WAJIB SARAPAN PAGI – MITOS ATAU FAKTA?
Untuk korang yang nak kurus dan sihat dengan cara yang selamat iaitu dengan intermittent fasting ataupun kita panggil IF, korang sebenarnya boleh skip je sarapan.
Nak skip sarapan pun ada caranya tau.
Kalau biasa sebelum ni sarapan pukul 7 ataupun pukul 8, korang boleh anjakkan sarapan ke pukul 9pagi.
Bila dah terbiasa jarakkan lagi pukul 10, 11, 12 sampailah korang mampu anjak sampai ke petang.
So bila korang lewatkan waktu makanan pertama, kuranglah sikit rasa asyik nak makan, makan, makan je tu.
Sebenarnya boleh je skip sarapan, tak mustahil pun. Saya berani share sebab saya dah buat dan dapat banyak kelebihan dari amalan skip sarapan ni.
Dulu saya pun percaya yang konon-kononnya sarapan ni wajib diambil. Tapi lepas kita ambil sarapan, kadang-kadang kita rasa mengantuk, lesu, hilang fokus sampai tak boleh nak buat kerja. Betul tak?
Kalau korang baru je nak skip sarapan kan,boleh je korang gantikan sarapan dengan set sunnah ataupun minyak-minyak sihat seperti minyak zaitun satu sudu dan minyak kelapa dara satu sudu. Insya-Allah korang akan rasa kenyang.
Tapi bila dah lama-lama korang nak ambil set sunnah ni di waktu petang pun tak ada masalah.
Yang penting korang kosongkan perut dulu, korang akan rasa lebih sihat sebenarnya insya-Allah.
Benda ni kalau tak cuba tak tahu. Kena cuba dulu lepas itu dah rasa dia punya kelebihan, barulah kita boleh menilai.
Semoga bermanfaat






