DUGAAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN
Jangan pelik kalau dah nak hujung2 Ramadan ni ada selebriti ke,influencer ke buat benda2 bo#*# dan viral.
Memang motif mereka nak viral pun. Mereka nak orang berkata2 tentang mereka. Aku asalnya malas nak tulis pasal ni sebab aku pun jadi sama dah ulas. Tapi aku rasa bersalah kalau tak sampaikan pesanan ni.
Supaya korang boleh stop femeskan orang bo*#* macam ni.
Bukan itu sahaja,anda juga akan ditarik kepada pelbagai isu2 lain juga.
Korang kena faham..
Di kalangan kita ni,ada watak masing2. Ada yang kena mempengaruhi korang dari segi pandangan,pendirian,politik,agama,pendidikan,hiburan,kesihatan dan macam2 bidang lagi.
Mereka itu bukan sebarangan. Mereka ada komuniti mereka sendiri. Once dah terikat dengan komuniti tu,susah dah mereka nak jadi macam orang awam.
Mereka ini ada task2 sendiri. Suka atau tidak mereka kena lengkapkan task mereka tersebut.
Yang watak annoying akan terus buat benda2 yang nampak “bad”
Yang watak baik2 akan terus buat benda yang nampak “baik” tapi dalam masa yang sama menormalisasikan perkara buruk yang halus tanpa ramai yang sedar.
Yang watak berpendidikan akan terus berkongsikan “info2 ilmiah “ yang kononnya benar sedangkan fakta adalah sebaliknya.
Hidup akhir zaman ni kena banyak guna mata hati. Bukan semua yang anda lihat itu seperti yang anda nampak.
Ramai hari ni boleh melihat tapi sebenarnya “buta”
Ramai yang tertipu dengan apa yang mereka dihidangkan. Mereka tak mampu berfikir apa yang tersirat dan apa sebenarnya yang berlaku.
Jadi golongan ini akan mudah terpedaya dan mudah tertipu.
Lebih parah bila ada yang cuba sedarkan mereka,golongan ini juga paling laju mengecam orang yang cuba sedarkan mereka sebab akal mereka pendek.
Nak hidupkan mata hati @ naluri @ sixth sense ni kena ada amalan2 tersendiri. Cara mudah memang kena dekatkan diri betul2 dengan Allah swt,kena banyak mengkaji,banyak berfikir dan sentiasa melihat sesuatu dengan pelbagai sudut. Paling penting kena letak tepi kepentingan duniawi – ini yang ramai tak sanggup buat. Kena hadirkan “ikhlas” dalam hati,insyaAllah akan nampak jalannya.
Penulisan ini mungkin tak semua orang mampu faham dan hadam. Kalau anda baca dan faham,tahniah diucapkan.
Aku tak boleh nak tulis direct sebab aku pun kena hati2 jugak,kang tak pasal2 kena kutip sebab dunia hari ini orang yang berkata benar selalunya dibenci. Jadi faham2 je la ye.
Aku nak diam tapi tak mampu. Yang aku mampu cuba bagi hint untuk korang terus berfikir dan buat pemerhatian @ kajian sendiri.
Lagi nak hujung Ramadan lagi banyaklah puak ni akan cuba melalaikan korang. Usah lalai sebaliknya teruskan fokus untuk kejar Lailatul Qadar. Jangan biarkan orang lain buang masa korang dengan benda2 yang tak berfaedah.
Aku harap korang dapat sesuatu.





