Kita semua bakal ke sana.
Cepat atau lambat.
Saya pernah jumpa ramai orang yang berubah drastik selepas pemergian insan tersayang mereka. Itu juga yang saya turut rasai. Semoga perubahan ini membawa pada kebaikan.
Siapa yang masih ada orang tua, hargailah mereka. Jagalah mereka. Berjasalah sehingga rasa tak puas hati nak memberi dan memberi.
Sebulan sudah arwah abah pergi. Tapi katilnya masih di belakang. Kadang rasa macam dia ada lagi. Sering lupa dia dah tak ada. Ternyata cepat sungguh masa berlalu.
#Throwback :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=601896196498732&id=100000350704948
Insyaallah kami akan terus mengingatimu dengan cara yang sepatutnya.
Pesanan buat yang terbaca, hargailah orang tua kalian yang masih ada. 😊