Untung jadi suami boleh fokus ibadah lebih berbanding isteri
Isteri dari bangun pagi sediakan sahur sampailah waktu nak tidur balik,nak berehat pun susah. Suami relaks je boleh ke masjid,boleh berbuka dan sahur dengan tenang sebab isteri dah sediakan semua,malah boleh pergi terawih lagi.
Isteri pulak? Kena jaga anak. Bawa ke masjid nanti buat hal je,baik duduk kat rumah. Belum lagi pakej kena jeling dengan makcik2 kat masjid. Malu dan sakit hati weh
Lepas tu mula terdetik,bestnya suami dapat ke masjid tak perlu fikir pasal anak.
Nak solat terawih kat rumah pun kadang tak sempat sebab sibuk dengan urusan jaga anak dan lain2.
Begitulah rungutan sebahagian wanita.
Dan mereka rasa tak adil dan kehilangan peluang yang besar di bulan Ramadan. Mereka rasa mereka golongan yang rugi dan suami mereka golongan yang beruntung.
Tapi tahukah anda yang pahala anda menguruskan rumahtangga,uruskan anak,dan semua yang berkaitan puasa tu pun dapat pahala yang besar juga?
Ye dulu masa bujang kita fokus diri kita sendiri. Kita boleh ke masjid kerap dan boleh terawih tak miss setiap malam. Boleh baca Al Quran,boleh hadir usrah dan macam2 lagi. Siap boleh iktikaf kat masjid lagi.
Seronok sangat kan?
Lepas kahwin semuanya berubah.
Kita dah susah nak buat ibadah. Dapat buat yang wajib pun syukur dah. Waktu free sikit kena masak,kena kemas rumah,buat itu ini,sedar2 dah malam. Kerja tak habis2. Hari-hari ulang benda sama.
Cuba betulkan mindset.
Kalian sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam rumahtangga. Niatlah buat semuanya kerana Allah. Dan doakan supaya dengan usaha kita tu dapat membantu memudahkan urusan suami dan anak2 kita dalam kehidupan mereka.
Kalau baik seseorang ibu itu,maka baiklah semua isi rumah.
Kalau rosak seseorang ibu itu,maka rosaklah semua isi rumah.
Betapa besar fungsi seorang ibu.
Walaupun anda hilang peluang ibadah tertentu,tapi anda diberikan peluang lain yang tak kurang hebatnya.
Peluang menyediakan sahur untuk orang berpuasa.
Peluang menyediakan makan berbuka untuk orang berpuasa.
Peluang menguruskan rumahtangga dan macam2 lagi anda boleh buat.
Semua itu pun ibadah kawan2.
Allah nampak semua tu.
Daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
Hadis Riwayat Ahmad
Nampak tak?
Bila suami ke masjid untuk berjemaah,dan kita solat di rumah,kita dapat pahala berganda sama macam yang suami kita dapat. Ini ikut yang aku pernah belajarlah. Tak tahulah kalau salah kan.
Jadi permudahkan urusan suami dan anak2 lelaki kita ke masjid. Bukan bulan puasa je,tapi juga bulan2 lain. Galakkan mereka solat semua solat di masjid kecuali ada urusan yang tak dapat dielakkan.
Selagi boleh pergi,biar mereka pergi.
Dalam masa yang sama,hidup berkeluarga ni kena ada kerjasama semua.
Kami Alhamdulillah di rumah ni berbahagi tugas sesama ahli keluarga. Tak adalah aku yang buat semua. Aku dah latih anak buat kerja dari mereka kecil lagi,walaupun kadang ada yang malas2 ke atau culas,tetap kena buat dan kena tegur. Alhamdulillah,tak adalah terkontang-kanting seorang diri.
Ramai mak2 kadang nak jadi supermom,semua nak buat sendiri. Ini menaikkan lemak anak2 kalian. Mereka nanti tak pandai nak menolong dan tak pandai berdikari. Biarlah semua anak tu ada fungsinya dan ajar mereka bekerjasama menguruskan rumahtangga.
So mak2 masih ada peluang untuk diri sendiri.
Aku sendiri lepas kahwin dah berapa lama tak ke masjid buat terawih. Pernah pergi tapi anak lasak dan aktif jadi sejak tu aku buat di rumah sahaja. Sekarang anak dah besar dan boleh jaga yang kecil,tetap aku rasa lebih baik di rumah sahaja. Mungkin nanti kalau semua dah besar,bolehlah pergi. Tapi menurut ustaz,perempuan lebih baik di rumah sahaja untuk elakkan fitnah.
Jadi mak2,jangan down.
Ukuran beribadah di masjid bukan untuk kita nak rasa diri dah buat yang terbaik. Di rumah pun kita masih berpeluang buat yang terbaik. Kena pandai2 curi masa dan ambil peluang.
So mak2,jangan down2 ok.
Peluang untuk kita sentiasa terbuka walau di mana kita beribadah.
Selamat meneruskan ibadah puasa yang tersisa beberapa hari sahaja lagi.
Semoga ini bukan yang terakhir buat kita,kerana belum puas menikmati keindahan Ramadan.
Cepatnya masa berlalu. Huhu







