Skip to main content

Kecoh pasal sifu scammer dari pantai timur.

Ingat malas masuk campur.

Tapi terpanggil nak tulis juga.

Isu ni bukan melibatkan sifu-sifu je.

Di kalangan peniaga atau sesama usahawan pun berlaku.

1. Jadi agen atau stokis orang. Duduk lama sikit. Setahun macam tu. Sedut ilmu, tiru apa yang boleh, dalam diam buat produk sendiri yang sama tapi tak mengaku sampai kantoi. 😁

2. Join circle sana sini. Sedut ilmu dari usahawan lain,tapi sendiri tak suka sharing sangat. Walaupun asalnya buat benda lain tapi dia boleh buat macam kita buat. Kita tak sedar sampailah rasa pelik kenapa bila ajak jumpa tak nak. Sesuatu sangat.
Rupanya dia buat produk lebih kurang kita. Eh, awat menjauhkan diri jika tiada niat lain. 😅

Sebab tu saya kurang suka bergaul dengan geng ponder ni kadang. Ramai yang fake. Sorry to say, yang tak fake tak perlu terasa.
Ada je cari kita time perlu je. Yang ni memang kita tak berani nak berbaik dah. Lepas dapat apa yang dia nak, terus lupa diri.

3. Jadi stokis orang. Ambil ilmu. Cari pengaruh. Buat group haluan kiri. Jadi virus. Cuba tarik orang follow dia, adalah 1% follow,last tak jadi apa pun. Bawangers berpecah dan buat haluan masing-masing. Sekejap jual tu, sekejap jual ni. Jualan sendu. Krik krik krik.

Kadang, “ong” seseorang tu atas produk X, bila buat produk Y, tak jadi. Buat produk Z, pun tak jadi. Orang kata saat terindah tu kadang sekali je. Susah nak dapat kali kedua, ketiga..kalau ada pun tak sama.

Dia lupa, dia laju tu banyak faktor, bukan sebab diri sendiri sangat, tapi sebab keberkatan dalam jemaah juga dan hasil kerjasama, dengan izin Allah.

Bila dah kucar kacirkan bisnes orang, ingat senang nak bangkit? Bukan sebab dendam ke apa, tapi kifarah tu tetap ada walaupun orang dah maafkan kita.

Lagipun ada beza kalau insaf dan minta maaf berbanding insaf tapi tak pernah minta maaf.

Lagi teruk, tak insaf dan tak pernah rasa bersalah.

Kalau nak buat produk sendiri, cakap dari awal, kita tolong. Bukan jadi spy. Kotor sangat taktik tu.

Masalahnya ada yang jumpa nak jadi owner produk, baru tanya soalan asas dah tak boleh jawab. Hmmm.

Title tak penting. Yang penting boleh buat duit=berbisnes.

Kalau jual barang orang boleh kaya, kenapa nak pening buat sendiri?
Kecuali memang layak, teruskan je.

Ini nasihat untuk yang sibuk nak title founders tapi habuk pun tak faham.

Nfam,
Share because care. Sharing is caring.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply