Persoalan Vaksin: Adakah Benar Sudah “Outweigh Risk and Benefit”?
Persoalan Awal
“Ingat orang saja nak ambil vaksin? Dah kaji sebabnya? Dah timbang risiko dan manfaat? Dah baca kajian berasaskan bukti (evidence-based research)?”
Soalan ini sering muncul daripada mereka yang menyangka setiap keputusan berkaitan vaksin telah dibuat berdasarkan ilmu dan timbang tara yang menyeluruh. Kononnya risiko telah pun diambil kira, kajian semuanya “evidence-based”, maka sesiapa yang bertanya atau mempersoalkan… adalah jahil.
Namun, mari kita lihat semula dari sudut lain. Keluar sebentar dari gelembung yang dibina oleh naratif tunggal.
1. Vaksin Diambil Bukan Sebab Ilmu, Tapi Sebab Tekanan
Berapa ramai sebenarnya yang mengambil vaksin bukan kerana kefahaman, tetapi kerana:
-
Takut kehilangan pekerjaan
-
Mahu merentas negeri untuk berjumpa ibu bapa
-
Mahu bersalin di hospital
-
Mahu menghantar anak ke sekolah
-
Takut digelar anti-vaksin
Ini bukan “informed consent” (persetujuan bermaklumat). Ini adalah “coerced consent” (persetujuan melalui paksaan).
Majoriti masyarakat tidak pun membaca jurnal. Tidak tahu beza antara efficacy dan effectiveness. Tidak tahu bahawa vaksin mRNA tidak mempunyai kajian jangka panjang ke atas manusia sebelum ia diluluskan secara kecemasan (EUA).
Jadi… siapa sebenarnya yang tidak membuat kajian?
2. Bukti ‘Evidence-Based’ Tidak Semestinya Bebas Bias
Kami juga membaca jurnal.
-
Pfizer sendiri mengakui dalam dokumen yang didedahkan mahkamah bahawa mereka tidak menguji vaksin terhadap golongan hamil dan tidak tahu kesannya terhadap kesuburan, walaupun akhirnya vaksin tersebut disyorkan kepada ibu mengandung.
-
Kajian oleh British Medical Journal (BMJ) mendedahkan kelemahan dalam fasa percubaan klinikal; banyak laporan kesan sampingan tidak dilaporkan atau ditolak begitu sahaja.
-
Malah, Dr. Peter Doshi, editor BMJ, secara terbuka mempertikaikan integriti data percubaan Pfizer dan Moderna.
Mengapa semua ini tidak dilaporkan dalam media arus perdana?
Kerana “bukti” yang sampai ke tangan orang awam telah ditapis, ditaja dan diolah oleh pihak yang mempunyai kepentingan industri.
3. Risiko Vaksin Bukan Teori. Ia Realiti.
-
Ribuan keluarga di seluruh dunia kehilangan anak, ibu, ayah selepas suntikan.
-
Laporan VAERS (AS), Yellow Card (UK), dan EudraVigilance (EU) menunjukkan peningkatan kes miokarditis, strok, kelumpuhan, gangguan haid, dan kematian mengejut selepas vaksin COVID-19.
Dan ini bukan daripada TikTok. Ini adalah data rasmi daripada agensi kesihatan sendiri.
Namun, mereka akan menjawab, “Correlation is not causation.”
Mudah sungguh memadamkan penderitaan manusia dengan satu ayat selamat.
4. ‘Outweigh Risk and Benefit’… Bagi Siapa?
Vaksin diberikan kepada:
-
Kanak-kanak yang tidak pun berisiko tinggi untuk komplikasi COVID-19
-
Remaja sihat yang akhirnya mengalami radang jantung (myocarditis)
-
Ibu hamil tanpa data keselamatan yang kukuh
Jadi, manfaat lebih daripada mudarat ke… jika yang cedera itu anak orang lain?
Adakah anda sudi bertukar tempat dengan ibu yang kehilangan bayi selepas vaksin?
Kalau tidak… jangan mudah kata semua risiko sudah “di-outweigh”.
5. Sains Sebenar Bukan Ikut Herd, Tapi Berani Persoal
Saintis sejati tidak akan takut jika data dicabar.
Yang takut hanyalah mereka yang bersembunyi di sebalik autoriti, bukan kebenaran.
Kami bukan anti-vaksin semata-mata. Kami juga anti-penipuan.
Kami bukan percaya kepada teori konspirasi sebarangan, tapi kami percaya pada:
-
Hak untuk tahu
-
Hak untuk memilih
-
Hak untuk selamat
6. Kalau Anda Betul-Betul Baca “Evidence-Based Research”, Anda Patut Marah Bila Dapati:
-
Vaksin tidak diuji ke atas interaksi dengan ubat lain
-
Kajian jangka panjang tidak pernah selesai sebelum ia diluluskan
-
Data buruk ditutup demi agenda global
Jadi, jangan tanya kami, “Dah buat kajian ke belum?”
Kerana yang paling banyak membaca, yang paling dalam mencari, ialah mereka yang telah pun membayar harga yang sangat mahal.
Bukan hanya dengan masa.
Tetapi dengan nyawa dan kepercayaan.
Anak-anak kami sudah terkesan. Siapa yang hadap? Siapa yang jaga?
Pakar pun kata tidak ada ubat. Ada pakar nak bertanggungjawab?
Jawapannya: TIADA.
Kalau ada, sila maklumkan. Kami mahu dia rawat anak kami dengan jaminan ubat yang tiada kesan sampingan dan boleh sihat kembali. Ada?
#sharingbynfam #awaken #tolakvaksindenganilmu





