Skip to main content

Esok sampai lusa ke Terengganu pula.

“Bestnya pergi sana sini”

Hahaha. Nanti dulu.

Sejak buat bisnes ni berapa kali je betul – betul bercuti. Biasanya nama je bercuti, tapi tetap fikir juga tentang bisnes. Walaupun ada staf handle, tapi tetap monitor dari jauh kadang.

Walau kadang macam menyepi, tapi sebenarnya tengah siapkan kerja-kerja lain.

Macam esok ni pun bukan bercuti sangat pun. Nak jumpa stokis kat belah atas Ganu seorang, belah bawah seorang. Seorang on the way pergi, seorang on the way balik.

Lepas jumpa orang biasanya akan penat. Rehat jap dan bolehlah reward diri pergi jalan-jalan kejap dan makan makanan tempatan yang sedap.

Last datang rasanya hujung tahun lepas ke awal tahun, lupa dah.

Cantik dah Pasar Payang. Jambatan baru pun view cantik.

Hari tu dah layan makanan kegemaran macam nasi air, nasi dagang atas tol. Kali ni nak nasi minyak la. Kat mana la sedap ye🤭

Lepas penat, kita reward diri.

Dapat jumpa stokis, dapat jalan sekejap, dapat makan, dapat layan anak dan keluarga.

Best ke tak best..

Kadang dalam hidup ni kita cuma nak jadi diri sendiri, buat apa yang kita suka, kebebasan masa, kebebasan kewangan dan memberi manfaat kepada orang lain. Jika itu buat kita bahagia, itu dah memadai.

Nfam,
Apa yang penting, kita bahagia dengan apa yang ada❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply