Skip to main content

Hebat makanan bernama laksa ni. Dulu pun pernah viral juga sampai deactive fb yang kena kecam tu. Yang ni laksa melibatkan orang berpantang.
Makan je la. Badan tak sama. Kalau kita makan badan tak tahan janganlah bagitahu orang lain pun tak boleh makan.
Saya anak 6 orang, dah pernah merasa pantang cara tradisional, campur dan pantang modesional.
Ternyata pantang yang jaga makan ikut diet suku – suku separuh tu la yang terbaik. Lebihkan buah, sayur dan minum air masak. Amalkan gaya hidup sihat, insyaallah elok je.
Sebab itu kami di Asmak ada buku khas berkenaan DSSS dan juga Menu berpantang 40 hari. Memang sangat membantu menambah ilmu bagi yang tak berilmu bab ni.
Tak pandai tak apa, janji bukan bodoh sombong atau ego mempertahankan ilmu yang diwarisi. Bukan semuanya salah, ada yang betul, tapi biarlah dengan fakta.
Ye betul saya tahu ada benda yang sukar dibuktikan dengan sains. Tapi jangan semberono. Tu je.
Terbaru nama laksa naik lagi.
Memang kegemaran ni, kena pulak kalau kuahnya kaw. Dari laksa Kedah, laksa Penang sampai Perlis, semua dah rasa. Laksa ikan sekoq tu antara yang paling sedap rasanya. Satu lagi laksa sarang apa dah lupa. Pun sedap.
Laksa Sarawak pun sedap. Wajib cari kalau ke sana. Rindunya nak ke Sarawak lagi.
Lepas tu laksa kat Pahang ni pun sedap. Paling banyak jumpa mereka buat style Utara. Kadang mereka kreatif, buat laksa lemak (laksa + kuah laksam)
Eh semua sedaplah, janji laksa. 😁
Hebat makanan bernama laksa ni. Jadilah macam laksa, walaupun dibuat macam mana pun kuahnya, dia tetap jadi laksa,cuma tukar nama je ikut negeri.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply