Skip to main content
Kisah Inspirasi

Tentang kehidupan.

ADAKALANYA KEMAAFAN ITU DENDAM YANG TERINDAH
Ini adalah kisah benar,sedikit panjang dan tak semua orang boleh baca sampai habis.
Dalam hidup ini ada kalanya kita akan berhadapan dengan situasi di mana kita rasa terlalu terasa hati dengan perbuatan atau kata-kata seseorang dan sukar nak memaafkannya.
Rasa seperti tak mampu nak redha dan memaafkan orang yang ada berbuat salah dengan kita.
Aku pernah melalui benda macam ni banyak kali.
Kali ni aku nak kongsikan kisah benar yang baru sahaja berlaku tahun lepas.
1. Kisah ini sekadar untuk pengajaran bersama,kelemahan diri aku yang mungkin boleh kalian jadikan iktibar.
2. Ingat lagi Ramadan tahun lepas,keluarga makcik iaitu adik mak aku ada berkampung kat rumah aku. Sebab anak makcik aku yang nombor 2 tu sakit dan selalu ulang alik masuk wad di HKL.
3. Sepupu aku tu muda lagi,umur 30-an tapi dah ada kanser beberapa tahun sebelumnya. Cuma keadaan dia stabil dan masih boleh bekerja. Dia juga ada 3 anak yang masih kecil lagi dan bekerja di ibu kota.
4. Selepas peristiwa cucuk2,dia tak terkecuali ambik. Dan apa yang aku perasan,sejak itu kesihatan dia bertambah teruk dan kanser yang sedia ada menjadi ganas. Sebenarnya aku beberapa kali juga cuba bagi nasihat supaya mencuba rawatan alternatif,tapi mereka sudah terbiasa dengan rawatan moden jadi aku tak berani nak lebih2.
5. Sebelum Ramadan tahun lepas,seingat aku lama juga sebelum itu aku lama tak berjumpa sangat dengan dia.
6. Ada satu peristiwa yang membuatkan kami berselisih faham. Hati aku terasa sakit dan aku buat hal aku sahaja. Tapi khabar tentang dia aku selalu dapat dari mak aku dan makcik aku yang rajin datang ke rumah. Rumah makcik aku tu dengan rumah mak dekat je. Mereka ni boleh kata petang2 selalu borak2 bersama kat rumah mak aku tu.
7. Makcik aku tu seorang yang baik. Waktu aku pernah sakit masa remaja dulu dia pernah ambil dan jaga aku. Dia tumpangkan aku dengan mak kat rumah dia. Walaupun dia bukan orang senang tapi dia tetap bantu kami. Aku ingat jasa dia. Dia memang jenis mudah membantu orang lain walaupun dia sendiri bukan orang senang.
8. Kemuncaknya Ramadan tahun lepas sepupu aku tu makin sakit. Keadaan dia semakin teruk. Rawatan demi rawatan moden hanya menambahkan kesakitan dia.
9. Sebelum dia sakit dia pernah datang rumah dan menegur aku. Aku berasa kekok tapi aku tetap melayani dia.
10. Semasa dia masuk lagi wad tahun lepas,aku pergi melawat dia. Aku bagi dia kata-kata semangat.
11. Kebetulan beberapa hari lagi dengarnya harijadi dia. Aku dah niat nak belikan apa2 untuk dia. Tapi tak tahu nak beli apa sebab dia bukan boleh makan apa sangat dah. Terlantar sampai jadi kurus macam mumia dan badan pun dah mengerekot. Kaki dia pun sebelah tak boleh nak gerak sangat,asyik sakit je.
12. Kanser pulak sekejap kata kanser serviks,lepas tu kanser lain pula,last mereka cuma kata kanser dah merebak teruk satu badan. Entahlah. Aku tengok dia macam jadi eksperimen je,sedih tengok.
13. Pada harijadi dia,kebetulan makcik aku yang selalu pergi tengok dia petang2 nak balik rumah kat kampung sekejap sebab ada urusan katanya. Mulanya kami melarang sebab better stay je la sebab hari tu kan harijadi anak dia. Tapi dia kata nak balik juga sekejap dan datang semula.
14. Petang tu aku tak nampak makcik aku datang. Dan aku fikir,mungkin suami sepupu aku dah sampai awal kot hari ni sebab harijadi isteri dia. Yang jaga sepupu aku tu kakak sulung dia sebab wad tu lelaki tak boleh jaga,tambahan suami dia nak kena uruskan anak2 juga.
15. Aku yang tak tahu nak beli apa,akhirnya ambil keputusan bagi pasu bunga kecil yang segar di kedai bunga,sebagai tanda aku nak dia sihat balik dan segar macam pokok tu. Kecil tapi cute sangat sebab memang dibuat untuk dijadikan “special gift”. Aku pilih dari hati. Aku tak kisah dah harganya.
16. Sebaik sampai,aku lihat muka dia sugul je. Aku letak bunga tu depan dia. Dia masa ni dah tak berapa nak kuat sangat dah. Aku nampak kakak dia berbisik kat dia. Dia pun sebut nama aku dan menangis sebab terharu. Terharu aku ingat dan beri hadiah dekat dia.
17. Kakak dia datang kat aku dan cerita yang adik dia dari tadi dah mengamuk2 sebab semua orang tak datang lagi.
“Kau pun balik je la,biar je aku kat sini seorang diri. Semua orang tak sayang pun kat aku” dia marah kakak dia juga. Kakak dia sabar je sebab faham,orang tengah sakit ni sensitif kan.
18. Rupanya suami dia belum datang mungkin ada urusan yang tak dapat dielakkan. Sedangkan dia sangat berharap orang2 yang dia sayang ada dengan dia hari tu.
MasyaAllah,sebak aku dengar.
19. Aku pergi dekat dia dan aku bagi kata2 semangat kat dia.
Dan aku lafazkan ucapan maaf atas segala salah dan silap aku,walaupun aku pernah berasa apa yang berlaku itu bukan salah aku pun.
Tapi aku tetap cuba meminta maaf dan tolak tepi semua rasa negatif. Masa tu aku rasa aku ucapkan dari hati aku yang paling dalam dan ikhlas,supaya dia dapat maafkan aku sebab aku tak semestinya betul walaupun rasa betul.
Dia pun minta maaf dengan aku.
Masa ni aku tak dapat menahan air mata dah😭
Aku cakap kat dia aku sayang dia dan yakin dia boleh sembuh.
Begitulah peristiwa pada petang tu.
20. Tak lama tu dia dibenarkan balik walaupun keadaan dia tak ok.
Tahun lepas aku beraya di kampung suami di Kelantan. Sepatutnya kami balik semula ke Bentong raya ketiga. Tapi semasa raya kedua,suami ajak balik tiba-tiba. Pelik jugak,dah kenapa.
21. Aku tak cakap banyak dan mengikut sahaja. Suami memang jenis tiba2 macam tu jadi aku pun tak cakap banyak.
22. Semasa kami lepas lalu tempat yang tak ada line dan berada di RnR Gua Musang,kami dapat mesej yang sepupu aku tu dah tak ada. Allahu,menangis aku masa tu.
Aku tak sempat jumpa dia raya tahun tu😭
23. Semasa bulan puasa,aku sempat belikan baju sedondon untuk mereka sekeluarga di butik. Aku nak berikan dia yang terbaik aku mampu sebagai hadiah istimewa.
24. Tapi dia tak sempat pakai sebab raya pertama tu dia dah sakit teruk😭.
Hanya suami dan anak2 dia pakai. Aku harap anak dia simpanlah baju raya terakhir yang mak dia tak sempat pakai tu. Ingatlah pada ibu yang melahirkanmu sampai bila2.
25. Paling aku jeles,cara kematian dia tu,dikelilingi oleh mak dia,adik beradik,saudara2 merangkap jiran sekali,dibacakan ayat2 Al Quran dan dia menghembuskan nafas dengan begitu tenang sekali di depan mereka semua.
Mudah je dia pergi.
26. Semoga Allah mencucuri rahmat pada dia yang telah pergi meninggalkan kami semua. Dialah sepupu pertama yang meninggalkan kami. Masih terbayang lagi macam dia ada lagi. Sebab dia selalunya suka masak itu ini dan rajin orangnya.
27. Dalam sedih,aku puas hati sebab sempat bermaafan dengan dia. Kita nak marah pun nanti salah seorang akan pergi dulu dan kita akan menyusul,biarlah tiada yang tersangkut.
28. Makcik aku pula selepas pemergiaan anak tersayang dia semakin merosot kesihatan dia. Sudahlah dia juga baru kematian suami,sekarang anak pula.
29. Beberapa bulan selepas kematian sepupu aku,makcik aku pula pergi meninggalkan kami semua. 😭
Semua tu berlaku dalam selang masa yang singkat. Macam mimpi rasanya.
30. Mak long dah tak ada,mak aku anak kedua,dan anak ketiga pun dah tak ada. Aku mula risau sebab mak aku rapat dengan arwah makcik aku tu.
31. Bayangkan diorang rapat dari kecil dan dah berumur pun masih lagi rapat. Petang2 je makcik aku tu akan sampai nak borak dengan mak. Aku kadang tersenyum je dengar diorang borak macam2 hal.
32. Makcik aku tu rupanya selalu memuji aku dengan orang lain. Walhal depan aku dia biasa je. Aku tahu dia memang anggap aku macam anak dia. Waktu sakit pun selalu tanya aku.
Tapi kini adik beradik mak aku cuma tinggal 4 orang,3 orang dah tak ada.
33. Hargailah insan2 tersayang kalian sementara mereka masih ada. Jika ibu atau bapa kita dah tiada,berbaiklah dengan orang yang terhampir dengan mereka iaitu adik beradik mereka atau kawan baik mereka.
34. Satu lagi,ada kalanya memaafkan mungkin susah,tapi lagi susah bila kita masih belum “melepaskan”.
Usah berdendam kesuma,sebaliknya maafkan kerana ianya dendam paling terindah. Hati pun akan rasa lapang dan Allah permudahkan urusan2 yang lain.
Kesimpulannya,maafkan walau terasa diri betul sebab boleh jadi kita ada salah dan silap yang lain. Maafkan supaya kedua pihak berasa tenang. Yang buat salah manusia biasa,kita pun sama manusia biasa yang ada kekurangan dan pernah buat salah pada orang lain tanpa disedari. Bayangkan jika orang itu tidak memaafkan kita.
Orang yang mudah memaafkan orang,adalah orang yang terpilih. Jadilah orang yang terpilih kerana tak semua mampu melakukannya.
Ambillah peluang hari2 akhir Ramadan ini untuk memaafkan mereka yang paling sukar dimaafkan,ganjaran berganda menantimu InsyaAllah.
Doakanlah insan2 tersayang kita yang sudah pergi. Kita juga bakal jenazah yang akan menyusul. Hidup cuma sementara,biarlah lebih banyak cerita indah2 walaupun ada yang di luar kawalan. Serah pada Dia selalu untuk ketentuan yang terbaik.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam
9hb April 2024

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply