“Nak ke saya jadi janda ? “
“Takpe nanti awak boleh kahwin lain. Ramai je yang nak janda kaya” sambil sengih2 dia cakap macam tu.
Geram je aku dengan jawapan dia. Dan biasanya aku balas
“ ni mesti dia ni,kalau kita mati dulu dia yang kahwin,tapi takpe,jodoh kan”
“Mana ada. Malas nak serabut,nak hidup tenang2 je dengan anak”
Aku dah hafal dah skrip dia. Kami memang suka gurau kasar kadang. Sebab selalu borak macam kawan je. Tak ada pendam2 kami ni,ada apa2 terus cakap direct
“ Kalau saya tak ada takpe,anak2 kan ada” kata dia
“tak samalah,diorang nanti ada kehidupan sendiri,takkan saya nak kacau”
Ada je la ayat dia nak mengelak bab jaga makan ni.
Tapi sekarang dia dah insaf sebab satu kejadian
1. Inilah antara topik perbualan kami bila bercakap tentang kesihatan. Aku perasan encik suami yang sebelum kahwin “cikeding “ je,dah mulai berisi tahun demi tahun. Mula-mula dulu aku pun taklah nak tegur ke apa sebab aku pun sama naik juga makin berisi. Hahaha
2. Aku dulu2 masa umur 20-an jenis makan apa pun badan tak naik. Memang kurus sangat. Berat sebelum kahwin 42kg je. Lepas dah beranak pinak dah mula naik ke 52kg. Kemudian start umur 34 lepas lahirkan anak ke 5 berat aku makin naik dengan jayanya. Dah mula cecah 60kg
3. Sehinggalah bersalinkan anak ke 6 berat aku dah mula nak cecah 70kg. Fuh memang tak padan dengan ketinggian. Dagu dah berlapis teruk dan lemak sana sini sampai nak cari baju ready to wear memang dah susah sangat.
4. Suami yang tak beranak pinak pun turut naik sekali sebab dia memang suka makan nasi. Pagi nasi,tengahari nasi,malam pun nasi.
Orang Kelantan kan,memang biasanya suka makan nasi walaupun sarapan. Hehe
5. Bila aku dah start nak jaga makan sejak 5-6 tahun lepas,selalu gagal sebab encik suami suka belikan aku makanan dan ajak aku pergi sana sini. Last mesti ke laut. Barulah aku sedar kalau nak betul2 kurus dan sihat ni kena hasut dia sekali ni.
6. Tak sempat aku nak capai kejayaan hasut dia,aku sendiri ke laut bila mana aku stuck buat DSSS. DSSS ni kalau orang muda cepat je turun,tapi once metabolisme dah menurun,biasanya akan stuck.
7. Sampailah aku jumpa cara makan IF dan keto santai2,barulah aku rasa serasi dengan cara ni. Kali ni dah tak ke laut. Alhamdulillah dah jadi lifestyle,dah hampir 2 tahun aku tak makan nasi.
8. Suami kata dia tak boleh tak makan nasi,nanti tak ada tenaga katanya. Aku pun terangkan kat dia,dan dia dengar. Cuma dia tak nak follow. Hehe
9. Masa berlalu,suami dah mula sakit2 sana sini. Mudah penat,dan start sakit kaki. Ini bukan sakit kaki biasa tau yang dia kena. Sakit kaki yang sebelah je jadi sejuk,itu pun biasanya kena malam. Sampai tak boleh tidur.
10. Dia kan suka jadi bodyguard aku,pergi mana2 dia nak hantar dan ambil aku. Pendek kata dari mula kahwin dia suka teman aku sampai aku rasa janggal kalau dia tak teman. Kereta pun dia tak bagi aku bawak sangat dah lepas berhenti kerja dulu sampai aku dah nak lupa cara bawak kereta
11. Tapi disebabkan kesihatan dia yang tak berapa ok,dia dah mula suruh aku keluar dengan anak2 je kebelakangan ni. Dia pula lepas buat kerja kena rehat dulu. Walhal dulu jenis orang kuat kerja,turun pagi balik malam tu biasa. Setakat pergi JB dan Penang balik hari pun perkara biasa. Tidak lagi sekarang.
12. Tahun lepas pernah je dia follow cara aku suruh iaitu cut air manis dulu amal stevia yang aku guna,berat dia turun dekat 20kg tau. Dari berat 127kg jadi 107kg. Ok la kan,hanya dengan cut air manis je dulu. Siapa jenis tak kisah minum air kosong korang tak perlukan pun stevia ke apa. Tapi untuk orang yang nak ada rasa manis tanpa kalori boleh cuba stevia. Tapi pastikan stevia original berwarna teh cair hingga coklat ye sebab yang jernih kebanyakannya mengandungi pemanis tiruan,oleh itu sila hati2.
12. Dan aku perasan berat dia dah mula stuck dan stay kat situ je. Sebab dia dah sampai fasa patut turunkan karbo tapi dia tak boleh buat. Aku suruh dia mula dengan DSSS,tapi dia kejap buat kejap tak. Susah nak tinggal nasi katanya. Aku pun ceritalah kejayaan ahli2 group aku dan orang2 yang follow aku. Nak bagi inspirasi kat dia.
13. Dah elok turun banyak tu,maybe metabolisme menurun,jadinya selepas beberapa bulan berat dia naik semula. Masalah kesihatan pun bertambah. Memang dia ada masalah darah tinggi,tapi terkawal. Bila dah makin berumur dan tak jaga makan,simptom lagi cepat nampak.
14. Aku terus bagi kesedaran kat dia sambil tunjukkan contoh. Dia pun perasan aku nampak lebih sihat dan aktif. Aku sakat dia “ saya ingat kahwin sebaya kita sama2 sihat lah. Saya rasa saya kahwin dengan pakcik tua la” dia gelak je.
15. Kami ada 4 orang anak yang dah besar,2 lagi masih kecil. Mereka tu aktif dan perlukan banyak tenaga nak menguruskan mereka. Jadi suami dah tak boleh nak layan sangat diorang lately.
16. Ditambah dengan masalah kaki yang berterusan,dia terbuka hati nak buat apa yang aku suruh. Maka bermulalah fasa dia bercerai dengan nasi yang dah jadi peneman sejak kecil lagi. Ingat senang ke,tapi taklah susah kalau ada ilmu dan faham.
17. Aku fikir,kali ni mungkin gagal lagi. So aku tak nak menaruh harapan tinggi. Berat pun dah naik balik 10kg. Tapi sangkaan aku meleset. Kali ni dia betul2 tinggal nasi.
18. Aku cakap dengan dia,janganlah tinggal terus,buatlah ikut step yang aku ajar tu. Dia cakap tak nak. Nak tinggal terus. Argh sudah. Aku dah mula risau. Risau nanti rebounce jadi lagi teruk.
19. Eh elok pulak beberapa minggu sebelum puasa dia memang langsung tak sentuh dah nasi. Dia jadi seronok tu sebab sejak dia tinggal nasi dia dah hilang sakit kaki dia. Serius tak tipu. Memang tak kena dah.
20. Saja dia test sekali tu dia cuba makan nasi,sakit kaki dia datang balik. Siap pakej sakit perut dan cerry berry.
Ok,dia sambung jaga makan, buat IF dan keto santai2. Sebab masa fasa dia jaga makan tu dia dah macam detoks tau,so bila dia masuk balik nasi perut dan usus dia dah tak boleh terima.
Mesti perut dan usus tu kalau boleh cakap kan dia akan cakap macam ni kot “ aku dah elok2 sihat kau bawa masuk makanan yang aku tak boleh terima kenapa”
Hahaha
21. Dia test pulak kalau ada makan makanan ada gluten dan gula pula jadi apa. So hasilnya ialah dia boleh lemah2 badan dan kadang2 sakit kaki tu ada datang balik. Maksudnya dia memang kena cut gula dalam makanan juga. Kalau berlebihan akan sakit. Aku cakap dengan dia,sesekali teringin nak makan tu makan je la,janganlah straight sangat.
22. Alhamdulillah,dia dah mula kenal badan dia. Dan sekarang dah nak masuk 2 bulan lebih dia dah bercerai dengan nasi. Bonusnya dia dah kurang garang dan tak suka marah macam dulu. Ramai ingat aku dengan dia,aku yang garang. Orang tak tau laki aku ni yang garang dan suka marah tapi dalam hati ada taman. Jenis marah sekejap je,lepas tu ok. Hehe
23. Sekarang dia dah boleh jadi bodyguard aku balik,anak2 pun dah boleh ajak dia keluar main playground ke apa. Nasiblah kan umur dah macam ni ada anak kecik.
24. Aku selalu kata “ dulu masa anak yang 4 orang dah besar tu kita rajin melayan diorang ke sana sini,kesianlah yang 2 orang ni dapat mak ayah berumur macam kita yang dah tak larat nak melayan,kita kena sihat demi diorang. Lagipun takkan saya nak jadi janda nanti kalau jadi apa2 kat awak “
Oh ye,aku bukan “saya awak pun dengan dia”,biarlah rahsia yang tu. Segan pula aku nak tulis panggilan sebenar. Kita fokus pada point je la ye. Sweet suami isteri ni kita simpan je la sendiri.
25. Tahun ni Ramadan yang sangat bermakna buat aku sebab suami aku dah dapat kesihatan yang bertambah baik,dah dapat lifestyle yang dah jadi kebiasaan. Alhamdulilllah dah lost lebih banyak dan angka depan dah 9 sekarang. Now dia target nak angka depan 8,sikit lagi nak capai. Aku suruh dia santai2 je jangan terlalu mengejar.
26. Kami dikelilingi orang2 yang sakit sebab tak jaga makan,jadi kami jadikan iktibar sebab kami dah tengok sendiri apa kesannya pada orang tu dan juga orang di sekelilingnya. Susah awak,memang susah. Menderita sangat,nak kesian pun tak dapat apa kalau sendiri tak nak berubah. Jadi kita jaga diri kita je la. Orang lain,nak follow silakan,tak nak pun silakan.
27. Sebab itu passion kami nak cuba sebarkan kesedaran berkenaan kurus dan sihat ni sebab result kami adalah diri kami sendiri. Aku perasan rakyat Malaysia susah nak tinggalkan gula,sebab itu aku highlight produk stevia yang syarikat kami keluarkan.
28. Nak sampai ke tahap sekarang bukan senang sebab kami pernah tersalah pilih stevia yang rupanya ada pemanis tiruan dan kilang kata ok je ramai orang jual yang tu. Sampailah aku tukar kilang lain yang memang fokus stevia je dan dah hampir 2 dekad dalam bidang ni.
Aku belajar balik dan tengok sendiri proses kat kilang sebab nak cari yang terbaik.
29. Dah puas hati baru proceed. Bagi yang rasa susah tinggal benda manis elok sangat guna stevia berbanding pemanis lain sebab ianya dari herba semulajadi,zero kalori,dan membantu menurunkan bacaan gula dalam darah seterusnya berat badan pun boleh turun bila dah cut gula.
30. Dulu aku ingat stevia ni pemanis semulajadi ganti gula je,tak membantu turunkan bacaan gula. Tapi masa aku ke kilang tu aku pelik kenapa bila dia letak stevia kat jus nenas dia bacaan gula kosong sebab buah masih ada gula semulajadi.
Kilang bagitau aku yang stevia ni dia boleh “potong” bacaan gula dalam buah tu.
31. Aku pun teringat kisah wakil usahawan under company aku pernah cerita pelanggan dia bacaan gula 30 lebih,masuk wad. Amal stevia je bacaan gula dia menurun dan dia boleh balik. Masa tu aku anggap kebetulan kot. So bila orang kilang cerita barulah aku boleh relate betullah rupanya boleh menurunkan bacaan gula juga. Tapi janganlah pergi melantak banyak sangat benda manis pulak kan,makan tetap kena jaga.
So begitulah kisahnya.
Aku harap encik suami konsisten jaga kesihatan dia. Jadi apa2 kesian kat anak2 nanti. Ye kita semua akan mati,tapi selagi boleh jaga kesihatan tu jagalah. Janganlah sebab fikir mati semua mati ,maka makan tak ingat dunia. Nabi pun dah pesan jaga perut. Allah pun dah pesan jangan gemuk nanti susah nak beribadah.
So masih selesa menternak lemak? Fikir2 kanlah.
Kita nak kurus bukan sebab nak menunjuk2 ke apa. Kita nak kurus sebab nak sihat. Bila sihat banyak nikmat kita dapat.
Aku tak nak jadi janda asbab suami yang tak jaga makan. So aku rela terus sedarkan dia sampailah akhirnya sekarang dia dah dapat hidayah
Jadi korang kalau ada pasangan ke,mak ayah ke yang tak jaga makan,berilah kesedaran pada diorang. Mulakan dengan bagi hadiah stevia pun boleh. Beli dengan kami dapat garam pink percuma tau,siap ada support group dan ebook resepi berasaskan stevia.
Sempena bulan puasa ni aku nak bagi sample percuma stevia la pada friendlist dan yang follow aku ni sebagai tanda penghargaan. Korang klik je link kat komen tu nanti team aku update cara2 nya kat sana ok.
Semoga korang semua diberikan kesihatan yang baik selalu. Amin