Umum

Tentang kehidupan.

“Dia cakap macam tu mesti sebab tak nak orang datang rumah dia “
Stranger sekarang memang pelik2 eh..
Dia tak kenal orang tu kat socmed tapi dia la yang paling suka menilai orang macam-macam.
Komen ni aku terbaca dekat posting aku tentang Raya Aidilfitri sebenar cuma sehari,bukan sebulan. Niat aku just nak sampaikan ikut Islam raya sebenar memang sehari,tapi tak salah pun kalau nak sambung ziarah-menziarahi ke atau nak buat open house. Tak ada kata pun salah.
Awat tak boleh terima raya sehari? Tetap dia kata “kami raya sebulan” – ini hanya mengelirukan anak2 dan generasi muda je.
Aku sendiri dulu ingat raya sebulan sampailah dah ngaji betul2 barulah faham.
Oh,rupanya ada orang ingat aku memang beraya sehari je dan tak suka orang datang rumah.
Kelakar je la kadang manusia ni.
Memang la aku raya sehari je sebab dah berapa lama baju raya aku pun pakai raya pertama je. Tapi aku tetap raikan siapa2 yang datang rumah. Tak adalah pulak aku halau. Orang datang bertandang kita raikan semua.
In fact,aku meraikan tetamu sepanjang tahun,bukan semasa raya je. Siapa nak datang silakan. Janji bagitahu. Rumah aku terbuka sepanjang tahun untuk siapa yang nak datang.
Cuma bagitahu la lebih awal,jangan buat surprised main terjah, sebab risau sendiri yang terkejut nanti. 😅
Melainkan 2-3 hari terawal Syawal tu memang mood stand by raikan tetamu sebab dah tahu akan ada yang berkunjung,dan kita ok je hargai mereka yang sudi datang.
Jangan terjah kalau selain 3 hari terawal Syawal kalau tak nak terkejut. Hehe
1. Terkejut sebab kami tak ada kat rumah. Kami ni selalu adhoc dan out station
2. Terkejut sebab rumah kami ada anak2 yang akal panjang jadi ada sudut tu memang bersepah sebab itu port diorang bermain dan explore macam2. Kena pulak datang tu time diorang tengah berseni,kan naya. Hahaha.
Aku bukanlah orang terbaik meraikan tetamu. Tapi siapa datang rumah aku insyaAllah memang disediakan tempat untuk solat. Kalau di Bentong ada bilik khas. Kalau di Gombak ni ada ruang khas dekat ruang tamu yang tersorok sikit untuk solat. Kita letak siap situ sebab senang tetamu nak solat boleh pergi terus.
Port duduk pun kita buat beberapa tempat. Kat depan rumah ada dua meja dengan kerusi untuk 8-10 orang boleh duduk. Nak lepak dalam ada ruang tamu dan meja makan. Maklumlah rumah kita bukanlah rumah besar gedabak. Jadi kena maximize kan ruang yang ada.
Alhamdulillah kami dapat rezeki ambil rumah depan kami khas untuk meraikan tetamu. Lama dah kami usya,awal tahun ni baru dapat.
Ada 4 bilik,kami jadikan 1 bilik solat,2 bilik khas untuk tetamu,dan 1 bilik lagi stand by. Asalnya aku nak buat kerja kat situ dan port jumpa orang,tapi sebab ada extra ruang aku kemas dan sediakan bilik2 tu untuk tetamu di kalangan saudara mara,kenalan,team bisnes,team NGO dan mereka yang memerlukan. So far Alhamdulillah rumah tu ada je tetamu.
Oh,aku tak buat homestay pun. Aku bagi duduk free je. Asalkan jaga elok2,alhamdulillah dah. Kami bukan nak profit dari rumah tetamu tu. Tapi kami suami isteri memang suka raikan tetamu.
Anak2 kawan kami pun kalau datang,dan ada makanan kami ajak makan sekali. Anak2 kawan pun selesa je datang rumah kami. Kalau kami jenis tak rai tetamu mesti budak2 pun takut nak datang.
Pergilah tengok rumah mak kat Bentong tu. Dah macam rumah kebajikan kadang orang tu datang orang ni datang. Kami ok je. Sebab tu selalu balik kalau sempat, beli apa2 untuk orang makan.
So janganlah main judge orang yang korang tak kenal. Aku bukan cerita dan share semua benda kat mukabuku ni.
Aku cerita ni pun bukan nak riak ke,menunjuk ke bangga ke apa. Jauh sekali. Kalau kau rasa macam tu maksudnya hati kau yang bermasalah.
Apa yang aku buat ni teramatlah biasa je pun. Ada orang yang buat jauh lebih baik dari aku. So benda ni kecil sahaja bagi aku.
Kami cuma meraikan tetamu ikut cara kami sahaja.
Dan sesiapa nak berjumpa dengan aku,insyaAllah kalau free kita on je. Cuma kerja aku ni tak menentu,ada masa lapang tu maka lapanglah. Datang time sibuk,memang sibuklah. Just bagitahu awal. Kalau last minit,boleh cuba. Kalau aku ada on je.
Aku bagitahu siap2,aku ni introvert tau. Sangat introvert.
Tapi semakin berumur aku cuba untuk tak nak tenggelam dengan sikap introvert dan cuba ubah slowly. Dan aku dah boleh jadi ambivert. Cuma still la bila bateri aku habis,aku akan hilang,tutup hp berjam2 jadi jangan pelik kalau call tak dapat. Hp pun silent 24 jam kecuali ada orang bagitahu nak call baru aku open sound sebab risau tak perasan. Sampai macam tu aku ni.Tapi bukan sombong. Arghh..orang introvert memang macam tu la beb. Bukan saja2 ke ngada2 ke apa.
Hari biasa bateri tak hilang pun aku akan ada off time,yang mana aku putuskan hubungan dengan dunia luar melainkan family je,itulah waktu aku qailullah atau berehat sekejap. Kadang dalam sehari beberapa kali juga,kalau sibuk lebih dari biasa or ada apa2 sebab lain.
Cuma open house aku memang tak pernah buat kat rumah aku. Just kalau nak bagi orang makan panggil2 macam tu je saudara mara untuk datang. Tahun lepas je company aku buat first time kat HQ.
Tahun ni tak buat dah sebab tak sempat.
Aku plan lepas ni nak ikut saranan Islam,bagi makan kat anak yatim atau orang susah sebab lebih afdhal katanya. Tapi kalau ada kelapangan aku nak je buat untuk saudara,kenalan dan team. Tapi tu lah sebab kitanya jenis tak suka sangat bila ramai2 orang,nak borak pun susah.
Sebab tu bila rasa nak kunjung mengunjung saudara atau kenalan,kita nak pergi kita pergi je tak kira raya atau tak.Nak borak pun puas sebab tuan rumah layan kita je. Hehe.
Hidup ni indah kalau kita saling memahami,saling memberi dan menerima.
Kami cuba memberi apa yang kami ada mengikut kemampuan. Rezeki untuk dikongsi. Cuma lately kami semakin sedar kena selektif juga bab berkongsi rezeki ni. Keutamaan pada saudara terdekat dan circle2 yang selalu bersama dan support kami.
Anda support kami,kami support anda. Bukan apa,sebab kita tak mampu support semua orang pun. Jadi why not keutamaan pada mereka yang support kita kan.
Tapi anda nak berukhwah,insyaAllah kami on sahaja asalkan berniat baik.
Kesimpulannya ; raya Aidilfitri memang sehari,tapi tak salah siapa nak ziarah menziarahi atau buat open house. Kami free,kami datang bila dijemput. Kalau tak datang tu biasanya adalah kekangan. Janganlah kecil hati ok.
Dan siapa nak datang rumah kami,pintu sentiasa terbuka sepanjang tahun,asalkan beritahu ok.
Dah beberapa kali kena scam orang kata nak datang tapi bayang pun tak nampak. Kita dah stand by la makanan kan takut datang tak ada apa. So tahun ni kami tak stand by sangat dah apa2,kalau datang,kita bagi apa yang ada. Sempat kita masak,tak sempat kita beli. Simple. Hehe
Sekian
P/s: Ada ke yang baca sampai habis ni. First time lepas raya sambung tulis panjang2 balik😁
Semoga bermanfaat❤️
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam
16hb April 2024

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply