Tentang hijrah – bisnes jalanan vs bisnes korporat
1. Baru teringat yang aku belum cerita habis perjalanan bisnes nangka madu tu. Rasa rugi kalau aku tak abadikan kisahnya dalam penulisan ni.
2. Ingat tak aku cerita dalam part sebelum ni yang kami suami isteri saling support each other dalam bisnes masing2. Aku bantu suami dalam bisnes nangka madu dia,dan dia pula bantu aku dalam bisnes emas aku.
3. Bisnes nangka madu memang berjalan dengan sangat lancar di tahun terawal tu. Tapi tak adalah buka terus jadi kan,sebab jalan kami buka tu sepi,tak ada kedai sangat dan tak ada orang jual buah pun kat situ.
4. Sales hari pertama pun aku ingat lagi,RM60 lebih. Dengan tak ada bunting dan banner,orang tak tahu pun jual apa. Gerai pertama kami buka jalan dari Raub ke Bentong.
5. Lalu aku bantu suami buatkan dia design lawa-lawa sikit,buat signboard untuk kedai dan meja dia letak buah. Kemudian aku buatkan bunting 3 warna letak selang seli sebelum orang nak sampai gerai. Dan letakkan juga bunting kecil untuk bagitahu berapa m lagi nak sampai kedai,tak silap ada dalam 3 kot, 500m,150m dan 50m.
6. Alhamdulillah makin ramai jadi pelanggan gerai Nangka Madu 916 yang bermula pada tahun 2011. Macam2 ragam kami jumpa dan seronok juga sebenarnya berdepan dengan pelanggan secara offline ni. Kadang diorang duduk bercerita macam2. 1001 kisah kami dapat sepanjang bisnes ini dan kenal ramai orang.
7. Pada tahun 2012 aku ajak suami pergi MAHA 2012. Tujuannnya aku nak mencari produk2 sampingan berkaitan dengan nangka madu. So fokus aku ialah nak pelbagaikan produk berkaitan nangka di gerai kami tu.
8. Maka aku pun jumpa apa yang aku cari. Kordial nangka,kerepek nangka,coklat nangka,aiskrim nangka dan banyak lagi. Dalam banyak2 tu yang memang aku berkenan ialah kerepek nangka dan aku perasan pelanggan pun suka.
9. Maka aku pun menghubungi supplier untuk deal. Mula-mula kami ambil sedikit sahaja dulu untuk test,tak salah aku tak sampai 20 kotak. Semasa pertemuan tersebut kami cuba mendapatkan info seberapa banyak tentang kerepek nangka tersebut. Wow,memang menarik kisah dan faktanya. Lalu aku lebih memahami tentang produk berkenaan. Senang aku nak buat marketing.
10. Tup tup meletup la juga sales kerepek nangka tu di gerai kami,dan ada juga aku jual online di fb page Kerepek Nangka dan blog. Sekali ambil stok memang penuh satu lori,dan cecah 100 kotak. Tapi mereka bertahan sehingga 2018 sahaja,selepas pertukaran kerajaan,ada isu kilang berkaitan politik dan mereka terpaksa tutup. Dipendekkan cerita,kami tukar supplier lain yang kualiti lebih kurang sama. Alhamdulillah rezeki orang lain pula untuk kami pasarkan produk mereka. Aku memang jiwa trading dan suka pasarkan produk yang sedia ada. Walaupun mereka offer aku buat jenama sendiri aku tolak.
11. Aku tak ingat tahun yang tepat kami membuka gerai kedua,jalan bertentangan iaitu jalan Bentong – Raub pula. Tapi tak silap jaraknya sekejap sahaja tak sampai setahun. Jadi kami tapau kiri dan kanan jalan,dengan jarak tak sampai 1km pun. Orang yang dah nampak kami di sebelah kanan,boleh terus ke depan berhenti di sebelah kiri. Begitulah sebaliknya orang yang lalu dari jalan sebelah kiri,akan nampak gerai di sebelah kanan pula. Yes,ini salah satu strategi juga.
12. Satu hari ada orang kampung yang datang membantu di gerai kami tanpa kami hire pun. Dah kesian kita bagi je la upah kat dia ikut gaji hari. Dan lepas tu dia pun kecoh la bagitahu orang jual nangka madu ni untung lalu dia buka gerai nangka sendiri. Berduyun2 lah orang lain pun buka juga.
13. Waktu tu bengang jugalah sebab bagi aku sungguh tak beradab caranya tu. Tapi aku dan suami bersabar dan yakin rezeki tu Allah yang bagi. Maka bertambah ramailah yang buka.
14. Mereka juga ada yang guna strategi yang sama. Datang lepak2,borak2,sambil tengok cara staf kami uruskan gerai. Kemudian mereka buka,tak jauh dari gerai kami pun.
15. Paling aku tak boleh lupa,mereka berniaga di celah2 bunting kami – senang2 je nak free marketing. Belum lagi yang datang ganggu staf kami. Macam2 hal.
16. Aku sentiasa fikir macam ni – teruskan fokus untuk naikkan bisnes sendiri,pedulikan yang lain. Gerai2 nangka lain terus tumbuh macam cendawan,sampai satu ketika aku kira di jalan tu ada hampir 40 gerai ye. Bukan sedikit.
17. Macam mana kau nak kekal relevan dengan gerai2 yang jual benda sama ni? Dahlah mereka letak nama lebih kurang dan ada yang sampai mengelirukan pelanggan sedia ada.
Bila pelanggan tanya gerai nangka madu 916 ke,mereka jawab ye. Ini berdasarkan pengakuan dari pelanggan sendiri.
18. Malah pelanggan siap tersalah tag lagi,beli gerai lain tapi tag kami sebab ingat itulah gerai nangka madu 916. Sampai macam tu sekali persaingan tak sihat mereka.
19. Kami terus dapat bertahan walaupun sales tak macam awal2 dulu sebab kami cuba jaga pelanggan sedia ada dengan baik. Alhamdulillah ramai yang memang cam gerai kami.
20. Masa perlu tukar signboard,aku tambah di design tu ayat – Gerai nangka madu pertama di Jalan Bilut – supaya pelanggan kami tak terkeliru. Alhamdulillah ianya membantu jugalah. Saiz signboard pun aku cuba buat sebesar alam. Hahaha. Signboard terbesar la so far untuk gerai nangka madu di situ. Senang pelanggan nak bezakan.
21. Beberapa kali suami macam nak tutup bisnes nangka madu tu. Tapi aku selalu tahan. Aku kata jangan lupakan bisnes terawal kita. Dengan bisnes nangka madu tu juga banyak jasa pada kita. Kiranya memang aku rasa sayanglah walaupun suami yang mulakan.
22. Adik beradik suami pun pernah kerja dengan dia di gerai nangka madu tu. Dan dia bantu adik beradiknya meniaga nangka madu di Kelantan pula. Sampai sekarang mereka masih meniaga lagi. Besar jasa bisnes nangka madu ni pada keluarga kami.
23. Bila kami makin sibuk dengan bisnes herba dan tradisional,suami makin sibuk juga dengan bisnes nangka dia. Kelemahan dia agak sukar nak percayakan orang. Jadi dialah yang tetap buat banyak benda. Lama dah aku suruh dia ajar staf untuk ambil buah di kebun,tapi tetap dia juga nak pergi ambil. Jadi kadang “clash” dengan urusan aku dengan bisnes online.
24. Akhirnya dia akur yang dah tiba masa untuk dia lepaskan banyak rutin dia pada staf untuk handle. Kuranglah kerja mengambil buah di kebun sebab staf yang uruskan. Dia hanya uruskan hal kewangan dan sesekali top up barang seperti packaging dan lain2.
25. Sekali lagi dia rasa nak tutup. Aku tahan lagi suruh dia sabar. Walaupun kita dah tak buka pun tak apa sebab dah ada bisnes lain,tapi kesian pada 4 orang staf yang dapat rezeki dari bisnes tu.
26. Tiba2 teringat ada ahli keluarga yang pernah di awal bisnes tidak yakin bisnes ni boleh bertahan. Tup tup mereka pun dapat peluang berniaga nangka madu. Begitulah kehidupan ini,kadang kita kena buktikan dulu.
27. Kami semakin sibuk dengan bisnes herba,tapi gerai nangka madu terus buka macam biasa. Hanya tutup bila buah tak ada sahaja. Maklumlah dulu kebun supply pada kita sahaja. Masa buah mereka berlambak mereka cari kita untuk bantu dan janji nak bagi pada kita sahaja.
28. Bila ramai berniaga,kami pun tak cukup buah. Harapan aku untuk buka cawangan gerai Nangka Madu 916 seluruh Malaysia pun terbantut,macam mana nak buka kalau stok tak cukup. Buah paling sedap dari kebun tu je,yang lain kurang sikit. Walaupun baka sama,tapi tanah dan cara jaga lain2. Staf kebun Rosyam Nor pun banyak kali contact nak supply,tapi kami tak ambik,selain faktor harga tolak masa tu mahal juga. Sekarang tak pasti.
29. Maka kami hanya mampu sekadar buka 2 gerai sahaja sebab supply tak mencukupi.
30. Semasa meniaga nangka madu tu,aku pernah juga letak produk2 sampingan yang aku suka macam ikan pekasam Lenggeng,kuih karas dari Utara,popia ikan yang sedap dari Kelantan dan macam2 lagi. Semuanya merupakan pengalaman indah buat kami.
31. Aku lupa macam mana kami boleh buka gerai air tebu piaww 916 di sebelah gerai nangka madu tu. Alhamdulillah sambutan ok. Tapi akhirnya kami tak berjaya bertahan sebab rasa penat nak uruskan. Proses kami buat tu untuk jaga kebersihan dan kualiti mengambil masa kami. Nak harapkan pada orang,suami serik nak ambil. Akhirnya kami buka sekejap sahaja. Tapi tapak gerai tu sampai sekarang masih ada.
32. Walaupun bisnes herba yang bermula pada 2015 dah membuatkan kami sibuk,gerai nangka terus bertahan sebab kami ada pekerja yang uruskan,kami hanya monitor.
33. Satu hari suami bagitahu,ada highway akan dibuka nanti,masa tu dia kata lagi 3-5 tahun kot siap. Tak nak tutup ke gerai dia tanya. Aku kata bertahanlah sehingga kita terpaksa tutup.
34. Tahun demi tahun berlalu,akhirnya highway dah siap separuh dan orang dah tak lalu sangat dah jalan kampung tu. Pelanggan makin kurang,sedangkan gerai terus banyak. Sales makin slow dan lepas2 tolak gaji staf dapatlah sikit. Aku kata pada suami,bolehlah dari tak ada.
35. 2023 makin kurang orang lalu. Gerai-gerai lain banyak juga yang tutup,tak silap tinggal tak sampai 20 dah. Mereka pasti terkesan sebab mereka buang harga kaw2. Aku tak kisah persaingan sihat,tapi bila bersaing dengan buang harga teruk2,aku sampai terfikir “mereka ni kira kos betul2 ke tak”. Asal boleh jual je. Sebab tu kadang bertukar orang je gerai2 tu. Tak bertahan lama kadang. Kami cuba kekalkan harga di saat ramai buang harga,tapi kami bagi beli 5 free 1 dan kekalkan servis yang baik serta kualiti buah. Kami takkan jual buah hari sebelum kalau ada yang tak habis. Gerai lain ada yang jual buah semalam yang tak habis. Kami tak sanggup. Walaupun jarang sangatlah buah gerai kami tak habis.
36. Akhirnya secara rasmi pada September 2023,gerai kami tutup sepenuhnya,sebab orang ramai yang lalu ikut highway dan tak lalu dah ikut jalan kampung kami tu. Ada yang lalu tapi sangatlah sepi jalan tu tak meriah macam dulu.
37. Selesai sudah kisah nangka madu 916 yang kini tinggal sejarah yang tak dapat dilupakan. Staf kami yang kehilangan kerja kami serap masuk kerja dengan kami dalam bisnes herba. Alhamdulillah ada bisnes utama yang hendak difokuskan sepenuhnya.
38. Sebenarnya kami taklah terkejut atau kecewa ke apa,sebab kami dah tahu highway akan dibuka lama dah. Cuma aku bagitahu pada suami,cubalah cari tapak baru yang lain. Dia kata susah,dan aku akur pada pendapat dia.
39. Dan aku makin tak kisah sangat selepas aku belajar tentang fakta buah yang sebenar. Aku fikir,cantik sungguh percaturan Allah. Dia berikan aku pengalaman bisnes jalanan,dan sampai masa dia beri aku kesedaran tentang fakta buah yang sebenar,dan akhirnya bisnes buah aku pun tutup. Thank you Allah.
40. At least aku tak perlu rasa bersalah dah. Allah mungkin mahu aku fokus pada bisnes herba,sebab tak ramai anak muda yang menceburkan diri. Ilmu-ilmu berkaitan dengan herba semakin dilupakan sedangkan nenek moyang kita menjadikan ianya sebagai penawar dan pengubat pelbagai penyakit.
41. Aku lebih yakin dengan produk alami ciptaan Tuhan berbanding produk sintetik ciptaan manusia. Sebab aku dah merasai perbezaanya dan membuat pemerhatian dari anak aku kecil sampai sekarang,hampir 20 tahun. Jadi kalau kau yang tak tahu apa sangat pasal herba,belajar beberapa tahun teori untuk dapat sijil,tiada pengalaman besarkan anak2 dengan herba nak kondem aku,tolong fikir 100 kali. Sebab pengalaman jauh lebih mahal dari ilmu. Dalam pengalaman ada ilmu,tapi dalam ilmu belum tentu ada pengalaman.
Sekian,aku sambung esok ye korang. Macam biasa setiap hari 8am cerpen aku akan keluar. Hehehe.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam






