“ Muslimah pun ada high class? “
“Macam ni la..hidup je la ikut cara masing2. Penat la nak please hati orang..
Dunia ni dah semakin pelik. Ramai manusia aneh “
Itu adalah update story IG seorang artis yang seterusnya disiarkan oleh sebuah page. Anak aku send kat aku sebab dia tahu aku ada post teguran ustazah tu dekat TT dan viral kat sana. Ada letak dekat komen nanti boleh tengok. Ustazah tu tegur tentang trend Alamak raya yang ramai orang buat baru2 ni. Di bulan yang mulia pulak tu. Huhu
Belum lagi trend ala2 pemujaan tu. Boleh tahan seram. Adeh,apalah nak jadi masyarakat kita ni.
1. Aku nak ulas satu demi satu ayat dia. Kita mulakan dengan baris pertama. Yes,memang ada muslimah high class,dan ada yang low class. Low class tu ialah mereka yang ;
1. Tak nak tambah ilmu agama dan tak nak perbaiki diri lebih baik
2. Tak nak tutup aurat dengan sempurna
3. Tak jaga ikhtilat dan gedik
4. Terlibat dalam bidang yang penuh fitnah
5. Tak menjaga diri dengan baik dan hilang rasa malu
Jelas?
2. So macam mana dikatakan muslimah high class tu? Ini antaranya ye,kalau ikutkan banyak lagi.
1. Sentiasa menambah ilmu agama dan berusaha perbaiki diri setiap hari
2. Sentiasa berusaha menutup aurat dengan sempurna (bukan balut badan macam nangka atau pakai tudung tutup rambut nampak dada ye)
3. Jaga pandangan,elak berlebihan dengan ajnabi dan tak gedik
4. Elakkan diri dari bidang yang penuh fitnah dan elak bercampur lelaki perempuan tanpa batas
5. Menjaga diri dengan baik dan penuh dengan rasa malu
3. Hidup ikut cara masing2?
Dik,kita ni orang Islam. Dalam Islam memang kena saling tegur menegur dik.
Tambahan sebagai orang yang terkenal sebagai artis tersohor,pengaruh kalian amat besar. Apa anda buat ramai anak2 muda terikut. Tunjuk contoh yang baik,dapat pahala. Bayangkan kalau duk tunjuk contoh yang tak baik dan orang ikut asbab kalian? Dosa berangkai2.
Selagi namanya orang Islam,wajib menegur antara satu sama lain,dan pesan berpesan antara satu sama lain.
4. Dalam Al Quran dah tertulis ;
“Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah al-Asr:3)
5. Belajar juga apa itu “amar makruf nahi mungkar “
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan manusia yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
(Aali Imran: 104)
Amar Maaruf adalah menyuruh dan menyeru kepada kebaikan (kepatuhan kepada perintah Allah), manakala Nahi Mungkar pula adalah mencegah dan melarang daripada perkara kemungkaran (maksiat dan derhaka kepada Allah). Amar Maaruf dan Nahi Mungkar merupakan tuntutan kepada semua pihak.
6. Sabda Rasulullah S.A.W:
.
“Dari Abu Sa’id Al Khudri R.A berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka ubahlah (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”
(Riwayat Muslim)
Ok,jelas dah sampai sini ye? Kita ke ayat seterusnya
7. Penat nak please hati orang? Dik,kita hidup bukan nak please hati orang.
Tapi kita hidup sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ni,menyembah Allah yang Esa dan ikut apa yang Allah dah tetapkan melalui Nabi kesayangan kita.
Bukan nak please mana2 manusia.
Buat apa pun kerana Allah tau,bukan sebab manusia. Allah yang pesan tu,ustazah tu cuma menyampaikan apa yang Islam tetapkan. Syariat tetap syariat tau.
8. Dunia semakin pelik dan ramai manusia aneh? Memang betul dik
Kita memang pelik sangat dengan orang yang pelik dan aneh tapi dia kata orang lain yang pelik dan aneh.
Dunia akhir zaman,yang benar dikatakan salah,yang salah dikatakan benar pula.
Kembalilah pada Islam,nanti kita akan sedar siapa yang pelik dan aneh. Kadang bila kita ni dah “jauh” sangat,memang kebenaran tu dah tertutup. Dia macam terhijab tau sebab tu kita duk rasa diri kita je betul orang lain salah tanpa asas yang kukuh (ikut nafsu dan akal pendek je)
9. Sedarlah sebelum terlambat. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka yang nak kembali ke jalan yang benar.
10. Sepatutnya kita bersyukur ada ustazah yang sudi menegur kita. Itu tanda masih ada yang sayang dan prihatin dengan kita. Bukan kita mencemuh pulak ustazah tu. Selagi ustazah tu cakap benda betul berlandaskan Islam,kita kena ikut. Kalau nak lawan pun biar ada hujah ,dalil dan nas,bukan cakap ikut nafsu
Allah menegur kita kadang melalui manusia lain tau,so teguran tu sebenarnya dari Allah. Ingat tu. Manusia hanya asbab.
11. Sayanglah kan sebab adik ni cantik,kalaulah jadi muslimah high class,pasti lagi cantik. Cantik yang sebenar itu datangnya dari hati,terserlah pada adab dan akhlak tau,bukan cantik fizikal dan rupa sahaja,ini semua dunia dik.
12. Akhirat esok,yang ditanya apa amalan2 yang kita dah buat di dunia,tak ada siapa yang kisah dengan kejayaan di dunia dan rupa kita dah. Yang tinggal cuma amal.
Kubur asing2 eh? Ye la nanti kalau mati golek2 sendiri ke macam mana?
Masih perlukan orang lain untuk uruskan bukan?
Jadi janganlah sombong sangat.
Terimalah teguran ustazah tu dengan hati yang terbuka. Kita semua pendosa termasuklah yang menulis ni. Tapi tiada satu hari pun lupa untuk berazam jadi lebih baik tau,sebab tak pernah rasa diri ni baik
Sekadar berkongi sebab sayang dengan saudara seagama.
Maaf jika ada salah dan silap dalam menulis.
Sekian.
Thanks yang baca sampai habis.
Nak share ke apa silakan tak perlu minta izin.
Nor Fazilah Abd Mohd @Nfam
17hb April 2024