Skip to main content

“Bagusnya dia, pandai urus adik. Berapa umur dia puan”

Tanya seorang wanita di kedai makan pagi tadi.

“Oh,umur dia 13 tahun. Dia memang pandai jaga adik. Pandai kemas rumah, cuci baju, masak nasi dan lauk simple. Memang rajin yang ni.”

“Bagusnya. Insyaallah dia akan jadi pemimpin satu hari nanti. Akan jadi manusia bertanggungjawab dan berguna. Amin”

Surfina pun tadah tangan macam ni gais. Ni kira ulang tayanglah ni, lakonan semula. 😅

“Pandai dia aminkan abang dia. Mesti sayang abang ni. ”

Kami pun berbual ringkas. Guru sekolah menengah rupanya. Dia cakap sekarang susah nak jumpa budak lelaki macam ni. Biasanya serba serbi tak pandai. Nanti dah kahwin semua bini kena buat.

Selepas berlalu dari situ, saya terfikir. Kadang kita ni selalu rasa anak belum bagus, itu nak kena baiki, ini nak kena baiki. Hakikatnya di luar sana ramai ibu bapa yang jauh lebih struggle dengan anak masing-masing.

Maka bersyukurlah jika anak masih mendengar kata dan mudah dibentuk.

Cabaran belum berhenti. Banyak lagi yang menanti.

Jom didik anak menjadi anak yang baik sehingga ke akhir hayat mereka.

Semoga berjaya dunia akhirat anak-anak kita semua. Amin.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply