Sedar tak sedar dah nak dekat 2 tahun duduk Gombak.

Nampaknya kena cari rumah yang lebih selesa sikit sebab bila kira – kira macam lama juga kena duduk sini. Owner rumah yang duduk sekarang tak nak jual rumah ni. Kalau dia nak jual boleh juga beli sebab rumah dia pun selesa dah buat anak-anak hidup sederhana. Saja nak ajar mereka hidup susah sikit walaupun boleh duduk rumah lain yang lebih besar.

Tujuan pindah pun sebab pendidikan anak-anak. Alhamdulillah asbab buat bisnes bolehlah berhijrah dan mempunyai banyak masa dengan anak-anak.

Jadi kalau ada orang suka sebarkan dakyah dengan bisnes manusia selalu abaikan keluarga, lupa diri, jadi tamak, dan benda – benda negatif yang lain, bolehlah sangkal.

Sebab pokoknya diri kita sendiri. Banyaknya benda positif bila buat bisnes ni.

Tak dinafikan mental dan fizikal kena kental. Dan bila berpartner dengan suami sendiri, segalanya jadi lebih mudah.

Banyak juga benda nak fikir sekarang ni.

Si sulung lagi 2 tahun kena ambil SPM. Ambil masa umur 17 macam orang lain. Kalau ikut plan sekolah, boleh lewatkan. Tapi bila fikir semula baik ambil bila sampai umur layak.

Jadi nak kena bantu dia buat persiapan dari sekarang.

Sekarang dia masih bercuti di kampung sebab tangan masih belum baik dari eksiden.

Tadi sempatlah memenuhi keperluan dia nak jalan bandar dan makan di kedai. Sambil borak – borak santai.

Sejak eksiden nampaknya banyak perubahan sikap dia. Harap dia belajar sesuatu dan istiqomah.

Hidup di dunia ni singkat. Rugilah masa muda terbuang begitu sahaja dan hobi yang tak berfaedah sangat. Berpada-pada sudah pesan kat dia. Huhu.

Ini Tuhan sayang, masih boleh gerak. Kalau langsung tak boleh gerak macam mana kan.

Ini adalah umur kita kena buat macam kawan. Senang nak nasihat. Tapi jangan sampai anak naik lemak dan ambil kesempatan.

Budak zaman sekarang lain macam cabaran membesarkan mereka.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply