Skip to main content
Kisah Inspirasi

9 Amalan di Hari Raya Aidilfitri.

9 AMALAN DI HARI RAYA AIDILFITRI IKUT CARA NABI SAW
Nampaknya Ramadan dah sampai ke penghujung. Kita kena terima kenyataan yang bulan penuh rahmat sudah pun habis. Semoga ada rezeki kita bertemu lagi tahun depan.
Allah hadiahkan kita dengan 1 Syawal. Jom ambil tahu apa amalan yang kita boleh buat sempena Aidilfitri ini.
1. Menghidupkan malam raya
Buat solat sunat,zikir,baca Al Quran dan amalan-amalan lain.
2. Takbir raya
Digalakkan takbir raya pada malam hari raya
3. Jangan lupa bangun mandi sunat Aidilfitri
Boleh ajar anak2 sekali dan jadikan rutin di hari raya. Alang-alang mandi,kalau niat mandi sunat Aidilfitri dapat pahala,lebih baik buat kan. Jangan lupa potong kuku dan rapikan janggut.
4. Pakai pakaian terbaik yang kita ada,tak semestinya baru.
Bonus kalau mampu beli baju baru. Ada orang tak beli walaupun mampu. Terpulang nak macam mana,yang penting kita pakai pakaian terbaik yang kita ada untuk hari raya.
5. Pakai haruman atau wangian
Tapi janganlah guna banyak sangat sehingga orang lain pun boleh bau. Cukup sekadar kita sahaja yang bau,pakai sedikit atau sederhana sahaja.
6. Makan sedikit sebelum ke masjid
Makanlah dulu sikit makanan buat alas perut sebelum ke masjid. Kalau ikut nabi kita baginda cuma makan beberapa biji kurma.
7. Solat sunat Aidilfitri di masjid
Jika terawih kaum wanita digalakkan buat di rumah,tapi untuk solat sunat Aidilfitri kaum wanita dan anak2 digalakkan ke masjid. Jadi ambillah peluang untuk ke masjid.
8. Mengeratkan silaturahim
Boleh ziarah sanak saudara untuk eratkan lagi silaturahim. Sekiranya ada peluang dan masa lebih boleh eratkan ukhwah dengan kenalan dan jiran tetangga.
9. Puasa enam
Puasa enam ni macam puasa setahun kalau ikut hadis Rasulullah saw. Jadi rugi sangat kalau tak buat. Boleh mula dari raya kedua sehingga habis Syawal. Boleh mula bila2 asalkan masih Syawal,sama ada berterusan atau buat bila mampu. Selagi masih Syawal tiada masalah
Semoga bermanfaat 😊

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply