Skip to main content
Keluarga

Masih ada orang yang lagi susah dari kita

4 Tahun tak tengok anak.

Pembantu rumah kami balik Indonesia hari ni. Maybe cuti lama sikit. Dulu tinggal anak umur 2 dan 4 tahun, balik anak dah besar. 

Susahnya orang luar datang cari rezeki dekat sini. Suami dia cakap “kami kena merantau, sana susah nak cari rezeki”

Saya tak bagi anak panggil bibik, saya minta mereka panggil makcik. Tak taulah, sebab nak suruh anak hormat lebih kot. Huhu

Asiah ni baik sangat orangnya. Rajin, produktif dan jujur. Yang power, dia tahu apa nak buat. Tak beri masalah pada kami. Tak pernah ambil apa pun, siap tolong simpan kalau jumpa apa-apa. Mana nak cari.

Tadi dah pesan dekat mereka laki bini. Balik layan anak betul-betul. Dah lama sangat tinggal.

Kita kat Malaysia tinggal anak 4 jam dah update di fb. Sebab itu kena selalu lihat orang yang lebih susah dari kita. 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply