Skip to main content

MCO ni dibuat oleh orang yang bulan-bulan dapat gaji tetap walaupun terkurung kan?
Pernah tak cuba fahami nasib rakyat yang kais pagi makan pagi, yang kena buang kerja, yang tak dapat berniaga lalu tak ada pendapatan? Pernah tak?
Paling – paling pun keluar ayat ” kami memahami. Kami bersimpati. Tolonglah patuh SOP, jaga jarak, pakai sanitizer.”
Sebab gaji semua jalan kan?
Kalau kita sama-sama merasa gaji tak berjalan duduk rumah, nak tak sambung menyambung lockdown separuh masak ni?
Dah jelas kes tinggi sebab industri dan tempat kerja, lagi buka. Lepas tu yang menanggung satu negara.
Kerajaan bukan gagal, tapi lembap. So lembap.
Maaf tulis cara bodoh macam ni. Saya cuma duk fikirkan nasib orang lain sebab saya pun asal orang susah. Jadi sakitnya tu di sini sangatšŸ˜­

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply