Gegata oh gegata
Genap 10 hari dah Shibi @ baby Surfina kena gegata.
Pagi tu pakcik saya yang dukung dia bagitahu,kaki dia ada gegata ni.
Saya pun tengoklah,boleh tahan. Ambil dia dan sapukan Minyak Herba Asmak.
Ok,dah hilang. Saya pun mandikan dia macam biasa.
Lepas tu tengok gegata ni ada pula di bahagian lain pula. Sapu lagi Minyak Asmak,hilang. Kadang – kadang saya sapu Bedak Asmak, pun hilang. Calamine lotion tak sesuai dengan dia.
Pengalaman saya dengan 5 orang anak sebelum ni,kalau kena pun sekejap je,tak sampai sehari dah ok sapu Minyak Herba Asmak.
Si baby ni lain pula.
Keadaan berlarutan beberapa hari. Sapu Minyak Asmak tak sampai setengah jam hilang tapi lepas tu dia berpindah randah gitu. Kejap kat sana,dah ok kat sini pula.
Ada satu hari tu kena serang gegata penuh dari dada sampai ke perut pukul 2 pagi. Apa yang boleh buat masa tu,mandikan dia,lap bagi kering betul -betul dan sapu lama sikit dengan Minyak Herba Asmak,baru boleh tidur.
Esok tu ambil keputusan bawa jumpa doktor. Doktor pun pesan cuci tangan dia lebih kerap sebab kuman tu berjangkit bila dia garu. Memang dia kuat garu. Doktor bagi suntikan,dan legalah sikit dia hari tu,gegata tak berapa nak naik.
Benda lain yang saya buat ialah :
1. Kerapkan mandi selain cuci tangan dia kerap
2. Setiap kali mandi ,lap kering dan buat sapuan dan urutan ringkas tapi dalam 15 -20 minit macam tu di seluruh badan.
3. Sapu lebih di bahagian yang dah luka sikit akibat kuat sangat menggaru.
4. Bagi pakaian yang selesa sebaiknya dari cotton dan masukkan baju ke dalam seluar supaya dia tak dapat menggaru. Baju sebaiknya lengan panjang
5. Teruskan penyusuan dan makanan sihat untuk kekal sihat
6. Cuba semak apa alahan yang dialami dan bolehlah tukar cadar dan basuh tuala yang biasa guna.
Selepas beberapa hari cucuk tu,masih terjadi balik.
Mak pun cadangkan dapatkan air penawar dari pakcik sebelah rumah. Saya ikutkan sahaja sebab dia pun baca ayat Al Quran. Ayat al Quran tu kan syifa.
Alhamdulillah ada perubahan.
Selepas beberapa hari jadi semula. 🤦♀️
Cuma lega sebab dah tak seteruk awal-awal dulu.
Jadi saya cuma amalkan rutin di atas dan kekal sapukan Minyak Herba Asmak setiap hari beberapa kali. Lagi kerap lagi bagus sebab saya perasan bila saya tambah kekerapan gegata kurang dah.
Dua hari lepas macam dah ok. Cuma pagi tadi saya perasan dia kuat menggaru tiba-tiba. Tempat yang dia garu tu pun naik,tapi saiz kecil sedikit.
Maksudnya memang kena elakkan dia menggaru. Kalau perlu pakaikan sahaja sarung tangan.
Tapi kalau dah besar susahlah sikit, nanti dia cabut kan. Yang besar kita boleh tegur dan dia boleh faham. Bila baby ni faham-faham sahajalah.
Harap gegata pada baby ni tak berpanjangan. Jika berterusan nampaknya kena bawa jumpa doktor lagi untuk check apa yang patut.
Prinsip saya mudah je. Walaupun saya guna produk alternatif macam Minyak Herba Asmak,saya tak pernah tolak perubatan moden mahupun perubatan Islam.
Allah suruh kita usaha. Dia tak kata wajib ikut satu cara sahaja. Buatlah apa yang perlu dan Allahlah yang menyembuhkan.
Semoga Shibi @ Surfina cepat baik.