Tentang hijrah – dari meniaga suka-suka kepada bisnes yang lebih serius
1. Nak throwback balik bisnes yang aku pernah buat ;
2007-2009 – cuba berniaga macam2 seperti Avon,jadi agen TM,terjebak program scam emas dan ada juga join company MLM yang jual produk tapi tak ada satu pun yang berjaya. Puncanya tiada ilmu,tiada mentor dan tiada perancangan yang betul
2010-2013 – Bisnes emas,bisnes nangka dan produk2 berasaskan nangka,produk2 tempatan seperti ikan pekasam ,kuih2 tradisional,dan dah mula jual produk resdung herba
2014 – Jual balm khas dari bahan natural untuk masalah ekzema dan susu kambing organik. Ada juga jual pelbagai produk orang – ada yang jadi ada yang tak. Paling jadi masa jual krim herba kemboja,sekali ada merkuri rupanya. Ceh. Maafkan aku pelanggan2 yang pernah beli masa tu,sungguh aku tak diberitahu tentang merkuri sebaliknya dikatakan selamat sahaja. Dahlah jual banyak masa tu. Sebab tu aku tak suka orang duk jual produk skincare merkuri ni. Walaupun dari kilang kena hati-hati juga. Kalau kesan cepat tu better lah pergi semak betul2.
2015 – terlibat dengan bisnes minyak herba dan pelbagai produk2 lain sampai sekarang
2. Aku yang asalnya memang jiwa trading suka jual barang orang,tak pernah terfikir nak jadi founder atau owner bisnes. Perkataan founder tu pun aku tak berapa gemar. Huhu
Aku suka jual barang orang sebab kerja kau cuma buat marketing,bina team dan naikkan sales. Sebaliknya kalau jadi owner,kau kena tambah banyak benda lagi,fikirkan stok (ini belum lagi spesifikkan lagi,contoh untuk setiap produk kena ada ; plan,mencari supplier terbaik,R&D produk,pencarian botol,design sticker,daftar produk dan banyak lagi),uruskan operasi,logistik dan macam2 lagi. Serius kerja akan bertambah. Sebab tu aku lebih suka suggest dengan orang yang nak mula berniaga,tak payahlah buat sendiri,jual barang orang dulu. Kalau kau jual barang orang pun tak berjaya,lupakan je. Kalau berjaya jual barang orang pun belum tentu kau boleh jual barang sendiri.
3. Memandangkan aku asyik cuba buat yang terbaik untuk company orang tapi asyik terkena je macam2,aku bagitahu suami yang aku dah penat nak duduk under mana2 syarikat dah. Letih dengan pelbagai isu owner2 bisnes tu. Aku ajak dia buat sendiri produk kali ni. Dia pun dah penat dan setuju dengan cadangan aku.
4. Ada kawan rekemen aku kilang yang bagus katanya. Aku pun berhubung dengan mereka. Kami berjumpa dan berbincang. Aku bagitahu bahan asas untuk produk dan minta mereka ejas tambah bahan untuk formulasi yang terbaik. Maka bermulalah kerja2 mereka buat R&D produk. Aku ingat lagi,lepas satu demi satu aku reject,percubaan ke 11 baru aku terima produk tu.
5. Sekarang dah ada produk sendiri,aku pula jadi bingung sebab rasa pelik pula jadi owner bisnes. Aku menghubungi seorang kenalan di fb dan ajukan pada dia masalah aku,sebab aku nampak dia selalu share pasal bisnes. Dia rekemenkan aku pada kawan dia yang memang ada buat coaching.
6. Aku pun contact guru tersebut dan ceritakan masalah aku. Kemudian dia setuju untuk coaching kami suami isteri. Itulah coaching pertama kami sejak jadi owner bisnes,dengan mahar RM5k untuk 3 sesi,1 sesi dalam 2-3 jam macam tu. Aku yang baru berhenti ni rasa RM5k tu mahallah juga,tapi aku pujuk diri,insyaAllah berbaloi.
7. Aku cakap dengan guru tu aku tak reti nak jadi owner bisnes,dan aku tak tahu nak buat apa. Bermulalah sesi aku dengan suami kena brainwash satu demi satu. Ada masa tersentaplah jugak sebab beliau seorang yang garang dan tegas,tapi kami anggap ianya proses pembelajaran. Hehe
8. Setiap sesi dapat task,jadi kena buat sebelum ke sesi seterusnya. Habis sesi,aku rasa diri aku pandailah sikit dan faham banyak benda. Alhamdulillah. Sampai sekarang aku rasa terhutang budi dengan guru tersebut sebab beliau adalah guru pertama kami selepas kami mulakan bisnes. Tapi sayang,beberapa tahun selepas itu beliau fokus coaching owner bisnes dalam bidang lain sahaja. Tapi sebab kami special,beliau belum pernah menolak permintaan kami jika ingin berjumpa. Ada je peluang aku memang akan tanya khabar. Jasa seorang guru itu dikenang selamanya.
9. Sebelum berhenti jadi guru pun aku rajin juga masuk kelas/program/majlis2 ilmu berkaitan bisnes dan marketing,jadi lepas berhenti lagi aku suka join sebab ada lebih masa dan tak terikat lagi. Aku boleh all out 100%. Dan lepas berhenti aku rasa macam terlepas satu batu besar dari kepala aku,tenang gila weh. Rasa bahagia yang tak terucap selepas sekian lama berada dalam sistem caca marba dan suasana toksik (tak semua,ada je yang baik2 wpun tak ramai).
10. Aku buat apa yang aku belajar,dan buku2 nota kelas2 yang aku pernah masuk semua ada lagi sampai sekarang. Sesekali aku akan belek untuk buat revision. Rupanya banyak ilmu2 tersebut adalah ilmu evergreen yang tak lapuk dek zaman. Tak silap aku dah ada lebih dari 20 lebih buku nota kelas2 ilmu yang aku pernah sertai. Pada aku nak buat apa2 memang kena ada ilmu.
11. Tapi ramai usahawan yang aku tengok pada hari ini,tak ramai yang sanggup spend untuk dapatkan ilmu. Mereka berasa mereka dah cukup pandai dan cukup tahu dah jadi tak perlu belajar. Kalau belajar pun masuk kelas yang percuma sahaja. Tak apalah,baguslah tu asalkan masuk belajar kan. Tapi percayalah cakap aku,untuk pergi lebih jauh,kelas2 percuma je tak cukup. Tapi kalau ilmu percuma pun tak habis buat,baiklah fokus dekat ilmu2 yang percuma tu dulu.
12. Selepas itu,satu demi satu kelas yang aku sertai,dan balik terus buat apa yang aku belajar lepas filter apa yang patut dan ejas sana sini. Sebab tak semuanya kita kena follow 100%,kena bijak menapis dan buat adjustment ikut kesesuaian bisnes sendiri.
13. Aku ingat lagi,bisnes kami bermula dari rumah. Masa tu aku bahagian marketing dan jaga agen,suami bahagian closing dan operation. Aku ada bantu juga bahagian closing tu.
14. Nampaknya kami dah mula tak cukup tangan,dan dah mula rasa huru-hara. Nak minta tolong anak pun masa tu mereka masih kecil lagi,jadi terhad la sikit nak membantu. Aku bagitahu suami dah tiba masa ambil orang kerja,tapi dia tak yakin. Aku pun takut2,sebab risau kalau tak mampu bayar nanti.
15. Kami semakin huru-hara sebab permintaan minyak herba semakin tinggi beribu-ribu botol sebulan. Akhirnya suami akur dan tak mampu nak buat banyak benda,jadi kami ambil staf pertama.
16. Staf pertama kami sepupu aku sendiri,yang masa kecik kami pernah bela dia 5-6 tahun sebab mak dia kerja tempat lain. Jadinya dah macam adik aku la kiranya. Kebetulan dia baru habis belajar bidang akaun.
17. Aku pun ajar dia buat kerja walaupun aku rasa kekok nak ajar sebab staf pertama kan. Dia pun banyak buat silap sebab aku pun bukan reti sangat nak mengajar staf.
18. Aku tanya dia kalau ada kawan yang boleh buat akaun dan dia rekemen kawan dia yang baru habis belajar bidang perbankan ke finance aku lupa dah. Walaupun mereka berdua bidang yang patutnya pandai buat akaun,tapi teori tak sama dengan realiti. Aku hire ex staf akaun yang buat coaching belajar urus akaun untuk bantu ajar mereka. Lama juga mereka belajar dengan consultant tu.
19. Kami gunakan ruang musolla untuk mini ofis di rumah,letak meja kerusi semualah.
20. Manakala sebuah rumah yang suami sewa di kampung,dijadikan tempat untuk 2 staf baru yang kami tambah untuk melancarkan urusan pengeposan. Jadi masa tu ada 4 orang staf semuanya.
21. Sampai masa kami berpindah ke premis yang terletak di laluan dari kampung kami ke bandar,kira tengah2. Dari situlah staf bertambah seorang demi seorang. Tahun2 terawal menyaksikan staf2 yang keluar masuk,tapi staf2 terawal ni ada juga yang stay sampai sekarang. Lepas clear staf2 yang tak berapa ngam dengan kami,sekitar 2018 macam tu,kami dapat staf yang ok dan mereka pun ada sampai sekarang. Selepas itu kes staf berhenti berkurangan dan yang biasa ada ialah staf yang susah nak berhenti maybe sebab dah suka kerja di situ.
22. Mungkin orang ingat buat bisnes ni manis je tak ada duka. Jom aku kongsikan balik kisah duka pula.
23. Masa awal bisnes kami pernah je kena dengan orang macam2. Dengki dan buat fitnah sana sini. Burukkan nama kami dan kutuk produk kami macam2. Kami sampai hilang pelanggan dan kawan pun sama ada yang percaya. Sedih weh..
24. Tak habis di situ,ada pula yang suka report produk kami sana sini sampai mereka terpaksa datang untuk check itu ini. Penat rasanya.
25. Biasalah masa kita baru buat produk,pasti ada silap. Kita bukan tahu sesuatu benda tu selagi tak diberitahu. Tak tahu nak rujuk mana pun. Tanya kilang mereka kata semuanya ok. Kami pun ikut sahaja.
26. Bila tanya macam mana proses pendaftaran produk,kilang asyik bagi alasan itu ini katanya dalam proses. Kami pun percaya.
27. Satu hari ada seseorang menyamar jadi pelanggan dan whatsapp aku nak COD produk di HQ. Aku bagitahu dia untuk COD dengan mana2 wakil kami sebab kami tak menjual direct sebaliknya guna sistem agen dan stokis. HQ masa tu memang fokus uruskan sistem stokis dan agen sahaja. Tapi tetaplah dia ni nak COD juga.
28. Aku pun ejas la dengan seorang staf untuk COD kat bawah HQ nanti bila dia sampai. Tiba-tiba aku dapat panggilan dari staf dalam suara terketar2,tak silap masa tu aku masih di rumah belum gerak ke ofis lagi. Aku pun lupa dah apa dia cerita tapi ada sesuatu telah berlaku rupanya.
29. Kami suami isteri bergegas ke ofis. Sampai sana nampak ada 1 lori tuttttt,van dan beberapa biji kereta. Arghh sudah,kenapa pulak ni.
30. Naik atas,geng tuttt sedang geledah ofis kami macam kami ni jual dadah. Mereka soal siasat staf2 aku macam mereka tu penjenayah. Aku memang nak emo dah masa tu tapi aku cuba kawal. Suami pula macam speechless,sebab kami tak pernah berhadapan situasi macam ni.
31. Lalu aku berjumpa dengan salah seorang pegawai yang panggil aku masuk ke bilik aku sendiri. Dua orang pegawai masuk manakala dekat luar tak silap aku ada dalam 10 orang lagi. Dia pun bagitahu yang mereka terpaksa rush sebab dekat botol ada tersalah label. Tersalah tulis dekat label je wehh


Benda boleh tegur tapi mereka memilih untuk merampas beribu2 unit stok kami,laptop2 staf kami dan dia cakap “hp awak pun kami patut ambik tau,tapi tak apa saya tak ambik “
Besar sangat ke kesalahan kami tu?
31. Ada beberapa orang yang berlagak macam gangster bertekak dengan aku. Last aku cakap,tak apa ambillah je la semua dah nak sangat. Korang kalau dengan ca ya nun alif ok je kan,tak ada pun buat macam ni,dengan orang Islam sendiri korang aniaya,aku ingat lagi.
32. Aku yang tak tahu law ni tak tahu nak buat apa. Bagitahu orang kilang,dia ajar kami untuk pergi jumpa orang atasan jabatan tuttt untuk buat rayuan. Diorang datang hari Khamis,aku pergi buat rayuan hari Jumaat. Rupanya aku terlepas peluang untuk ke mahkamah- aku lupa la tapi sebenarnya aku boleh bantah,lebih kurang macam tu,tapi dalam masa 48 jam.Bijak diorang kan,datang hari Khamis. Sabtu aku nak pergi mahkamah dah tak boleh. Maka benda tu jadi kes.
33. Ada satu produk tu batch pertama,baru je sampai,pun kena rampas,sebab isu label juga ada perkataan tak boleh letak. Mereka boleh je memilih untuk menegur kami apa yang tak boleh sebab kami memang tak tahu,atau bagi warning,tapi mereka memilih untuk merampas seolah kami jual dadah dan benda berbahaya.
34. Kami rugi lebih kurang RM150k+ dan hampir terduduk. Eh memang kami terduduk dan kesedihan. Kami rasa nak tutup je company dan buat bisnes lain. Kami hampir mengalah,tapi petang tu juga aku kuatkan hati selepas nangis puas-puas. Aku nekad tak boleh lemah.
35. Masa kejadian tu mereka datang siap diiringi polis ye atas permintaan mereka. Polis yang datang tu pun sedih je tengok aku. Selepas mereka semua pergi,dia datang dan cakap dengan aku “ awak boleh buat report diorang ni “
Allahu,sebak aku bila dia cakap macam tu. Rupanya dia pun kesian tengok perbuatan pihak tuttt tu. 
36. Malu kami dengan peniaga2 sebelah ofis kami,sebab kami seolah2 telah membuat satu kesalahan yang sangat besar.
37. Kejadian itu berlaku pada tahun 2017. Dan aku langsung tak cerita dengan team bisnes aku sebab tak nak mereka down. Aku buat macam biasa walaupun hati aku sakit sangat dan sedih. Kilang bagi kami stok 2k unit jual dulu baru bayar kata mereka. Kami pun cuba bangkit semula dengan stok tu. Kami juga bagi promosi istimewa pada pengedar2 kami.
38. Aku ingat lagi masa aku pergi buat rayuan,aku cakap aku memang tak tahu benda tu salah. Aku minta maaf dan mohon jasa baik mereka untuk tidak mengambil sebarang tindakan,malangnya mereka tidak mahu membantu. Mereka kata nanti settle kan di mahkamah sahaja.
39. Selepas 2@ 3 tahun macam tu,terbukti produk tu tak ada bahan berbahaya seperti yang disangka dan kami didenda sebab kesilapan pada label itu sahaja. Peguam cuba minta kurangkan denda dan dapat. Alhamdulillah.
40. Kalau produk tak selamat takkan aku nak jual,sebab aku sendiri pun pengguna produk tu. Sejak itu aku jadi trauma sikit dengan tuttt ni sebab mereka boleh jadi monster anytime. Huhu.
41. Aku tak banyak tulis tentang mereka sebab aku juga pernah kena serang dengan golongan ni. Macam gangster datang ke fb aku cuba membuli aku. Takkan aku lupa ye,kalau aku sebut nama memang femes2 diorang tu. Sekali datang berpuluh orang. Aku hadap sendirian di samping ada lah juga team yang back up. Terima kasih pada yang back up,sebab ada je juga yang buat tak tahu dan tak nak masuk campur,mereka nak fokus berniaga sahaja. Masa tu boleh nampaklah siapa yang bersama kita waktu susah. Dan aku semakin sedar,jangan harapkan sesiapa untuk bersama kita waktu susah.
42. Seronok sangat geng tuttt dapat membuli aku masa tu. Masa tu bukan aku je,ramai yang kena buli terutamanya yang meniaga produk2 berasaskan herba dan semulajadi. Anti betul mereka siap gelarkan produk orang sebagai produk sampah. Akhirnya ramai sedar,”produk” siapa yang sampah sekarang yang banyak side effect dan bila consume “produk” tu confirm kena tambah lagi banyak dan sakit2 pun bertambah.
43. Itulah antara pengalaman pahit yang pernah aku hadapi dulu. Dan untuk elakkan masalah,kami cuba follow apa yang sepatutnya. Alhamdulillah ada je pegawai yang baik2 memberikan penerangan yang betul kepada kami,walaupun agak pening sebab lain pegawai lain jawapan mereka.
44. Baru je nak stabil balik,kami diuji lagi. Kali ni dengan team bisnes sendiri. Allahu. Down betul rasanya masa tu.
Esok aku sambung ye.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam






