Skip to main content

Dalam uruskan bisnes, saya dan suami juga uruskan 6 orang anak.
Rutin pagi kami, kejut 3 orang dulu yang besar sebab masuk sekolah tahfiz 7.30am.
Lepas tu kejut anak nombor 4 dia masuk 8am.
Kemudian anak nombor 5 ada tuisyen 11.00 am hingga 12.30pm.
12.30 pm ambil anak no 5 yang tuisyen dan hantar dia ke sekolah petang.
1pm ambil anak nombor 4.
4.30pm ambil anak yang 3 orang sekolah tahfiz. 5pm ambil anak yang nombor 5.
Balik rumah sekejap, pastikan mereka solat, pukul 5.30 hantar kesemua 5 orang anak pergi tuisyen sampai 7.30pm.
Soalan : Berapa kali kami kena keluar sehari? Haha
Balik tu pastikan mereka solat Maghrib, ayahnya akan bacakan kitab, saya pula selang selikan dengan ilmu kehidupan dan agama.
Lepas Isya suruh baca buku.
Dalam pukul 9pm bagi mereka rest sekejap.
Kena tidur sebelum 11pm.
Inilah rutin saya dan suami setiap hari.
Hari Jumaat balik Bentong sampai Ahad menyantuni orang tua. Wajib hampir setiap minggu.
Sementara uruskan semua ni la saya monitor staf dari jauh, uruskan bisnes dan uruskan team pengedar.
Sambil jaga anak je. Sambil uruskan rumahtangga.
Baru ni saya jumpa mentor hebat. Saya nak tanya banyak dekat dia.
Tapi dia tanya saya ” Macam mana puan uruskan bisnes sambil urus anak sekali?”
Sebahagian saya dah kongsikan dengan team Asmak. Selebihnya insyaallah saya akan kongsikan pada yang berjaya sampai ke penghujung program training.
Banyak lagi nak kongsikan sebenarnya, terutamanya ilmu mahal Cara membina legasi bisnes 7 keturunan. Hanya untuk mereka yang istimewa. ❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply