Skip to main content

Penting ke skrub muka ni?
Nak tau tak, sebenarnya nak menjaga muka ni tak adalah susah pun. Tinggal rajin dengan tidak je.
Sebenarnya yang lecehnya part nak mencari produk yang sesuai dengan muka kita. Tersilap pakai produk bersiap sedialah dengan skin breakout yang bakal melanda.
Ada satu benda lagi yang kita kena betul-betul ambil peduli. Jangan terpedaya dengan produk timbang kilo tau. Ambil tahu bahan yang ada dalam produk sebelum membeli.
Dah jumpa produk yang sesuai dengan muka pun kulit masih kusam ? Sebab tu kena biasakan diri exfoliate muka sekurangnya 2 kali seminggu.
Ini untuk membuang sel kulit mati di permukaan kulit supaya kulit dapat menyerap kebaikan dan manfaat skincare dengan lebih baik dan efektif.
Bagi kebanyakan orang, membersihkan wajah dengan sabun sahaja sudah mampu untuk membersihkan kotoran pada wajah. Padahal, anda memerlukan lebih dari sabun bagi memiliki wajah yang halus, cantik dan berseri.
Antara kebaikan skrub pada wajah adalah seperti:
Menanggalkan sel kulit mati
Menganjalkan kulit
Mengurangkan masalah jerawat
Mengecilkan liang-liang pori
Mengurangkan blackhead dan whitehead
Mencerahkan kulit
Mencegah penuaan kulit
Setiap kita memiliki jenis dan keadaan kulit yang berbeza-beza. Setiap perbezaan tersebut memerlukan produk yang tepat untuk memastikan kulit anda tidak bertindak balas pada bahan yang mungkin sensitif pada kulit.
Jadi, pastikan dulu apa kondisi kulit anda sebelum memilih jenis skrub yang sesuai.
Semoga bermanfaat ❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply