Kisah Inspirasi

Tentang hijrah.

Tentang hijrah – dari dunia makan gaji ke berusaha sendiri
1. Dari awal perkahwinan tak pernah ada plan nak berniaga apa-apa pun. Lagipun mak ayah sendiri bukan orang berniaga,sebaliknya menoreh getah.
2. Selepas suami dapat pekerjaan sebagai konduktor bas,dia upgrade diri dia ambil lesen untuk jadi driver bas. Maka jadilah dia driver bas,sesekali je jadi konduktor. Kadang turun awal pagi gelap lagi,balik anak dah tidur.
3. Nak cuti pun susah,dan selalu tak sama sebab mereka rotate. Dulu masa jadi guru aku cuti Sabtu dan Ahad,dia pula kerja. Dalam setahun boleh kira berapa hari je cuti sama. Raya pun selalu kena kerja.
4. Nak buat macam mana kan,dah itu pekerjaannya kenalah redha dan terima.
5. Dalam masa yang sama aku berminat sangat nak cuba apa-apa bisnes. Tapi tak tahu nak buat bisnes apa.Masa tu rajin baca penulisan2 Irfan Khairi,sekitar 2007 macam tu. Aku berdoa semoga Allah berikan aku bisnes yang sesuai dengan jiwa.
6. Jadi dari tempoh 2007 – 2009 itu macam2 jugalah aku pernah cuba.
7. Makcik aku ada jual barangan Avon,aku sajalah bawa katalog ke sekolah dan waktu rehat tunjuk dengan kawan. Diorang pun tengok2 dan ada yang nak order. Tiba2 ada seorang tu duduk jauh sikit dari aku,cakap kuat2 macam ni
“ weh,petang ni jom kita pergi Avon,boleh beli kat sana dan dapat murah sikit” lebih kurang macam tu la.
8. Aku yang mendengar ni terasa hati sangat. Dahla aku ni baru nak cuba2 berniaga kononnya. Sejak hari itulah aku nekad,apa sahaja yg aku jual aku tak nak bawa dah ke sekolah. Kalau diorang nak baru aku bawakan,itu pun selalu terlupa. Aku tak nak harapkan orang terdekat support aku. Susah sikit,sebab aku ni jenis cepat serik.
9. Jadi aku cuba mencari peluang bisnes online la. Lebih baik aku berurusan dengan orang2 yang tak dikenali dari berurusan dengan orang yang dekat dengan kita tapi menyakitkan hati. Tapi ramai je orang2 yang terdekat yang selalu support. Bukan semua perangai macam langau tadi tu. Hahaha
10. Aku sedar,kita tak boleh nak harapkan orang terdekat dan sekeliling kita je yang support,sebaliknya kena usaha juga untuk pecahkan market. Sampai bila je orang terdekat nak support? Takkan mereka nak membeli dengan kita setiap hari,minggu atau bulan? Mereka pun ada kos mereka sendiri juga.Bisnes yang hanya mengharapkan support2 ni biasa tak bertahan lama. Keluarlah dari zon selesa dan kepompong untuk meneroka peluang-peluang yang lebih besar di luar sana.
11. Suatu hari aku ternampak iklan pelaburan emas – Etika Emas. Masa tu 2008 macam tu,aku memang nak simpan emas sebab baru sedar emas ni banyak kelebihan. Malangnya syarikat tu scammer dan aku rugi dekat RM20k macam tu je.
12. Aku putus angin sekejap dengan emas ni. Tapi 2009 aku terjebak balik dan sewaktu buat carian aku terjumpa sebuah company emas yang tengah nak up. Aku pun daftar atas nama suami. Kali ni tiada pelaburan emas yang bukan-bukan,hanya beli emas dan simpan emas. Nak buat apa dengan emas itu,ikut kita.
13. Dalam masa yang sama,ada orang kampung yang sibuk nak jumpa. Dia cakap ada peluang bisnes dan ajak kami pergi makan-makan pada satu malam. Kami pun pergilah ke situ. Wah rumah besar tempat mereka buat makan-makan tu. Ramailah orang yang datang makan-makan dan sembang2.
14. Selepas itu kami di bawa ke satu tempat yang macam ofis merekalah lebih kurang. Dari satu bilik ke satu bilik dibawa. Setiap bilik tu adalah macam2,bekas pengurus bank la,bekas doktor,bekas jurutera dan macam2 lagi,yang sibuk cuba mempengaruhi kami untuk menyertai MLM tu.
15. Paling tak boleh lupa,masa tengah makan kat kedai,ada team dia datang konon nak sign cek bernilai berapa puluh ribu entah. Punyalah nak pengaruhi orang sampai buat macam2.
16. Konon jual produk dari laut dalam. Harga ratus dan ribu riban. Produk tu buat syarat je sebenarnya,diorang tu head hunting. Seorang kena melabur RM33k. Suami hampir nak terjebak sebab diorang kuat psiko. Aku pula cuba tarik dia supaya tak terjebak sebab aku sedar ini semua perangkap je.
17. Dipendekkan cerita aku berjaya selamatkan suami aku dari terjebak. Syukur Alhamdulillah.
Bengang je orang tu kata kat aku macam2,konon tak nak berjaya bagai. Pergilah kau dengan ayat2 klise tu,salah orang nak kencing. Hehe
18. Kami pun terus fokus bisnes emas yang dah mula menampakkan hasil. Asalnya aku tak ada plan nak meniaga emas pun. Aku teruja dapat beli emas,maka aku pun share la kat forum carigold.com dengan nickname cikgusimple. Kat fb ni pun ramai juga yang kenal aku dari zaman tu lagi. Zaman main forum bukan main fb. Fb aku pun buka sekitar 2009 tapi aku tak reti nak buat apa dengan fb ni.
19. Aku berkongsi “pengalaman dengan emas A to Z” inilah tajuknya dalam forum tu yang pertama. Tak sangka perkongsian aku mendapat sambutan. Jadi setiap malam kerja aku sambung perkongsian dalam tu sambil membalas pertanyaan2 mereka.
20. Tak sangka ramai pula yang nak membeli. Dari situlah aku mula menjual. Dan dalam masa 3 bulan dapat sales RM300k+ dan layak jadi master dealer. Aku meneruskan perkongsian dan mula berjumpa dengan ramai orang kat luar yang nakkan penerangan lebih lanjut. Tak sangka aku sebenarnya sedang bernetworking. Aku manalah tahu semua ni,masa tu aku hanya buat apa yang aku suka. Modal masa tu nak jadi dealer RM20k seorang.
21. Oh ye,cerita semalam yang suami balik cerita ada Bangla cerita sesuatu kat dia. Kisahnya macam ni,masa dalam bas,suami tegurlah Bangla tu yang duduk tak jauh dari kampung kami juga. Dia kata dia kerja ladang nangka jaga nangka tauke dia. Dia cakap untung jual nangka harga sekian2 boleh jual sekian2.
22. Jadi suami berminatlah sebab rupanya dia memang dah pernah jual buah dengan abang dia lepas SPM dulu. Dulu dia jual buah tembikai dekat Kelantan. Jadi dia ada pengalaman la sikit meniaga tepi jalan.
23. Masa tu aku pandang rendah je bila dia cakap nak meniaga tepi jalan. Dahlah meniaga tepi jalan laluan kawan2 cikgu sekolah aku akan lalu. Mana aku nak letak muka. Begitulah fikiran aku masa tu. Hina orang meniaga di mata aku yang makan gaji. Aduh,macam manalah aku boleh berfikir macam tu. Mungkin sebab pemikiran aku sama macam kebanyakan orang,nak kerja terjamin kena kerja dengan orang. Dan aku fikir orang yang meniaga ni sebab dia tak dapat kerja la tu. Huhuhu.
24. Suami pun mula usya nak ambil nangka dengan peniaga nangka terawal di Bentong. Dalam hati aku fikir,nak ke orang tu bagi. Suami bersangka baik,tak apa,dia nak cuba minta katanya.
25. Tetapi malangnya permintaan untuk ambil buah dengan penjual tersebut ditolak mentah2 dan dia kata nak jual juga boleh,cari tempat lain bukan area Bentong.
26. Suami kata tak apalah,dia cari sendiri. Mula2 dia ambil dengan Bangla tu dulu walaupun mahal.Sambil tu dia dah mula dapat buah dari tempat2 lain dah. Dan dia buka di jalan Bilut- Raub. So di jalan Bilut -Raub tu dia yang pertama buka dan aku berikan nama Nangka Madu 916. Kenapa 916? Sebab masa tu aku meniaga emas kan. Hahaha
27. Masa dia meniaga nangka madu tu,dia masih kerja sebagai drebar bas. Jadi ada pekerja yang uruskan. Malangnya ada je masalah. Aku pula masa tu dah duk baca buku2 Chef Li. Aku suruh dia baca dan suruh je dia berhenti kerja dan fokus meniaga nangka.
28. Macam mana aku boleh support pulak? Pandai suami aku ni. Dia suruh aku tolong jaga masa diorang pergi solat Jumaat dan tolong waktu aku cuti. Punyalah aku malu weh. Hari mula2 tolong waktu cuti tu orang datang aku lari ke belakang sebab malu. Percubaan demi percubaan,barulah aku mula yakin. Dan kenapa aku kata pandai,dia nak suruh aku minat,duit semua dia suruh aku kira.
29. Sebagai guru matematik dengan bangganyalah aku duk mengira hari2. Eh,banyak juga keuntungan meniaga ni. Suami pulak suka bagi upah bagai. Maka hilanglah rasa malu tu sedikit demi sedikit dan aku nekad kena tolong suami aku betul2 ni.
30. Jadi apa yang aku buat ialah aku bantu suami dari segi marketing. Aku buatkan fb page untuk bisnes dia,buat blog,upah orang buat design gerai dia dan macam2 lagi. Masa tu 2011,Sinar Harian tengah naik di pasaran. Mereka datang interview suami aku tentang topik bisnes jalanan dan bagi liputan boleh tahan jugalah. Percuma je
31. Gerai tu ada pelanggan tersendiri. Alhamdulillah tahun2 terawal semuanya rancak walaupun pening juga hal2 lain kan. Biasalah mana ada bisnes tiada cabaran.
32. Aku cakap dengan suami,aku support bisnes dia,dan minta dia support aku balik bisnes emas. Dan itulah yang kami buat. Kami buat bisnes emas dan nangka madu sama2.
33. Suami teragak2 nak berhenti sebenarnya. Dekat beberapa bulan juga dia macam lemah semangat tak pasti betul tak keputusan dia berhenti. Aku yang dah biasa buat kira2 untuk dia selalu bagi semangat. Aku kata bisnes ni boleh pergi jauh,maka tak perlu gusar. Aku suruh dia baca buku2 Chef Li,dapatlah juga dia semangat lebih sikit.
34. Dengan bisnes emas pula aku kenal ramai sangat orang. Dari pensyarah,jurutera,surirumah,usahawan dan macam2 lagilah. Tapi aku tak lama dengan company emas pertama tu atas beberapa isu.
35. Aku beralih ke company emas Melayu yang tengah naik juga masa tu. Agen aku dari company pertama dengan seorang modal RM20k ada dekat 70 lebih,bila join company kedua ni naik jadi 300 lebih orang. Aku fokus share ilmu dan keuntungan tu aku anggap bonus. Sebab rasa passion berkongsi tentang emas ni.
36. Aku ada blog emas sendiri,dan pernah menulis ebook tentang emas bertajuk Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab “ dan ebook tu laku juga masa tu. Kemudian aku terbitkan ebook dalam bentuk buku fizikal. Terjual dekat 20k unit dan buku mini 40k unit. Tak silap aku pernah cetak 3 kali. E-book aku tak pasti jumlah sebenar sebab ada juga yang jual tanpa kebenaran dengan harga lebih rendah😅
37. Masa berjalan dan syarikat2 emas mengalami masalah besar pada sekitar 2013-2014 yang menyebabkan market emas rosak. Aku pun dah mula rasa tak best,dan sales pun slow sebab agen2 dan pelanggan aku ramai terlibat dengan program scam walaupun aku melarang. Siapalah aku kan..
Esok kita sambung lagi part ni. Terima kasih yang setia membaca dari part 1 lagi.
Macam biasa insyaAllah setiap hari sekitar 8am
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply