Selesai sudah family day keluarga besar arwah Ummer dan Esah.
Ini memori yang sempat dirakam dengan hp ni.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kami pertama kali ber family day.
Sebenarnya rajin berkumpul kat rumah pusaka. Kalau di luar dengan aktiviti macam ni, pertama kalilah buat keluarga sebelah mak ni.
Meriah bila berkumpul macam ni. Dapat mengeratkan lagi silaturrahim.
Lokasi family day di Santai Riverside Janda Baik. Memang best sangat. Kami dapatlah tempah sebiji homestay dengan dua bilik di sini tapi rumahnya besar. Luas sangat dan dapat 4 khemah di tepi laman rumah. Merasalah mereka tidur di khemah.
Makanan pula kali ni kita tak nak kasi makcik kita yang selalu masak bila berkumpul, kita kasi special sikit tempah katering je. Masakan kampung makan dekat sini, pergh, syahdu. Sedap pulak tu. Asal makan bertambah. Boleh roger Suhaimi Mohamad untuk tempahan.
Staf pun ada yang nak ikut sekali. Ini baru betul, family kita pun family mereka juga. Semuanya sporting. Hehe.
Janda Baik adalah lokasi yang anda semua harus cuba. Ada berpuluh penginapan kat sini. Dari yang mewah (macam Tiarasa dan Sugeh yang kena viral), sederhana, Resort, chalet, tempat untuk team building, aktiviti outdoor sampailah homestay semua ada.
Suka sini sebab suasana kampung, kehijauan dan sungai dia jernih lain macam!
Sejuk jangan katalah kan.
Selain situ kami ambil juga 2 bilik studio di @Casaria Guesthouse. Pun aman damai je kat sini.
Ada restoran yang terletak indah kat sini – Figgys. Restoran Kopi Ladang dan banyak lagi kedai makan yang menggamit selera dengan masakan kampung. 😋
Selesai sudah impian buat family day. Nanti nak lagi katanya. Haha.
Doakan bisnes akak bertambah maju ye. Insyaallah rezeki untuk dikongsi. ❤️
Takkan berkurang bila memberi, sebaliknya bertambah sampai tak tahu nak buat apa.
Kami meninggalkan Janda Baik dengan 1001 kenangan yang takkan dilupakan.