Skip to main content

Pengalaman pertama keluar pakai pelitup hidung dan mulut

Tak tahulah nak kata macam mana. Benda kecil je. Tapi sebab lama sangat duk rumah. Kalau keluar pun memang dalam kereta je.

Ini semua sebab si Syifa tak habis – habis tanya bila nak beli baju raya. Kalau orang lain boleh difahamkan, mek seorang ni susah sikit. Nak juga baju baru😅

Suruh ayah beli laju jawab tak reti. Ye la biasa memang kita yang beli setiap tahun.

Nak beli online memang selalu tak kena. Maka kita pun pergilah beli.

Sebelum keluar kereta jangan lupa pakai facemask. Eh, baru tau rupanya yang jenis ear loop sebenarnya boleh ikat. Entah mana en suami tengok, tapi jadi. 😁

Keluar kereta terus ke kedai. Kekok rasa kena tulis nama dan detail lain, check suhu dan pakai sanitizer baru boleh membeli.

Tiba-tiba rasa ada seorang ni duk tengok je kita. Alamak, kita duk hampir sangat dengan dia. Sorry, saya newbies baru nak belajar keluar rumah. Huhu.

Memang kekok dengan norma baharu ni. Kena tenang dan cuba patuhi. Kena berfikir dulu sebelum buat apa-apa. Tapi sebenarnya memang berisiko gaiss.

Kalau boleh elak, elakkanlah. Dan saya pun tak bercadang nak keluar lagi melainkan terpaksa. Keluar kadang ikut suami, tapi duduk dalam kereta je. Hari tu interview bakal staf baru pun dalam kereta. Huhu.

Pakaian tak boleh cuba ye.

Jadi sebaiknya cepat – cepatlah pilih dan bayar.

Tadi nak cepat punya pasal, rupanya baju ayahnya tersalah warna.

Jadi pergilah ke kedai berhampiran, alhamdulillah semuanya mengikut SOP.

Sekarang ni atas kita je. Nak disiplin atau tak.

Tapi kalau kedai tu kecil, memang susah juga jaga jarak. Jadi nasihat saya, sekali lagi jika boleh elak, elakkanlah.

Fuh, benda ni pun boleh jadi story kan. Siapa sangka.

Inilah tulisan kenangan di kala wabak Covid-19 melanda seluruh dunia.

Satu hari pasti akan tersenyum melihat post ini kembali.

Masa tu kita dah menang.
Insyaallah. Amin.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply