Skip to main content

Cara saya simple je.

Saya akan ajar atau bimbing orang yang nak sahaja. Jenis – jenis nak tunjuk pandai, rasa besar diri, bagi ilmu sikit dah rasa hebat, ikut kepala sendiri saya memang tak layan.

Sebab saya dah lalui saat melayan orang – orang macam ni bertahun lamanya.

In the end?

Kita juga yang letih.
Kita juga yang dikhianati.
Kita juga yang disakiti.

Jadi bila dah berumur, bila nak hidup tenang, golongan macam ni nombor 1 yang saya akan jauhi.

Tak suka kita. Tak puas hati dengan kita, tapi tak nak pergi terus. Dia akan buat hal dulu.
Jadi virus untuk tarik yang lain.

Golongan macam ni kena cantas cepat sebelum dia sebarkan virus dia.

Kalau nak sakit, simpanlah.

Kalau boleh nak suruh orang sembah dia, ikut segala kemahuan dia.

Dalam diam dia akan protes dan buat hal.

Cepat dengan lambat je akan terbongkar.

Betullah kata seseorang, ada jenis orang, dia pandai sikit je berlagak terus.

Ilmu tu semua pinjaman Ilahi. Kalau yang dengan sikit pun dah berlagak, memang Allah tak bagi dah yang selanjutnya.

Ada je caranya Allah hentikan kita bila berguru. Sebab kita belum layak nak berguru lebih banyak.

Keberkatan pun berkurangan sebab kita menyimpan perasaan tak enak pada orang yang berkongsi rezeki dengan kita.

Sebaiknya jangan buang masa. Tak suka, let it go je.

Rezeki dia pun Allah yang bagi. Bukan kita. Kita tak ada, Allah ganti yang lebih baik kepada dia. Jangan fikir asbab kita dia berjaya sebab kita tak tahu rahsia kejayaan sebenar seseorang.

Carilah rezeki lain yang lebih berkat dari kita buat dosa kering tak puas hati segala benda kat orang yang berkongsi rezeki tu.

Teguran buat semua yang nak ambil secara positif. Yang suka fikir negatif, ikut uols.

Tak koser bak kata salah seorang team. 😪

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply