Kisah Inspirasi

Tentang hijrah.

Tentang hijrah – dari perubatan moden vs alami
1. Aku pernah je merasa situasi di mana,asal sakit laju ke klinik atau hospital. Memang tak ada ilmu langsung tentang sihat cara alami atau alternatif. Sebab dibesarkan dalam situasi yang macam tu. Kadang ada orang tua kongsi petua ke apa tapi macam tak berapa yakin dan pandang rendah sebab bagi aku perubatan modenlah yang terbaik.
2. Apa barang nak guna petua-petua semua tu,tak moden langsung dan ketinggalan zaman. Begitulah mindset aku dulu ye. Jadi aku dah biasa kalau sakit cari panadol dan biasa ke klinik.
3. Bila dah ada anak,bawa anak pula ke klinik. Anak no 2 dulu selalu tak sihat,jadi ayah dia selalulah ajak ke klinik. Sekali pergi biasa RM70-RM100 macam tu. Apa yang aku hairan,pergi sebab demam dan batuk,tapi habis ubat selesema dengan antibiotik pun bagi.
4. Nak tahu apa yang berlaku? Aku dapati lepas beberapa hari makan ubat,anak aku akan ok. Tapi kekerapan dia demam balik tu makin menjadi-jadi. Haishh..kenapa jadi macam ni?
5. Satu hari aku terbaca tentang madu dan habatussauda. Terdetik di hati aku untuk baca lebih lanjut dan mencuba. Aku pun cari produk yang berasaskan madu dan habatussauda.
6. Aku beri anak aku yang no 2 tu untuk mencuba. Alhamdulillah demam dan batuk dia sembuh juga dan sejak itu dia dah jarang nak sakit. Wow,aku terkejut juga. Sebab dia tu kerap demam dan bila kena badan dia panas melampau. Tapi sejak bagi makanan sunnah tu dia dah payah nak demam,sampailah sekarang umur dia dah 17 tahun ye,aku saksi hidup tengok dia dah payah nak sakit lagi.
7. Jadi anak2 lain pun aku guna cara sama bila tak sihat. Bagi makan makanan sunnah. Lega dah aku tak perlu nak bersesak-sesak dekat klinik ke apa,cari parking bagai,bayar mahal lagi,nak hadap side effect lagi.
8. Pernah juga aku cuak bila anak demam,bawa ke hospital tengah-tengah malam buta macam tu. Ada misi yang baik ajar aku teknik jerlum kepala dan badan anak dengan guna kain lap campur air. Dia pun tak suggest makan ubat. Aku pun buat macam yang dia ajar tu. Semoga lebih ramai petugas kesihatan macam ni.
9. Tipulah kalau lepas tu anak aku langsung dah tak pergi klinik atau hospital. Sebab kesedaran aku masa tu biasa je,tak adalah pulak berniat untuk tidak ke situ,tapi boleh kira dengan jarilah berapa kali. Tapi yang pastinya bukan sebab demam2 dan sakit biasa tu,tapi sakit yang aku belum ada ilmu cara alternatifnya lagi.
10. Masa berlalu,dan aku mula mendalami herba berkenaan dengan resdung. Pernah satu ketika masa ada orang marah aku berkongsi tentang scam emas,aku digelar puaka resdung oleh kaki scammer. Hahaha. Betapa resdungnya aku di mata mereka sebab asyik cerita tentang resdung. Hehe
11. Aku sendiri penghidap resdung. Dulu ingat selesema. Pelik,apasal lah aku ni selesema sepanjang tahun. Pergi klinik masa muda2 dulu pun doktor bagi ubat selesema.Akhirnya aku sendiri yang ambil tahu,owh resdung rupanya.
12. Aku serasi dengan ubat resdung kampung tu. Tapi aku dah tak jual selepas aku keluarkan sendiri ubat resdung herba yang lengkap berdaftar,dan ianya merupakan formulasi yang mencecah hampir 4 dekad. Ianya warisan herba turun temurun dan dijadikan produk lebih kurang 30 tahun. Mereka hampir nak berhenti keluarkan produk tu,sehinggalah kami ambil alih. Kami buat semula apa yang patut sebab syarat2 telah banyak berubah,walaupun produk tu memang ada kelulusan yang sepatutnya. Bertahun kami usahakan,tak silap aku tahun ketiga kot baru dapat. Satu perjalanan yang bukan mudah. Turun naik tu jangan katalah. Sekarang aku bangga melihat hasil usaha kami dapat dimanfaatkan ramai orang. Mereka jadikan ubat resdung tu juga pengganti panadol.
13. Rasa rugi kalau aku biarkan formulasi tu terkubur. Biarlah aku teruskan perjuangan memartabatkan herba yang bagus2 ni supaya ramai dapat manfaatnya tanpa kesan sampingan seperti rawatan moden. Jangan sampai generasi moden tak kenal herba,rugi besar. Kita juga perlukan pelapis supaya ianya dapat disambung.
14. Bila aku dah mula terlibat dengan minyak herba,ilmu aku semakin bertambah.
Aku mengkaji kandungan2 yang ada dalam minyak herba dengan lebih mendalam. Tambahan bila ramai pengguna berkongsi kisah2 mereka yang kadang aku sendiri tercetus dalam hati macam ni โ€œ betul ke ni..?
Sebab ramai sangat update benda lebih kurang.
15. Tapi sebab aku pun ada anak2 dan menggunakan minyak herba tu,jadi aku taklah pelik sangat. Memang hebat herba ciptaan Allah ni. Tak habis โ€œexploreโ€ banyak sangat lagi benda sebenarnya. Yang sikit ni pun tak terkejar.
16. Dan apa yang bestnya,kami rekodkan dah lebih dari 20 kegunaan yang dikenalpasti berkesan. Senang cerita,memang fungsi minyak herba tu macam one stop centre,ada satu dia pun dah boleh jadi first aid kit kat rumah. Mana taknya,asal batuk,selesema,semput,sakit perut,sembelit,cari minyak herba. Sakit gigi,sakit kepala,luka,bengkak,terkena gigitan serangga,terkena api,demam,resdung pun cari dia. Malah yang ada buasir pun ramai dah ok. Pesakit stroke pun yang diurut kerap guna minyak herba pun menunjukkan progress yang baik. Banyak lagi nak cerita,tapi bukan itu fokus aku untuk perkongsian hari ini.
17. Masa berjalan dan aku terus belajar yang banyak lagi masalah kesihatan yang boleh diselesaikan dengan cara alternatif.
18. Dari pengalaman2 sebelum ini,kebanyakan rawatan moden,ada side effect yang tak berapa best. Aku bagi contoh ye,bila makan antibiotik,dia matikan semua kuman baik dalam badan juga. Tak lama tu dapat sakit lain pula kalau tak kena cara. Tak pasal2 je. So lebih baik ikhtiar dengan antibiotik semulajadi.
19. Aku rasa kita ni dah lama sangat dimomokkan dengan rawatan moden semata sampai tak tahu tentang sihat cara alternatif termasuklah cara tradisional. Kita rasa zaman dah moden dan benda2 lama tu kuno dan ketinggalan zaman,padahal yang kuno tu kita.
20. Nenek moyang kita sebenarnya ilmu mereka dulu hebat2,tapi sayang tak diwarisi oleh generasi sekarang -yes,ada je tapi tersangatlah sedikit yang tahu ilmu pasal ni.
21. Hari tu aku ada terjumpa seorang pakcik ni. Kami berbual-bual,sampailah ke topik pasal herba. Dia kata nenek dia dulu pandai sediakan ramuan2 herba ni. Kat rumah dia masih ada lagi sedikit hasil tinggalan nenek dia,satu minyak yang menggunakan hampir 100 jenis herba yang banyak kegunaan dia. Wow,teruja aku dibuatnya.
22. Disebabkan dia tengok aku teruja dan tanya dia macam2,dia call anak dia suruh bawa sikit bagi kat aku. ๐Ÿ˜‚
Dia kata ni ibu dia,time nak guna ambil sikit sahaja dan campurkan dengan minyak lain. Ada lagi sampai sekarang,aku sayang nak guna๐Ÿ˜….
23. Di rumah aku ni ada puluhan buku tentang herba dan macam-macam versi. Ada yang macam kitab pun ada,sangat tebal. Aku minat tambah ilmu dalam bidang ni walaupun secara tak formal,tak apalah tak ada kelulusan pun sebab aku tak minat nak belajar cara formal dah. Biarlah aku explore sendiri dan belajar dari orang2 lama dan berpengalaman.
24. Sampai sekarang pun aku tak habis belajar weh,banyak sangat. Memang banyak herba yang bagus-bagus. Sebab tu bila orang tanya aku,produk tu bagus tak,produk ni bagus tak,aku akan tengok kandungan dia. Kalau herba tu aku akan tengok apa kelebihan dia,dan ada tak campur bukan2,kalau tak ada insyaAllah ok.
25. So sebenarnya banyak je herba yang bagus2,tapi aku pun tak mampu nak jual semuanya. Jadi aku fokus pada herba2 tertentu dulu,sebab yang dengan sedia ada ni pun aku tak cukup tangan.
26. Kami dalam perancangan untuk buat kajian saintifik bersama saintis nanti untuk produk herba kami,cuma belum sempat lagi buat masa ini. Kos pun boleh tahan juga. Kita bukan company besar2 yang selamba je boleh keluarkan berjuta untuk buat kajian klinikal produk mereka.
27. Buat masa ni biarlah seadanya. Tapi pengguna yang dah guna sepanjang 9 tahun lepas,insyaAllah mereka tahu kelebihan minyak herba ni jika guna cara yang betul. Kami ada berpuluh cara penggunaan yang mana setiap orang tak sama cara yang serasi,jadi kena explore juga kadang. Tapi ramai pengguna yang dengan cara asas pun dah ok.
28. Tidaklah kata semua orang sesuai dan serasi,pasti ada yang tak menjadi kan,walaupun persen sangatlah rendah.
Ubat moden pun bukan serasi dengan semua orang kan. Gitu.
29. Selepas mengeluarkan minyak herba,produk kedua kami ialah bedak tanah liat putih asli yang sumbernya dari bahan semulajadi sepenuhnya. Tiada campuran bahan kimia berbahaya melainkan air bermineral sahaja. Ramai yang menggunakan bedak ini untuk masalah berkaitan kulit. Selain itu ada juga yang menjadikan sebagai masker dan juga bedak sejuk.
30. Satu hari aku dihubungi kenalan,yang mencadangkan aku cuba formulasi seorang pakcik ni yang katanya mahir bab herba. Dia kata aku dah ada minyak herba untuk luaran,kenapa tak nak cuba jus herba untuk dalaman pula,yang membantu melegakan masalah pernafasan. Aku masa tu skeptikal sikit dengan jus-jus ni. Maklumlah banyak sangat jus kat pasaran masa tu (2016) yang overclaim dan aku tak fikir jus macam tu berkesan seperti yang dikatakan.
31. Tapi aku bagitahu dia beri sajalah sample,aku cuba dulu. Maka dia pun minta berikan masa untuk hasilkan sample jus.
32. Sebaik sample siap,aku berikan pada saudara dan mereka yang ada masalah berkaitan pernafasan seperti semput. Mereka pun cuba. Eh tak sangka dapat feedback yang bagus-bagus. Aku tak puas hati. Aku beri wakil2 jualan kami pula cuba. Mereka pun cakap benda yang sama. Ok,pandangan aku mula berubah. Memang ada rupanya jus herba yang ok.
33. Maka kami pun keluarkan produk keempatlah iaitu jus herba. Tapi jus ni tak boleh overclaim ye. Cuma bahan2 dalam tu yang kelebihan dia memang untuk mereka yang masalah berkaitan pernafasan. Gabungan terbaik luaran guna minyak herba,dalaman guna jus herba. Tapi tak semua orang perlu ambil pun sebab ada yang guna minyak herba pun dah ok,so tak perlu.
34. Begitulah setiap produk yang kami keluarkan,ada kisah2 di sebaliknya. Kami bukan keluarkan produk yang dah siap dari kilang tukar label sahaja seperti pandangan orang lain pada owner bisne selama ini. Yes,ada je golongan tu,tapi bukan semua orang ok. Huhu.
35. Setiap produk ada kisah tersendiri dan perjalanan dia dari awal hingga kini. Dan kami sayang produk2 tersebut macam menatang minyak yang penuh. Ada je isu apa-apa kami cuba selesaikan.
Tak sempat pula nak cerita kisah suka duka dalam bisnes herba ni. InsyaAllah aku sambung esok ye macam biasa setiap hari 8am.
Nor Fazilah Abd Mohd @Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply