Skip to main content

Orang kata orang berjaya ni kadang tindakan dia luarbiasa.

Lain dari orang biasa.

Kadang saya buat keputusan pergi ke sesuatu tempat memang mengejut.

Tak adalah luar biasa mana. Cuma mungkin tak semua orang faham. Bukan nak bercuti sangat. Lebih pada nak refresh dan ambil energy je.

Lepas meeting dengan staf, saya cuba finalize beberapa benda tapi macam stuck.

“Jom pergi Cameron Highlands”

Encik suami pantang diajak.

Padahal dah hari Ahad dan petang dah. Esok anak nak sekolah.

Argh.. Bagi cuti je la. Dan ajak mana anak yang nak ikut je. Tiga orang lagi tak nak ikut.

Sampai je makan dan rehat dulu. Tenangkan fikiran.

Esok pagi tu lepas Subuh terus sambung siapkan apa yang patut. Kerja yang biasa siap berjam dapat disiapkan lebih pantas.

Bukankah lebih berharga dari kos yang dibayar untuk tidur di hotel yang boleh tahan harganya?

Itu namanya fokus pada value.

Kali ni tidur hotel De La Ferns ni. Pertama kali walaupun asyik lalu je. Hotel kesukaan lain penuh. Not bad hotel ni. Hotel lama yang sederhana dalam semua benda. Servis bagus dan makanan sedap. Sebelah tu ada kedai makan yang selalu singgah, senanglah sebelah hotel je.

Apa yang penting. Misi tercapai.

Sempatlah beli sayur segar dan jagung susu yang sedap tu. Kali ni tak beli strawberi coklat. Jemu pulak. Haha.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply