2 lagi
3. Bila dah semakin berumur,kita dah hilang keseronokan tu. Dah tak dapat duit raya macam dulu. Dah segan nak pergi beraya rumah orang yang mana dulu kita main terjah je walaupun tak kenal.
4. Bagi yang belajar ilmu agama,akan semakin sedar erti raya yang sebenar. Mereka faham puasa untuk apa sebenarnya dan mula merasakan yang sebenarnya yang best adalah puasa,bukan raya.
5. Mereka mula sedar,puasalah peluang untuk transformasi diri,tarbiyah diri dan jadi madrasah untuk kembalikan diri ke fitrah yang sebenar.
6. Dari sudut kesihatan juga puasa menjadikan kita lebih sihat. Tapi sayangnya acara berbuka dengan terlalu banyak makanan2 yg tidak berkhasiat merosakkan sedikit faedah yang patut badan dapat.Jika teringin,ambillah sedikit sahaja,bukan “mentekedarah”
7. Puasa juga bukan sekadar menahan lapar dan dahaga seperti yang ramai buat,tetapi juga menahan diri dari melakukan perbuatan yang sia2 dan dosa. Tapi berapa ramai yang kita dapat lihat,perangainya di bulan puasa sama sahaja seperti bulan lain,malah ada yang jadi lebih teruk.
8. Paling menyedihkan,berapa ramai yang puasa tapi tak solat. Dan ramai yang solat tetapi tidak ke masjid. Bab ini memang lelaki yang perlu banyak ke masjid,kaum wanita biarlah banyak di rumah kerana itu lebih baik. Terawih pun orang ramai masa awal2 je,lepas tu dah makin kurang.
Tapi sayang,ramai tak buat terawih.
Aku sendiri terus terang lebih selesa terawih di rumah. Suami dan anak lelaki ke masjid. Aku ada cerita tak best bila pernah ke masjid dulu2. Jadi biarlah aku dengan anak2 perempuan kat rumah je.
9. Orang yang faham maksud puasa yang sebenar,akan lebih rindukan Ramadan berbanding raya. Tapi tipulah tiada kenangan raya yang kita rindukan sebab kita membesar dengan suasana raya yang sangat meriah. Cuma kenangan akan terus tinggal kenangan. Hidup mesti diteruskan.
10. Terimalah hakikat yang raya sebenarnya memang tak seseronok dulu semasa kanak2,sebab zaman kita dah berlalu. Biarlah anak2 kita yang merasakannya pula,tapi tolonglah beri kefahaman yang betul pada mereka yang raya ialah untuk meraikan kejayaan pada bulan Ramadan,bukan pesta untuk suka2 tanpa tahu sebabnya.
11. Ajarlah mereka tentang ;
– erti Ramadan yang sebenar
– kelebihan2 bulan Ramadan
– tentang azam mengubah diri di bulan Ramadan
– orang yang layak meraikan kejayaan pada 1 Syawal
– Raya Aidilfitri sebenarnya sehari sahaja
– Duit raya adalah ihsan dari orang untuk beri,bukan kewajipan,sedikit atau banyak mesti bersyukur,jangan buka sampul depan2 orang,apatah lagi dibuang pula sekitar rumah orang yang memberi.
– Adab menziarahi rumah orang
– Dan lain2 yang perlu
12. Selalu kita dengar ayat “ Tak seronok dah raya macam dulu “
Hakikatnya raya masih seronok juga sebenarnya. Kepuasan bagi orang yang mendapat “sesuatu” dalam bulan Ramadan.
13. Kejarlah “sesuatu” itu. Jika tidak kita akan jadi manusia yang rugi. Melepaskan peluang yang hanya datang setahun sekali.
14. Sayang betul Allah pada kita. Kita disuruh berpuasa maka dapatlah beri rehat pada perut dan anggota tubuh kita yang sudah bekerja keras 11 bulan yang lalu. Tapi sayangnya,kita tak istiqomah dalam menjaga perut kita.
Bukan itu sahaja,kita juga dapat beri “rehat” pada emosi dan mental kita yang dah burnout kadang2 selama 11 bulan yang lalu. Ramadan kita jadi lebih tenang. Tak tahulah orang lain,aku asal puasa je Allah bagi aku ilham dan idea lagi banyak. Aku boleh buat kerja dan aktif dari sahur sampai ke malam. Nikmat mana lagi yang hendak didustakan?
Kadang aku ambil juga peluang untuk qailullah sebab boleh refresh balik.
Setengah orang kata mereka mengantuk dan tak larat bila bulan puasa. Ini berpunca dari cara pemakanan juga. Korang belajarlah dalam group yang aku share ilmu2 percuma tu,aku nak kejar saham akhirat dengan berkongsi ilmu tu dengan korang. Berilah aku peluang bantu hidup korang lebih baik dengan menjaga pemakanan sebab aku dah bantu ramai orang bukan sahaja kurus tapi sihat. Semuanya dengan izin Allah. Benda tak jadi kat diri aku memang aku takkan share. Aku buat dulu dan korang boleh tengok sendiri result dia pada diri aku. Kalau ada orang mengaku nak orang sihat tapi dia sendiri tak nampak sihat,hati2 lah. Ramai orang pada hari ini hanya memikirkan keuntungan. Sedih kadang tengok cara mereka manipulasi orang.
15. Nabi dah bagitahu,banyak penyakit berpunca dari perut,maka jagalah apa yang masuk ke mulut kita. Berapa ramai pada hari ini mementingkan kesedapan di mulut yang hanya beberapa saat sedangkan badan tersiksa menerima makanan yang bukan2.
16. Selepas Ramadan,sambunglah puasa 6,disusuli puasa nabi Muhammad SAW setiap Isnin dan Khamis,atau puasa Nabi Daud AS puasa selang seli. Buatlah mana2 ikut kemampuan. Rasa sukar? Cuba buat IF dulu.
17. Bila kita berlapar,kita akan jadi lebih waras dan sabar berbanding ketika kenyang sangat. Jadi kalau nak jadi orang yang sihat dan cergas kena kerap berlapar.
18. Kita sudah sampai 10 hari terakhir. Beruntungnya jika kita dapat tingkatkan amalan kita 10 hari terakhir ini. Ada rezeki kita dapat Lailatul Qadar.
19. Cuba lihat,di manakah kita dan apa yang kita buat 10 hari terakhir ini? Bagi yang mencari rezeki,teruskan. Cuma luangkanlah juga masa untuk merebut peluang yang cuma datang setahun sekali,yang kita belum tahu akan dapat atau tidak tahun hadapan.
20. Raya adalah hari untuk bergembira,bukan bersedih2. Tapi ada orang kadang memang akan sedih,mengenangkan kesilapan2 dan org2 yang telah tiada. Tipulah tak sedih. Bersyukurlah jika masih ada orang tua,aku sudah tiada ayah sejak 2019. Ayah pergi meninggalkan kami di saat aku sudah berada di kemuncak kejayaan tapi dia dalam keadaan tak dapat nak menikmatinya sebab sudah terlantar sakit agak lama. Aku gagal bantu ayah aku sebab ilmu masih kurang. Aku cuma berharap aku dapat bantu seberapa ramai orang lain pula dengan ilmu2 yang aku dapat selepas ayah pergi.
21. Hargailah insan2 tersayang korang sementara masih ada. Utamakan mereka. Jadi apa2 mereka yang ada bersama dengan kita.
22. Dunia takkan habis jika dikejar,maka seimbangkanlah. Kejarlah dunia untuk akhirat,bukan kejar dunia untuk memenuhi nafsu semata.
23. Jadilah sebaik2 manusia yang bermanfaat kepada manusia lain. Buat apa pun fikirkan kesannya,baik atau buruk. Jika buruk,tinggalkan. Jika baik,teruskan walaupun dibenci.
24. Berusahalah menjadi tangan yang memberi kerana itu lebih baik. Berilah apa sahaja ikut kemampuan dari segi masa,tenaga,atau harta. Berkongsi ilmu juga sedekah. Memberilah sehingga kita tak mampu ingat apa yang kita beri dan pada siapa. Bukan dicanang2 kebaikan yang tak seberapa. Sembunyikan melainkan ianya bukan atas kapasiti individu,contohnya program syarikat.
25. Kita mati nanti hanya meninggalkan 3 perkara ;
– doa anak yang soleh
– ilmu yang ditinggalkan selagi diamalkan
– amal jariah kita
Tanya diri kita apa yang kita sudah dan sedang buat untuk mencapai kematian yang husnul khatimah dan dapat redha Allah?
Penulisan2 aku sebenarnya banyak yang aku tulis untuk aku mengingati diri sendiri.
Aku berkongsi bukan sebab aku baik,tapi sebab aku sendiri sedang bermujahadah. Ambillah yang baik,yang tidak sila abaikan. Aku juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Tapi tak pernah ada sehari pun aku tak berazam jadi lebih baik.
Bagi aku hidup tanpa ada perubahan ke arah kebaikan adalah sia-sia. Maka gunakanlah peluang itu,ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ;
– sihat sebelum sakit
– muda sebelum tua
– kaya sebelum miskin
– lapang sebelum sempit
– hidup sebelum mati

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply