Tertarik dengan salah satu komen ni dekat post ni
Sebab pernah laluinya
3 tahun buat bisnes gaji pun tak ambik utamakan team. Sampailah kena tegur dgn guru bisnes baru ambik.
Orang memang boleh kata apa sahaja tanpa tahu apa yang kita dah korbankan dari awal
Orang nampak yang sekarang je
Sebab “sembang memang sedap “
“ Dulu sy pernah kerja dengan kawan baik saya.. sekarang dah 18cawangan kedai plastik sekitar pantai timur n kl.. umur baru 35.. saya ingat lagi masa bos sy beli superbike. Ada beberapa staff pertikai.. gaji tak naik.. tapi bos bermewah mewah diorang cakap..macam2 lah kutuk bos. sy diamkan je.. sbb sy tahu sebelum bos sy berjaya dia pernah ambik gaji hanya rm5 sehari masa mula2 berniaga.. pernah bawak van sampai lewat malam cari pelanggan. Pernah tido atas kotak dalam kedai. 5tahun dia susah sorang2.. eh2 bile ko masuk kerja tak sampai 2 tahun sibuk nak pertikai.. cukup lah gaji ontime ot dibayar dan siap ada duit raya lagi.. sy bila berniaga sendiri makin faham apa yg bos lalui dahulu”






