Kisah Inspirasi

Tentang Hijrah

Tentang hijrah – dari jual sendiri bergerak dalam pasukan (team)
1. Ingat tak aku pernah share yang aku mula ada team masa meniaga emas. Masa dengan company pertama aku sempat ada lebih kurang 70 orang agen dengan modal permulaan masing2,minimum RM20k seorang,dan ini yang direct dengan aku,yang under mereka tak kira. Selepas aku menyertai company kedua,aku ada lebih kurang 300 orang agen bisnes emas.
2. Selepas bisnes emas ada masalah akibat berleluasanya program-program scam emas,aku beralih jual macam2. Tapi yang ada team dan boleh kata menjadi ialah ubat resdung kampung,ada agen lebih kurang 80 lebih macam tu.
3. Jadi ketika aku memulakan bisnes minyak herba,aku jual sendiri tau. Akulah yang marketing dekat fb sendiri dan buat ads. Tak sangka dari ads yang aku buat tu dapat ramai pelanggan. Dan pelanggan2 ini berminat nak jadi agen. Maka aku kumpulkan mereka dalam group.
4. Sedar tak sedar masa tu ada lebih kurang 300 lebih agen under aku. Mereka ini boleh kata majoritinya pengguna. Selebihnya adalah mereka yang follow aku dari bisnes emas,dan ada yang dari team ubat resdung pun follow juga. Aku masa tu mana tahu sangat pasal pengurusan database ke apa. Jadi aku kehilangan ramai agen2 emas yang aku tak berhubung sangat dengan mereka selepas dah slow dengan bisnes emas. Mereka pun banyak yang dah buat hal sendiri. Tapi masih ada lagi yang masih berhubung sampai sekarang.
5. Bermula September 2015,dan pada Julai 2016 secara rasminya aku stop ambil agen direct aku. Atas permintaan leader2 masa tu,mereka minta aku @ senang cerita HQ la kiranya,pass je agen2 baru pada mereka. Waktu tu keseluruhan agen dah ada lebih kurang 500 orang.
6. Aku sebagai seorang yang cuba menjaga kebajikan dan mengikut kemahuan leader,menuruti permintaan mereka. Maka kami pun giat menjalankan marketing dan run ads,berpuluh ribu dah prospek kami pass pada leader dan agen. Mereka pula ramai yang suka membeli dan tak kurang yang menjadi agen. Kami pernah ada agen paling ramai sekitar 4000+ orang pada masa tu.
7. Leader2 pun happy,sebab HQ tak kedekut prospek. Kami juga stop jual sendiri,semua bagi pada mereka.
8. Kami cuma mengharapkan mereka dapat menjaga pelanggan dengan baik dan bagi servis terbaik.
9. Masa tu sakit hati juga kadang,sebab pelanggan kadang komplen,agen lambat balas Whatsapp dan susah berurusan. Aku cuba bagi teguran,ada yang berubah tapi ada yang tetap sama sahaja. Sabar je la.
10. Masa berlalu,ada leader2 yang mula tak puas hati dengan HQ tanpa sebab yang aku tak tahu. Kalau mereka cakap depan2 senang juga aku tahu kan,ini tak,tiba2 senyap dalam group,jadi sukar nak dihubungi dan macam2 lagi.
11. Satu hari berlaku perselisihan akibat perkara ni,dan aku terpaksa buang leader yang aku dah simpan lama dan bagi peluang pada dia.
12. Aku pass anak buah leader yang bermasalah tu pada pelapis dalam team tu sendiri. Alhamdulillah sampai sekarang team tu masih ada lagi. Syukur.
13. Kemudian ada seorang stokis ni,sales boleh tahan dan layak jadi stokis negeri. Tapi demi nak jaga leader yang dah jadi stokis negeri,aku tak dapat nak bagi dia jadi stokis negeri yang kedua. Ini pun atas permintaan stokis2 negeri yang nak conquer negeri masing2. Hmmm. Aku turuti.
14. Nak dijadikan cerita,si stokis yang sales laju ni,dalam diam cuba buat produk yang fungsi lebih kurang sama dengan produk aku,tapi dia tak mengaku. Sampailah akhirnya dia kantoi. Bertahun dia duduk dalam group aku,kebanyakan masa silent reader tapi rupanya dia cuba tengok aku buat bisnes macam mana. Tapi sayang,dia tak tahu,tak semua aku share dalam tu. Aku pun ada group2 kecik lain bukan group tu je.
15. Lepas kantoi tak nak mengaku juga,aku remove je. Jadi dia pun buatlah terang2 pula produk yang dia buat tu. Dia kata tu produk orang lain masa mula kantoi tu. Padahal syarat kami masa tu tak boleh jual produk yang fungsi lebih kurang sama,sebab ianya boleh mengelirukan pengguna. Kami dah kena,jadi agen kami tapi jual produk lain,bila pelanggan cari produk kami dia promote produk lain tu. So syarat tu bersebablah kiranya,bukan saja2.
16. Selepas jadi founder,aku tengok dia tak ada idea,dia cuba buat sama macam aku buat sampai ada orang PM aku tanya kenapa produk si tutt ni macam produk aku. Dia ingat dia boleh tiru kita,yes boleh,tapi dia memang tak boleh jadi kita.
17. Jadi team dia ni berpecah,ada yang follow dia,ada yang nak kekal dengan aku. So yang nak kekal dengan aku tu,yang sales paling ok,aku minta dia jadi pengganti leader team tu. Dan dia pun jadi bertambah laju dan berjaya buat sales yang banyak. Selesailah satu masalah pada masa tu.
18. Tak terhenti di situ,sekitar 2018,top leader masa tu mula buat hal. Aku dah pesan jangan masuk kelas si doc fake. Lama dah aku pesan. Ramai dah terkena. Degil,dia bagitahu aku dia masuk untuk tambah networking katanya.
19. Sekali bila pergi,masa tu doc fake tengah puja puji seorang founder ni katanya bisnes dia bagus bla bla bla. Si leader ni pun kelabu mata sebab join company tu katanya nanti dapat kereta bagai,reward lagi best2. Sistem pun ok,founder lelaki katanya lebih bagus. Kwang3x
20. Sebelum tu leader ni dah banyak kali cuba jual benda lain,tapi asyik tak jadi. Sebagai seorang yang prihatin,aku nasihatkan dia agar fokus dengan satu bisnes sampai jadi. Dia dah ada team lebih kurang 600 orang agen under dia,apa lagi dia nak cari. Aku siap bagi stokis besar duduk under dia,restock sama banyak dengan dia kot. Belum lagi aku bagi kelebihan2 lain.
21. Akhirnya pada hujung tahun 2018,dia tetap nak stop juga dan fokus pada bisnes yang dia baru kenal beberapa minggu. Aku tak boleh nak kata apa. Berpecah pula team dia,ada yang ikut dia,ramai juga yang stay. Ada yang stay sampai sekarang walaupun aku tak berjaya gantikan leader untuk mereka sebab tak ada yang sesuai. Namun mereka masih berbisnes sampai sekarang. Alhamdulillah.
22. Baru je kehilangan top leader,awal 2019,aku dikejutkan dengan kejadian 5 orang leader besar yang menyumbangkan sales RM100k+ minimum setiap bulan berpakat keluar bersama2. Rupanya mereka ini dah lama sok sek belakang aku. Hanya disebabkan aku membiarkan seorang virus di kalangan mereka,habis leader aku yang baik2 pun terikut sekali. Di sini aku belajar,kalau ada je spesies virus,hapuskan sahaja sebelum merebak.
23. Tipulah kalau kata aku tak sedih. Bertahun mereka bersama dengan aku,tiba2 pergi macam tu je. Masing2 ikutkan emosi. Aku pun buat rombakan team yang ditinggalkan,agihkan pada leader2 group sederhana yang masih setia.
24. Masa tu geng leader sederhana ni selalu rasa rendah diri dan tak hebat. Aku tak nak down lama2,aku kena gilap permata yang selama ni tersembunyi. Why aku nak sedih pada yang dah pergi,sedangkan ada je lagi mereka yang masih setia walaupun sales tak segempak yang berhenti tu. Yang sales setanding dengan yang stop tu ada la beberapa orang je,yang lain sederhana.
25. Aku sibukkan diri train leader2 dan agen yang masih ada. Aku ubah banyak benda untuk memantapkan lagi team dan selalu tukar sistem mengikut kesesuaian semasa.
26. Alhamdulillah,berbaloi sangat apabila leader2 yang selama ni nampak sederhana dan kurang menonjol makin menunjukkan prestasi yang baik. Aku tak berhenti train dan coaching mereka berterusan. Aku kerap berjumpa dengan mereka dan buat personal coaching juga.
27. Benda ni memang aku dah buat dari mula berbisnes lagi. Cuma fokus aku ialah pada leader dan agen yang masih bersama pula. Aku cuba bantu naikkan bisnes mereka.
28. Alhamdulillah,akhirnya mereka yang stay ni,berjaya buka centre mereka sendiri,dan dah mula ada staf sendiri. Impian aku sebenarnya nak ada 100 orang leader yang ada team staf sendiri. Aku mahu usahawan under aku mampu memberikan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.
29. Sekarang ada 10 cawangan seluruh Malaysia dan 17 home centre. Sampai sekarang pun tak habis lagi aku train dan coaching mereka,cuma sekarang kerja aku dah tak sesusah dulu. Leader2 aku dah aturkan untuk bergerak sendiri.
30. Oh ye,sepanjang aku buat bisnes ni,tak silap aku ada 4-5 orang dah yang dari team aku ni stop dan buat produk lebih kurang,rasanya 1-2 orang je yang buat produk lain. Sebenarnya aku ok je kalau stop tu cara baik. Yang aku pelik,sebelum stop buat masalah dulu,lepas stop eh dia pula block kita siap2. Apa maksudnya tu? Ada niat tak baik ke. Hehe.
Aku bukan jenis suka gaduh dengan orang. Kecuali orang cari pasal tak habis2,terpaksalah aku pertahankan demi nama baik aku dan bisnes kadang.
31. Pernah satu ketika seorang leader yang aku bantu sampai dia boleh buka cawangan dan ada staf,dia juga yang burukkan aku di belakang sampai team dia pun benci dengan aku. Dengan aku dia burukkan anak2 buah dia,dengan mereka,dia burukkan aku. Last bila dia stop,dia hasut untuk orang lain ikut dia sekali. Fuh,inilah kes leader terakhir yang aku kena. Syukur selepas 2020 tiada lagi kes seperti ini.
32. Rupanya Allah bantu aku filter mereka ni sedikit demi sedikit. Bermula 2020 kami dah jumpa pasukan yang serasi sampai sekarang. Sekarang aku ada 8 leader besar,hampir 150+ geng stokis,dan beratus agen yang berada di seluruh Malaysia. Sebenarnya anggaran kasar ada dekat 2k,tapi yang berada dalam group selepas buat tapisan,ada dalam 600 orang sahaja.
33. Pada aku,yang penting kualiti,bukan kuantiti. Ramai je cakap agen beratus ribu,puluh ribu,tapi kualiti tak ada,sales pun sendu. Lebih baik sedikit tapi ok. Bonuslah kalau kuantiti ramai,kualiti pun tip top.
34. Sedar tak sedar sudah 9 tahun rupanya aku dengan bisnes herba ni. Aku selalu pesan pada usahawan under aku (aku lebih suka panggil mereka usahawan sebab aku layan mereka pun macam usahawan bukan anggap mereka pengedar semata) – tolong beri yang terbaik pada pengguna,consult mereka betul2,bantu selesaikan masalah mereka,jangan fokus keuntungan semata.
35. Aku agak selektif dengan apa yang aku nak jual. Kriteria utama,memberi manfaat atau memudaratkan. Baru aku akan tengok kriteria lain pula. Aku percaya bisnes yang berkat ialah yang memberi manfaat kepada pengguna.
Ramai ke baca sampai habis hari ni? InsyaAllah kita jumpa esok waktu yang sama setiap 8am. Semoga korang dapat sesuatu dari kisah aku setiap hari.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply