Cerita Bisnes

Bestnya kerja kat situ dapat bonus banyak.

Bestnya kerja kat situ dapat bonus banyak
Untunglah staf2 yang bekerja kat situ kan..
1. Ramai teruja bila ada influencer bagi bonus banyak kat staf dia siap belanja barang dapur dan baju. Satu usaha yang murni dari seorang usahawan berkongsi rezeki dengan pekerja-pekerjanya dan boleh dicontohi oleh majikan2 lain.
2. Tak dapat dinafikan banyak company yang buat untung banyak tapi tidak atau kurang berkongsi rezeki dengan pekerja mereka. Orang atasan yang hidup senang sebaliknya orang bawahan terus hidup macam biasa. Kenaikan gaji pun susah nak dapat walaupun buat profit banyak dan meningkat setiap tahun.
3. Betul,memang wujud syarikat macam ni. Dia akan gunakan dan perah keringat pekerja dia sampai ke titisan terakhir,tapi tidak begitu menjaga kebajikan pekerjanya. Paling2 sediakan apa yang asas sahaja walaupun mampu lebih.
4. Aku kenal ramai juga owner2 company SME yang bagus2. Bab2 jaga pekerja dan beri kelebihan memang terbaik. Cuma mereka ini ada yang tak viralkan je dan ada yang share juga,cuma maybe tak dapat liputan meluas.
5. Ye la,owner2 company SME bukannya influencer atau selebriti,ada yang tak suka dikenali pun kadang sebab fokus naikkan brand. Tak ada masa nak femeskan diri atau memang tak minat dan tak nak.
6. Nak femeskan diri atau tak itu subjektif. Ada pro dan kontra. Dua2 tak salah. Apa yang penting gunakan ke arah kebaikan dan memberi manfaat. Bonus kalau femes ni,buat benda baik dan ramai yang ikut,tak ke besar pahalanya kan. Lepas tu nak jual apa-apa pun senang sebab orang dah kenal.
7. Macam aku sendiri sebagai owner SME berpartner dengan suami,tak tahulah nak cakap macam mana bab ni. Kami sejenis,kalau ada,bagi,kalau tak ada senyap. Rasa nak bagi,kita bagi,rasa tak nak bagi kita duduk diam.
8. Sebab nak bagi atau tak ni kena tengok juga sales company. Ada masa sales ok memang kita bagi,ada masa sales tak ok pun kita tetap bagi juga. Berapa pula bergantung pada sales juga. Untung lebih kita bagi lebih dan kalau untung sikit kita bagi sikit. Begitulah
9. Sedar tak sedar,dah 9 tahun dengan bisnes yang sekarang ni. Kalau pengalaman bisnes tu dah dekat 15 tahun,cuma yang company sendiri ni baru nak masuk sedekad.
10. Dalam tempoh sedekad ini,macam-macam yang kami lalui dan kami terus cuba bertahan. Alhamdulillah masih diizinkan untuk bertahan sampai sekarang.
11. Sebenarnya dalam tempoh tu dah menyaksikan banyak company2 SME yang muncul dan hilang,tumbuh macam cendawan,hilang macam Chipsmore. Seram tau. Huhu
Sebab selalu fikir,hidup ni macam roda,kadang di bawah kadang di atas,giliran kita tak pasti bila.
12. Tapi lama-lama dah pasak dalam diri,tak apalah,ketentuan Allah itu yang terbaik. Di bawah ke di atas ke kita kena tetap bersyukur. Nikmati sahaja apa jua fasa kehidupan yang mendatang. Kaya tak semestinya berjaya,miskin tak semestinya gagal,begitulah sebaliknya. Sebab definisi berjaya itu sangatlah subjektif dan luas.
13. Sebagai owner company SME,apa yang kami pernah bagi pada staf? Aku cuba senaraikan yang mana aku ingatlah. Mana tau boleh bagi idea pada owner company yang lain kan,kalau mampu apa salahnya.
1. Kenaikan gaji ikut prestasi pekerja dan syarikat. Kalau dua-dua ok akan ada kenaikan gaji.
2. Upgrade skill dan ilmu mereka ikut unit @ jabatan masing2. Kat sini boleh kata aku dah habis ratusan ribu jugalah supaya mereka dapat ilmu dan jadi pekerja berkemahiran tinggi dan dapat bantu diorang kembangkan kerjaya. Ada je kursus,kelas atau program bersesuaian,aku akan hantar.
3. Bagi peluang upgrade diri dan buat projek tertentu yang boleh datangkan sales. Bagi komisen pada mereka ikut projek.
4. Dulu setahun paling kurang sekali bawa mereka bercuti,kalau ada rezeki lebih memang berkali2.
Yang aku ingat dah pernah bawa mereka bercuti ke Langkawi,Penang,Sabah,Kelantan,Terengganu,Melaka,Hatyai dan Songkhla. Boleh kata hampir satu Malaysia dah sebab road tour pun aku bagi team marketing pergi dan bagi diorang peluang jalan2 sekali. Biasa duit makan dan kos2 lain disediakan. Kira banyak juga aktiviti sambil jalan sambil bekerja seluruh Malaysia yang pernah kita bagi mereka pergi.
5. Setahun sekali bagi tidur hotel 4-5 bintang bersama keluarga bagi yang dah kahwin, masa event tahunan. Bagi makan sedap2 dan tidur pun katil empuk. Buat Appreciation Day juga dan bagi reward yang bersesuaian ikut prestasi dan tahun bekerja.
6. Ada masa buat express vacation pergi tempat dekat2 macam Janda Baik dan pernah camping sama-sama dekat area camping yang best kat Bentong.
7. Bonus biasa bagi hujung tahun bergantung pada prestasi syarikat.
8. Masa puasa bagi duit sempena puasa,nak raya bagi duit sempena nak raya.
9. Nak cuti biasa tak cakap banyak,kita senang je luluskan
10. Nak MC ke apa tak payah pergi klinik,inform management je,boleh sambung rehat dan golek2 atas katil sampai ok. Pergi klinik dalam keadaan sakit lepas tu dapat ubat setimbun,duit pun habis,nak rehat pun tak dapat. Tapi adalah kita bekalkan mereka supplement dan ajar ikhtiar cara alami. Alhamdulillah staf2 ramai yang sihat dan jarang sakit. Kalau kes yang perlu akan di refer dengan doc alternatif dan ditanggung oleh syarikat.
11. Buat medical check up tahunan secara percuma untuk mereka tahu tahap kesihatan mereka dan bekam pun percuma orang datang buat kat ofis. Bukan bekam je,siap pakej urutan lagi dan kiropraktik.
12. Cukup 5 tahun servis dapat hadiah emas dan setiap 5 tahun akan dapat. Tak adalah mahal mana,cukuplah nak bayar gaji basic pekerja dalam 3-4 orang.
13. Dapat produk2 penjagaan diri percuma ambil je kat company setiap bulan dan bagi yang nak tambah pendapatan pun ada bantuan diberikan
14. Makan percuma setiap hari,duit tak ada pun tak apa,hari2 ada makanan tengahari disediakan.
15. Ruang solat yang selesa untuk lelaki perempuan,ruangan untuk rehat dan tidur,ruangan untuk healing,mini gym dan macam2 lagilah. Asal selesa je kan dan seronok datang kerja.
16. Kat pantry ada mesin kopi dan pelbagai jenis kopi tinggal nak bancuh je. Tapi awas,gula ke atau makanan2 proses diharamkan di ofis. Makanan sihat sahaja. Company dah keluarkan stevia sendiri,takkan masih nak ambik gula lagi kan. Banyak mudarat dari kebaikan pengambilan gula tu dan boleh ganggu produktiviti.
17. Kalau tunang,kahwin atau dapat anak ada dapat duit khas sempena meraikan hari yang membahagiakan.
18. Selalu bawa makan kat hotel dan paling kerap bawa ke restoran esklusif Tanah Aina Fareena setahun beberapa kali sampai semua pekerja dengan owner dia sekali dah cam sangat dah muka aku. Hahaha.
Oklah,lupalah yang lain2. Tulis yang mana ingat je.
Sambung balik cerita asal.
14. Aku cerita ni bukan aku yang buat,ni semua under company aku. So aku bukan tengah cerita kebaikan aku dan nak riak ke apa,sebab yang sendiri buat aku lebih suka sorok. Biarlah Allah je yang tahu.
15. Aku selalu percaya,kalau staf happy,diorang perform dan akan berikan yang terbaik. Pekerja happy,customer happy,insyaallah majikan pun akan happy.
16. Tapi hati-hatilah,sebab sebaik mana pun kita,akan ada yang ambil kesempatan. Dalam ramai2,akan terselit. Itu biasa kat mana2 company. Mana mungkin kita nak dapat semua yang perfect kan.
17. Jadi kalau korang masih bekerja dan majikan masih bayar gaji,hargailah. Usah dikondem itu ini kalau company tengah struggle. Hanya majikan yang lalui lelahnya nak memikirkan periuk nasi orang lain.
Betullah tanpa pekerja company tak boleh gerak,tapi kalau korang berhenti,dia ganti je tempat korang dengan orang lain. Janganlah rasa diri tu terpaling penting sangat. No.
Dua2 saling memerlukan. Kerjalah baik2.
18. Satu lagi korang yang bekerja dengan company SME ni,rajin2 la share juga pasal company korang tu kat media sosial. Zaman sekarang ni orang guna medsos untuk naikkan bisnes.
Orang kenal company korang,orang start berurusan dengan company korang,sales naik,korang juga akan dapat faedahnya. Ini tak,senyap je 😐
19. Yang kena senyap tu tangan yang memberi,bukan tangan yang menerima. Memang patut jadi macam influencer yang rakam semua detik2 pemberiannya,nak harap staf dia yang rakam dan share,memang taklah kot. 😂
Kesimpulannya ;
Dear majikan,
Selagi mampu teruskan perjuangan. Beri yang terbaik kepada pekerja anda. Dan jangan lupa berkongsi rezeki. Ada lebih bagi lebih,ada sikit,bagi sikit. Kalau nak stand by untuk kecemasan,jangan bagi,risau nanti nak bayar gaji pun tak lepas. Kalian mampu bayar gaji tu pun dah kira syukur sangat dah. Ada setengah company,gaji pun tak mampu bayar dah.
Dear pekerja,
Anda dibayar untuk bekerja. Jadi waktu kerja,kerjalah. Bukan sembang2 kosong tak ada faedah lepas tu buat kerja banyak tak betul. Bukan juga main medsos peribadi yang tak membantu menaikkan syarikat pun. Lainlah yang buat personal branding atau nak buat sales tu memang kena main la medsos waktu kerja sekejap2.
Masa anda dibayar untuk fokus pada kerja,bukan fokus benda lain. Kalau anda perform,company maju,anda juga yang dapat benefitnya. Majikan anda bangsa usahawan,kalau dia jatuh pun dia tahu nak bangkit macam mana. Dia boleh mula dari bawah,dan tanpa anda. Tapi anda kalau hilang kerja,kena lompat dari satu company ke satu company. Hargailah peluang yang masih ada.
Waktu bekerja boleh buat benda yang hal personal,tapi luar waktu kerja majikan tak boleh usik waktu personal anda?
Adeh,janganlah berkira.
Kalau anda settle hal kerja waktu kerja tak ada siapa nak kacau anda pun. Tapi kalau benda tu urgent,tak salah pun stand by jawab atau respon.
Kalau anda berkira,macam mana majikan tak berkira balik ?
Oleh itu,dua2 pihak cubalah cari titik damai dan saling memberi serta menerima. Janganlah satu pihak je yang memberi satu lagi duk menerima memanjang. Kena ada timbang rasa dan toleransi.
Sekian coretan dari sisi majikan dan bekas pekerja orang lain
Have a good day. ❤️
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam
5hb April 2024 I Jumaat

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply