Kisah Inspirasi

Adab menyambut hari kemenangan.

Adab menyambut hari kemenangan yang selalu diabaikan
1. Hari raya 1 Syawal adalah hari untuk kita bergembira menyambut sempena dengan kejayaan kita berpuasa selama sebulan.
2. Selama sebulan kita mentarbiyah diri di madrasah Ramadan. Kita bermujahadah melawan nafsu,bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sebaliknya tetapi menahan diri dari perbuatan yang berdosa.
3. Kita berusaha untuk transformasi diri kita menjadi lebih baik dan kembali ke fitrah. Dari segi jasmani,emosi,fizikal dan rohani kita cuba kembali ke fitrah kejadian kita.
4. Naluri dan sifat asal manusia itu semuanya baik2 sebenarnya. Kalau seseorang itu berperangai buruk,bererti dia sudah lari dari fitrah. Itulah antara tujuan berpuasa,supaya kita dapat bersihkan hati ,lembutkan jiwa untuk kembali ke fitrah.
5. Tiba-tiba kau jadikan 1 Syawal sekadar hari untuk bersedih-sedih sambil bersalam-salaman semata. Hari yang patut bergembira,jadi hari yang menyedihkan. Drama raya pun kebanyakan sedih2. Belum lagi lagu raya.
6. Salah ke kalau bersedih? Bagi aku tak salah kalau kau faham macam ni ;
Ye kita sedih bila salam tu bila mungkin kita mengenangkan dosa dan salah kita sepanjang tahun dengan orang yang kita salam,dan peluang yang mungkin terakhir untuk beraya. Atau juga kita sedih mengenangkan insan2 yang telah pergi. So tak salah.
Sebab kita terkenang mereka2 yang sepatutnya ada bersama kita.
7. Salamlah dan menangislah semahunya. Tapi usah dibuai kesedihan semata sebaliknya hayatilah erti Syawal yang sebenar.
8. Sememangnya Syawal adalah hadiah buat kita,hari untuk saling bermaaf-maafan,saling mendoakan yang baik-baik dan mengeratkan silaturahim. Gunakan peluang untuk mengutamakan ahli keluarga dan sanak saudara terlebih dahulu. Sebab itulah dinamakan “silaturahim”. Jika ada tambahan masa,maka eratkan ukhwah – ini dengan kenalan2 pula.
9. Sambutlah dengan sederhana dan usah berlebihan. Syawal bukan masa untuk kita menunjuk2 dan berlumba nak jadi siapa yang lebih hebat. Bukan juga untuk kita tayangkan macam2. Paling sedih tayang aurat. Hmmm.
Apa kemenangan Ramadan yang nak diraikan ni sebenarnya? Sepatutnya Ramadan jadikan kau lebih baik,kalau masih tak tutup aurat dan masih tak jaga solat dan buat perbuatan yang tak elok,kau dah gagal sebenarnya. Ruginya raya sekadar raya tapi sebenarnya gagal.
10. Pesanan untuk tuan rumah ;
1. Raikan tetamu yang hadir mengikut kemampuan,usah dibuat benda yang di luar kemampuan
2. Jika sayang barang2 di rumah,cuba elakkan letak benda2 yang kanak2 suka main atau terlanggar kerana kanak2 kadang di luar kawalan dan ibu bapa boleh terlepas pandang
3. Boleh tawarkan tetamu untuk solat jika sudah masuk waktu
4. Elakkan bercakap isu sensitif dan yang boleh menyakitkan hati
11. Pesanan untuk tetamu ;
1. Elakkan pergi bertandang pada masa yang tak sesuai
2. Jika bawa anak,rajin2 perhatikan dan pantau anak supaya tidak buat benda yang tidak sepatutnya di rumah orang. Jika anak memang tak duduk diam,usah berlama di rumah orang.
3. Ajar anak2 untuk salam dan bertegur sapa dengan orang2 yang ditemui (jika boleh salam).
4. Ambil makanan sedikit demi sedikit untuk elak pembaziran
5. Jika anak dapat sampul raya ajar dia untuk simpan terus bukan buka depan orang ramai dan sebut kuat2 jumlahnya. Lagi parah,sampul yang diberi tuan rumah dibuang merata2 di kawasan rumah itu juga
12. Pesanan untuk pasangan yang beraya di rumah mertua
1. Keluarga mertua buat macam keluarga kita juga walaupun takkan sama 100%
2. Tunjukkanlah muka walaupun sekejap dan bercampur gaul
3. Bantu apa yang boleh
13. Pesanan untuk adik ipar duai,beras segala
1. Raya bukan hari untuk tunjuk siapa hebat siapa tak
2. Elakkan mengumpat sana sini
3. Kalau tak mampu jadi orang baik jangan jadi toksik
4. Kalau rajin dan nak buat sesuatu,buat je,jangan harap orang lain pun kena rajin macam kita
5. Rasa nak bagi,silakan bagi,tak perlu pertikai orang yang tak bagi.
14. Pesanan untuk diri sendiri ;
1. Manusia tiada yang sempurna
2. Jadi diri sendiri sahaja tak perlu jadi orang lain
3. Tak perlu buat sesuatu untuk menunjuk pada sesiapa
4. Orang suka kita dekat,orang tak suka kita jauhkan diri untuk elak lebih banyak perselisihan
5. Orang tegur kita jawab,walaupun kita tak suka ; sekadar untuk jaga silaturahim
Sebenarnya masih awal nak bercakap tentang raya,sebab masih tersisa beberapa hari lagi untuk kita mengejar Ramadan.
Rebutlah peluang hari2 terakhir Ramadan sebab belum tentu kita dapat ketemu lagi tahun depan.
Berbuatlah baik seperti kita akan mati esok hari.
Semoga Ramadan dan Syawal kali ini menjadi hari yang bermakna buat kita semua bukan sekadar kata-kata tapi dalam erti kata yang sebenar.
Selamat meraikan dan teruskan perjuangan hari2 terakhir Ramadan.
Istiqomah dalam bermujahadah
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam
8hb April 2024

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply