Skip to main content

Tengah siapkan nota diet pemakanan untuk mak sepanjang minggu ini. Baru luka dia akan cepat pulih.

Insyaallah dengan diet ni bacaan gula akan turun dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Perkembangan terkini mak dah tak boleh jalan sangat sebab kaki dia sakit sangat. Demam on off. Kena pimpin dan guna tongkat. Kami tak bagi gerak sangat. Pindahkan dia ke bilik yang ada bilik air dekat dengan katil. Insyaallah ada orang jaga siang dan malam.

Malam ni terpaksa balik sebab esok diri sendiri punya appointment selain anak sekolah.

Next lagi 2 hari, Khamis pula mak perlu ke klinik untuk check buah pinggang dia. Dah siap request dan bincang dengan doktor plan untuk dia. Jadi adik hanya perlu bawa sahaja.

Semoga dipermudahkan semuanya dan mak cepat sihat. Kali ni memang nak pantau betul-betul pemakanan dia. Maklumlah orang tua kan. Kadang langgar pantang. Kita pun tak sampai hati kadang. Sesekali tak apa, janji kena teruskan diet eat clean dan kurangkan gula.

Semoga mak cepat sembuh. Aamiin.

#Diabetes #DarahTinggi #NfamMotherStory

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply