Paling tak suka kalau ada yang cakap PdPR ni biar mak ayah merasa sendiri ajar anak baru tahu macam mana guru mengajar 1 kelas sampai 40 orang.
Hello, mai nak habaq.
Tak kena perbandingan tu.
Pertama, kat sekolah memang infrastruktur dan suasana dia untuk pembelajaran.
Kalau kat rumah, memang tak sama walaupun kita cuba buat sama, takkan sama punya.
Kedua, guru memang dah terlatih dengan ilmu perguruan yang khusus, psikologi dan pedagogi, takkan nak banding dengan mak pak yang tak tahu apa pasal ni?
Ketiga, anak – anak lebih dengar dan hormat gurunya berbanding orang tuanya sebab dengan mak pak ni dia buat main – main je.
Ada yang nak sambung?
Mungkin kenyataan ini disangkal oleh supermak yang sentiasa nak perfect. Tapi tak semua mampu jadi macam anda ye dan kasut kita tak pernah sama.
Dulu masa kat sekolah, 300 orang murid pun saya boleh handle, janji ada microphone la sebab suara slow. 🤪
Tapi saya boleh handle sebab kita guru memang terlatih dengan ilmu tu pun.
So,ini bukan nak gebang, my own experience sebagai guru 15 tahun. Taklah otai pun, tapi nak minta jangan sembang sangat banding-banding ye, kurang cerdik di situ. Huhu.
Tak ada siapa paksa kita kerja. Jadi jalankan kerja dengan sebaiknya.
Ramai je guru yang bagus – bagus, semoga sentiasa dirahmati Allah. Tapi jangan disebabkan mulut segelintir ni semakin pudar rasa hormat pada pekerjaan yang mulia ini. 😔