Skip to main content
Keluarga

Kasih tuan pada kucingnya

Tengoklah si Kembang ni.

Muka merajuk. Lepas kita hantar dia dekat rumah salah seorang staf nangka madu, minta tolong jagakan. Lagipun dia suka kucing, duduk seorang dan kawasan pun sesuai.
Lepas hantar, beberapa hari lepas tu baru sempat melawat.

Fauzan la paling sedih. Rumah ni 2 orang je suka sangat kucing, Fauzan dengan Syaimah. Suka sikit, si Syazwan. Syahmie biasa je. Syifa langsung tak suka dan takut, menjerit kalau kucing datang dekat.

Nenek pula selalu bebel sebab bila kucing buat hal dia yang kena hadap. Si cucu entah ke mana. Mana larat.

Akhirnya mak buat keputusan, kita letaklah dia di tempat lain. Sesekali rindu pergilah melawat. Dalam 3 – 4km je dari rumah.

Ini gambar masa kali pertama lawat dia. Muka merajuk tak nak tengok kita pun, tunduk je.

Pagi ni Fauzan pujuk suruh gi ambik, lepas raya nak hantar. Siap nangis lagi menahan sebak.

Dia ingat kucing ni faham kot pasal raya semua.

“janji ye lepas raya hantar balik?”

“janji”

Hmmmm.

Ragam si nombor 4.

#NfamAndKids #MisiBawaKucingBalikKampung

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply