Skip to main content

Bawa mak jumpa pakar kat hospital swasta. Mak memang ada rekod kat hospital ni.

Selebihnya mak lebih selesa dengan rutin dia pergi KK dan jumpa pakar hospital kerajaan. Memandangkan ianya lebih mudah untuk mak, saya ok je. Tapi untuk masalah mata dan keadaan yang perlu segera saya memang bawa ke sini. Seperti yang kita tahu, hospital kerajaan memang bagus tapi kadang – kadang lambat, sebab ramai kan. Ok je faham.

Kali ni bawa mak sebab hari tu doktor pakar yang rawat dia cakap buah pinggang dah tahap 3. Tak lama lagi awak tak perlu datang dah. Paling lama pun 5 tahun je awak ni.
Banyak lagi dia cakap. Bila mak mengadu ubat darah tinggi tu nak buat dia pengsan, malah pitam kadang, doktor tu jawab ” awak nak pitam ke pengsan, saya tak peduli, awak makan je”
Mak balik dan macam biasa dia akan mula stress. Sejak tu juga dia makin tak lalu makan.
Saya pun baru tahu.

Hmmm. Kalau korang mak korang mengadu macam tu apa perasaan korang?

Mesti ada yang kata, kenapa tak buat report? Yes, memang nak buat. Tapi saya nak ikut dulu sekali masa next appointment mak nanti dengan doktor tu. Saya nak kenal sangat dia. Tak nak marah ke apa, tapi nak tengok je sejauh mana lancang mulut dia. Lagi senang nak report bila tengok depan mata.

Sesungguhnya kakitangan macam ni lah membuatkan rosak nama sesebuah jabatan.

See u next month doc.

Saya bawa mak ke swasta untuk double check and for second opinion.
Mesti ada yang kata kenapa tak full kat swasta je. Mak nak juga ke klinik KK tu. Sebab ada ubat yang dia serasi. Dan dia cakap dia tak tahan dengan ubat swasta kadang, kuat katanya. Harap dapat bincang dengan doktor yang nak jumpa sekejap lagi.

5 tahun ye doktor. Hmmm.

Thanks buat our mom dah tak happy sangat macam dulu, selalu termenung dan kurang ceria.
Ada banyak cara boleh guna untuk explain terutamanya warga emas yang sensitif. Bukan cakap direct tak bertapis dengan nada biadap.
Dengarnya bukan mak saya je kena, ramai lagi kena. Tapi biasalah orang kampung, tak pandai sangat nak komplen dan terima je. Paling – paling pun bercerita sesama mereka. Sebab tu yang berkenaan naik tocang sebab tak kena komplen.

Komplen untuk kebaikan, bukan menjatuhkan. Mohon perbaiki diri.

Insyaallah aduan secara rasmi otw nanti lepas tengok sendiri depan mata. Baru puas hati. Mana tahu ada peluang nasihatkan doktor tu sekali nanti.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply