Skip to main content

Dah bersedia nak menyinga ke tu?
Ala, dah biasa kan, tak yah nak jadi singa sangat. 🙊
Anak-anak saya ada je yang kantoi, tengok gaya bukan main lagi kusyuk mengadap cikgu mengajar online. Sekali rupanya dia tengok Youtube la, main game la.
Kita kena jadi cerdik lebih dari deme je.
Saya bagi cadangan kat cikgu sekolah hari tu, saya nak tahu kedatangan murid setiap matapelajaran.
Mula-mula beberapa orang je guru buat. Lama – lama sekolah memang suruh semua cikgu buat.
Padan muka deme. Tak boleh nak nakal-nakal. 🤪
Sebenarnya faham je, bosan sebenarnya belajar online sebab bila sekolah bersemuka mereka ok je. Tapi nak buat macam mana wahai anak-anak, nak tak nak kena terima cara ni buat masa ni.
Korang ada masalah sama?
Jangan ingat anak kita tak bukak benda lain melainkan korang mampu duduk pantau 24 jam. Biasanya yang sekolah menengah la, kalau sekolah rendah tu ok lagi.
Saya tak mampu sebab anak 6 orang. Belum masuk lagi ” anak – anak” yang lain. 🤪
Terbebel pula pagi-pagi Isnin ni sampai lupa bagi salam.
Assalamualaikum wbt semua
Selamat pagi. 🌹

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply