Semasa mula-mula sentuh isu plandemik secara terbuka,saya dah faham,apa risiko-risiko yang saya akan hadapi.
Salah satunya ialah orang akan fitnah kita buat semua ini sebab marketing,sebab bisnes,bla bla bla.
So saya fikir,nak elakkan fitnah sebab malas nak hadap,maka saya pun tak post tentang bisnes. Saya just post tentang isu plandemik. Hampir setahun lebih juga begitu. Lagipun memang tak ada mood sangat masa tu nak post tentang bisnes. Cuma masih aktif dalam private group pengedar,di medsos je tak.
Sampai satu masa,rupanya dalam kita tak post pasal bisnes tu,orang tetap mengata dan memfitnah weh..
Apa je mereka tak kata
– Nfam ada kepentingan bisnes
– Nfam sebenarnya nak bawa ideologi bisnes
– Nfam nak cari pengaruh je,nak tambah agen ,nak menjual
Walhal sekali pun saya tak ada promote produk atau ajak mereka jadi agen.
Sampaikan memang ramai yang tahu sendiri saya buat bisnes apa sebab ada orang yang cerita,bukan dari saya.
Still mereka boleh tuduh ada kepentingan ?
Saya ingat mereka dah tutup mulut,pun masih terus bercerita rupanya. Betapa busuknya hati mereka. Dan betapa saya jauh ke depan agaknya sampai mereka terlalu iri hati. Opss. (Tak perlu terasa jika tak,tapi nampaknya begitulah segelintirnya)
Eh kalau saya meniaga sekali pun apa masalahnya,bukan saya mencuri atau saya meminta sumbangan pun. Kita buat bisnes usaha sendiri kot,Allah yang bagi rezeki. Bukan pergi minta sedekah.
Jadi saya sedar,apalah gunanya saya berkorban stop tulis dan share pasal bisnes walhal mulut orang yang berhati busuk ni tetap tak dapat nak ditutup. Kerjaya tu dah mulia,tapi perangai tu tak ubah seperti langau yang busuk.
So,start baru-baru ini saya mula menulis dan share kembali tentang aktiviti bisnes saya. Mereka ini dah bersama dengan saya begitu lama dan masih setia. Saya perlu tolong mereka. Itu lebih baik dari kita hadap orang yang tak pandai nak hargai kita (bukan semua,ramai je yang masih waras)
Apa pun terima kasih pada semua yang bijak menilai yang mana intan yang mana kaca. Saya tak perlukan supporter,saya cuma perlukan orang yang bijak menilai dan membuat pertimbangan sendiri.
So,kalau rimas saya post tentang bisnes,boleh scroll. Saya perlu support team saya yang sedang berkembang dan maju supaya mereka boleh terus berjaya.
Nfam,
Cakap salah,tak cakap salah. Lebih baik cakap dari berani kat gelanggang sendiri semata.





