Tentang hijrah – dari satu percubaan ke satu percubaan yang lain
1. Aku seronok masa berniaga emas dulu,sebab passion dengan apa yang aku sharing. Aku dapat pengalaman yang sangat banyak waktu ni.
2. Aku berpeluang menyertai pelbagai kelas dan seminar,yang aku sebagai peserta,dan ada juga yang aku juga hadir sebagai penganjur atau penceramah. Seronok dapat mengenali lebih ramai orang masa tu sama ada secara online mahupun offline.
3. Walaupun tak begitu dihargai di company yang mula2 dari segi marketing walaupun kita layak masa tu,aku dihargai di company emas kedua milik orang Melayu Islam.
4. Beliau dan isteri banyak bagi sokongan untuk aku meneruskan apa yang aku dah usahakan. Masa tu boleh kata akulah top leader company tu sampai ada yang ingat aku CEO company tu. Sabar je la
5. Aku diberi peluang masuk radio beberapa kali,untuk bercerita tentang emas. Dan masuk suratkhabar beberapa kali juga. Sampai jammed tangan aku nak menjawab call dekat seminggu. Jadi kau jangan tanya kenapa hp aku silent sejak itu sampai sekarang
6. Kusangka panas hingga ke petang,rupanya mendung di tengah hari. Semasa tengah seronok meniaga emas,datanglah puak2 yang mengambil kesempatan menganjurkan pelbagai program ETA bagai,yang menjanjikan pulangan bulanan. Agen dan pelanggan2 aku mula rambang mata.
7. Aku jenuh buat awareness,pesan macam2 tapi tak ramai yang nak dengar dah. Mereka lagi seronok buat program tu sebab menjadikan mereka “kaya” sekejap,last “kayap” juga akhirnya.
8. Pada 2012-2013 memang rancaklah program ni. Aku hanya mampu melihat sambil terus berusaha berikan kesedaran. Usaha aku dipandang sepi,tapi aku bersama dengan beberapa orang yang lain tetap cuba berikan awareness.
9. Apa yang aku geram,ada antara anak buah aku iaitu agen2 under aku yang menjadi kepala untuk company2 yang buat ni. Ilmu emas pun ala2 tapi buat program macam tu demi keuntungan peribadi. Geram betul aku masa tu.
10. Aku dihina dan dimaki serta dibenci oleh mereka2 yang menganjurkan program begini,sebab aku cuba menyedarkan orang yang menyertainya. Pernah satu malam aku mendapat call kononnya nak saman aku RM100 juta. Aku just cakapn “silakan”
11. Sampai ke sudah tak ada saman2 pun,sembang. Kau pun scammer ada hati nak saman orang.
12. Begitulah tuan puan,orang2 kita akan rambang mata dengan benda2 yang menjanjikan bulan dan bintang. Diorang suka sangat program duduk diam dapat duit (4D). Hakikatnya takkan ada program yang macam ni melainkan akan lingkup.
13. Pernah aku call BNM untuk buat aduan tentang company2 macam ni dan tanya tak boleh ke diorang ambil tindakan. Tahu diorang cakap apa “ Itu tanggungjawab diorang puan,diorang pun tak sayang duit,diorang sendiri yang rela bagi duit pada company yang macam tu” ..
Terkedu aku dibuatnya. Sejak itu aku tak call dah BNM. Aku tak tahu nak react macam mana.
14. Sepanjang 2012-2014 aku terus menerima cacian dan makian dari penganjur2 program dan pengikutnya. Aku terus berdoa Allah tunjukkan kebenaran. Tak apalah,aku sabar sahaja dengan apa yang berlaku. Bisnes aku drop dan waktu tu ramai juga suruh aku jadi kepala untuk program macam tu. Maaf,aku ada prinsip aku sendiri. Biarlah aku susah asalkan hidup aku tak menyusahkan orang lain. Aku tak sanggup nak senang atas kesengsaraan orang lain.
15. Tahu tak masa tu berapa ramai yang buat loan rapat sampai dah tak ada apa2? Berapa ramai yang ahli keluarga sakit tapi diorang dah tak ada duit nak merawat? Berapa ramai yang bercerai laki bini dan gaduh je siang malam? Semua benda ni sampai pada pengetahuan aku sebab ramai juga yang mengadu.
16. Akhirnya pada 2014,company2 emas yang dah mengutip ratusan juta hampir billion,tersungkur juga. Mereka dah tak mampu nak membayar duit dah bulan2 dan emas pun tersangkut sana sini. Aku pun rasa lega sebab akhirnya kebenaran terbongkar juga. Aku dah kata,benda ni cepat dengan lambat je akan kena.
17. Masa tu yang mana menghina aku senyap terus. Adalah beberapa orang yang menghubungi aku memohon maaf atas keterlanjuran mereka mengata aku macam2. Aku tak berdendam pun. Aku bukan jenis macam tu.
Sudah lama aku memaafkan mereka. Dan alhamdulillah,ada yang menjadi kawan selepas itu. Yang lain ada yang hilang terus akibat tertekan dan malu. Ada yang tutup fb lama. Ada yang muncul kembali buat bisnes lain dan ada yang senyap terus. Semoga mereka berjaya bangkit dari kegagalan dan belajar sesuatu.
18. Selepas itu aku perasan,ada juga program2 macam ni walaupun tak rancak macam yang dulu. Terbaru ada satu syarikat emas dengan modus operandi berbeza sikit sedang buat benda lebih kurang sama. Berapa orang ajak aku join. Kau rasa dengan pengalaman aku dengan emas yang dah macam2 ni aku nak join ke? Memang taklah. Siap kau aku sekolahkan balik,tapi tetaplah kau puji melambung kan.
19. Dengarnya sekarang company tu tengah problem kan?Ha takpelah,kau punya level husnuzon kan setinggi langit,tunggu je la sampai tersontot. Aku pesan siap-siap ok.
20. Aku percaya,kalau nak terlibat dengan emas,pastikan beli emas dapat emas bukan janji itu ini,dan emas ni kau boleh buat simpanan,pelaburan dan juga bisnes. Selain dari tu tolong hati2 ok.
21. Dengan company kedua aku happy dan seronok. Sehinggalah aku dapat tahu rupanya mereka ada terlibat dengan company2 yang menganjurkan program scam tersebut menggunakan syarikat lain. Mereka tersalah langkah dan akhirnya segala kesenangan bertukar menjadi kesusahan.
22. Lama mereka hilang dari radar dan aku pun tiada kekuatan untuk mencari sebab aku kecewa dan masih terkejut.
23. Jadi selama beberapa bulan aku tak buat apa. Aku tak tahu nak jual apa. Tapi adalah aku cuba2 menceburkan diri menjual produk untuk ekzema yang organik dan susu kambing organik. Demand ada tapi supplier tak dapat maintain.
24. Lalu aku menjual produk resdung kampung pula. Yang ini aku cuba bina team semula dan adalah agen dalam 70 orang lebih macam tu. Walaupun taklah untung macam dulu2,tapi at least permintaan tu berterusan ada. Aku cuba membuat kajian dan belajar tentang resdung,sebab aku sendiri penghidap resdung. Aku cuba untuk diri aku sendiri dan keluarga sebelum jual. Bila berpuas hati baru aku jual.
25. Aku sebenarnya dah mula jatuh cinta dengan herba dan perubatan tradisional. Bagi aku sebenarnya banyak sangat2 herba2 di tanah Melayu yang mula hilang infonya sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama,ada juga herba2 yang dari sunnah nabi yang menarik perhatian aku seperti habatussauda.
26. Selepas jual ubat resdung kampung,aku mula terjebak dengan percubaan menjual minyak herba pula. Asalnya minyak herba itu untuk orang urut dan lenguh2,tapi ada feedback yang kata bagus untuk asma. Biar betul kan.
27. Maka aku pun cubalah jual dan test bagi pada orang terdekat yang ada asma. Yes,diorang kata ok sangat2. Disebabkan masa tu aku masih bekerja,aku tak sempat nak promote sangat. Jadi apa yang aku buat ialah aku fb ads ,setting semua belajar sendiri je,sampai jadi.
28. Tak sangka iklan yang aku buat tu mendapat sambutan yang sangat hebat. Dari situlah bermulanya kami rancak dengan bisnes minyak herba.
29. Memandangkan itu produk kampung,ada banyak masalah jika tak berdaftar. Kami pun pergi kilang ,hasilkan produk dengan formulasi yang lebih baik,khusus untuk membantu melegakan masalah berkaitan pernafasan seperti semput,batuk,kahak dan selesema. Tapi kejutan demi kejutan,pelanggan terus berikan pelbagai feedback yang pelbagai kegunaan rupanya.
30. Maka kami rekodkan apa lagi kegunaan lain minyak herba tersebut selain kegunaan utama tu. Dari 2015 kami terus upgrade produk dalam pelbagai segi. Siapa yang kata dia guna minyak herba tu masa berbalut dengan suratkhabar tu memang pengguna lama la tu. Hehe
31. Untuk formulasi minyak herba yang di upgrade,aku reject lebih kurang 10 kali. Percubaan kali ke 11 baru aku boleh terima formulasi tu. Kita bukan jual benda yang dah siap di kilang,tapi ianya dibuat dari hati dan kualiti haruslah diutamakan. Buat untuk jual ni macam untuk kita pakai sendiri. Jadi bahan-bahan pun mestilah premium.
32. Minyak herba tu bukan kau campur itu ini,kacau sekejap siap. No. Untuk setiap batch,proses nak siap tu ambil masa 4-5 hari ye. Bukan campur itu ini siap. Memang proses penghasilannya renyah dan rumit. Sebab itu ramai pelanggan suka sebab keberkesannya lebih cepat berbanding produk lain,kata mereka.
33. Aku memulakan bisnes minyak herba ini pada 2015,dan ditakdirkan aku terpaksa berhenti sebagai guru pada 2016. Ramai ingat aku berhenti sebab bisnes. Tidak. Aku memang ada plan nak berhenti iaitu masa umur 40,sebab nak dapat pencen kena umur tu.
34. Malangnya ada kejadian pada April 2016 melibatkan orang atasan yang membuatkan aku trauma dan depress untuk ke sekolah lagi. Aku berhenti bodoh2. Kisah tu korang boleh baca kat komen aku akan letak.
35. Jadi pilihan yang ada ialah fokus pada bisnes sampingan yang aku buat suka2 je sebelum tu. Tapi walaupun suka2,masa tu hasil bisnes aku berganda2 dari gaji dan itu bukan sebab untuk aku berhenti pun. Apa yang aku nak cakap ialah,aku berjaya buktikan walaupun masih bekerja,masih mampu untuk buat bisnes sampai berjaya. Masa aku berhenti aku ada lebih kurang 500 orang agen seluruh Malaysia. Bermula September 2015 – April 2016. Dalam masa lebih kurang 7 bulan macam tu.
36. Sebab itu aku pelik kalau orang yang dah bertahun2 buat bisnes tapi belum mencapai tahap yang sepatutnya. Kalau aku yang masih bekerja boleh buat sampai level tu,apa alasan kau yang mampu buat bisnes sepenuh masa ?
37. Esok aku akan ceritakan perjalanan bisnes aku,suka duka yang dilalui sepanjang hampir sedekad ini. Mungkin orang nampak macam senang je,macam best je. Biasalah orang bisnes selalu cerita yang indah2,sama ada dia nak cover atau dia malas nak cerita benda2 yang tak best untuk tidak menambahkan lagi duka. Tapi esok,aku akan dedahkan pelbagai kisah suka duka sepanjang hampir sedekad bergelumang dalam bisnes berkaitan herba dan tradisional.
Jumpa esok,macam biasa setiap hari,8am
Nor Fazilah bt Abd Mohd @ Nfam






