Skip to main content
Keluarga

Kisah anakku yang ada 2 mak

MAK ADIK NEALOFAR

Dia asyik cakap dia ada dua mak sejak beberapa minggu lepas.Asal nampak muka Lopa dia kata tu mak dia.

Satu malam tanya dia,betul ke dia ada dua mak? Dia cakap “aah”.

Saya tanya dia kenapa dia kata Lopa tu mak dia? Nak tau tak apa jawapan dia?

“Dia cantik pakai tudung macam-macam,bukan macam mak.Dia pakai seluar,mak pakai kain je.Baju dia lawa ”

Adui,anakku.

Tahulah mak mu ini pakai bawal je,pakai baju pun sama gaya je.Tapi takkanlah terus tambah mak baru?

Serius ini kisah benar.Bulan puasa tak baik tipu.

Minggu depan nak cuba tanya lagi.Harap dia cakap mak dia ada satu je. 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply