Skip to main content

Ada beberapa orang pernah tanya pandangan saya,berkenaan dengan sistem agen.
Sebenarnya tak ada model bisnes yang salah.Kalau nak jual produk guna sistem pemborong,buat marketing,tolak pada pemborong.
Kalau nak guna sistem yang HQ menjual direct kepada pelanggan-gunalah,tak ada masalah.
Kalau nak guna kedai sendiri siap bercawangan,pun gunalah tak ada masalah.
Kalau nak guna team sales,staf menjual,pun tak ada masalah.Gunalah.
Yang menjadi isu,apabila HQ tapau segala bapak sistem dia guna.Dialah HQ yang menjual,dialah yang guna staf untuk menjual,dialah yang guna style kedai bercawangan untuk menjual,tapi guna sistem agen.
Ingat ye,kalau dah guna sistem agen,HQ bertanggungjawab untuk membuat branding dan marketing untuk agen dan segala jenis bantuan serta bimbingan.Melainkan kalau HQ tu sedang merangkak,dan perlukan kewangan untuk survive,tak apa,menjuallah.Tapi bukan atas kapasiti sebagai HQ.Gunalah kapasiti yang sama macam pengedar biasa yang lain. Barulah adil.
Kalau dah declare sebagai HQ,lepas tu pelanggan tu ingat nak beli ke dengan agen?Berapa ramai yang lari nak direct dengan HQ?Berapa ramai yang tak nak beli dengan agen sebab nak beli di cawangan kedai?
Berapa ramai agen yang boleh survive dengan HQ yang tapau segala-gala sistem ni?
Jangan nanti terkena sumpahan dari agen yang teraniaya.Bahaya.
Hormati semua cara orang berniaga.Contoh macam Dato Alif Syukri dan Dato Vida,dia memang sistem pemborong.Dia marketing dan branding kaw-kaw,lepas tu dia tolak kat pemborong.Tak salah pun,sebab itu pilihan dia.Sesuailah dengan segmen produk dia.
Macam ada HQ yang menjual direct,tak ada masalah,dia pakai team sales.Dia pulun ajar team dia buat iklan berbayar mahal-mahal,setiap hari diletakkan target untuk close sales berapa banyak.Dia tak bukak pula sistem agen sebab nanti “clash”.
Ada HQ yang target stokis sahaja,agen dia tak benarkan ambil,dropship ada.Mereka ni buka kedai merata negeri lah.Sebab dia dengan stokis je “makan”. Stokis tu nak tolak pemborong ke dan sebagainya,pandai-pandailah.Salah ke?Tak,sebab itu sistem pilihan dia.
Tapi ada HQ tamak,yang tapau segala jenis sistem.Cannot brain la.Kesian pun ada dekat agen yang mengadu tu.Rupanya HQ dia menjual,staf di outlet pun menjual,pakai sistem agen lagi+stokis buka kedai.
Hybrid betul.
Saya tahu dalam friendlist saya ramai founder,tolonglah ye jangan buat macam ni kat agen korang.Dah buat sistem agen,kerja korang jaga agen korang.Korang gunakan agen korang untuk marketing kan produk,lepas tu dah femes,korang tukar sistem dan buat benda yang meminggirkan diorang.Kecualilah agen korang memang dah lemau sangat dan buat apa pun tak jalan,macam ni tak apa,boleh tukar sistem.
Satu lagi jenis guna sistem agen,lepas tu produk dah femes dia campak produk dekat pemborong.Macam ni memang banyak.Jenis founder 1- memang tamak 2- dia jenis buat produk “hit and run”.Jenis kedua ni memang boleh buat duit sekelip mata la.Dapat duit yang banyak dengan segera,produk mati,dia buat produk lain pulak.
Sebab tu kalau korang perasan,dengan lambakan produk sekarang,viral sekejap,lepas tu produk mati-muncul yang lain pulak.Berapa kerat je yang meniaga betul-betul branding kan produk sepenuh hati.Sikit sangat.Kalau banyak pun tak bertahan lama sebab tak ada ilmu nak survive lama dalam pasaran.
Saya tak kata pendapat saya je betul,ni saya baru hurai sikit je.Tak nak taip panjang-panjang dan lebih detail lagi,rakyat Malaysia bukan suka membaca sangat pun.
Tahniah siapa yang dah baca sampai habis. Kalau nak hakak hurai lagi pasal ni komenlah apa-apa.Kalau tak ada tu,hakak pun tak kisah,kerja hakak banyak lagi nak buat,tak ada masa banyak nak sibuk hal orang.Cuma teringat pesan seseorang,tulislah pasal ni.Ok,dah lepas satu tanggungjawab untuk menegur sesama insan.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

One Comment

Leave a Reply