
Best!! Akhirnya dapat juga jumpa dengan team MHAMERS di Kota Kinabalu, Sabah walaupun tak dirancang. Kebetulan ke sana untuk percutian keluarga, peluang sebegini memang rugi sangat kalau dilepaskan, maklumlah nak datang ke Sabah ni bukannya selalu macam kita pergi ke Kuala Lumpur.
Walaupun dirancang pada saat akhir, ramai yang boleh datang. Kalau dirancang betul-betul, insya Allah boleh tempah satu dewan ni, kata SuperStokis Sabah.
Kagum sangat – ada yang dukung bayi yang masih kecil, ada yang baru habis pantang, ada yang sangat jauh contohnya dari Kota Belud dan Labuan. Tanpa alasan, mereka sanggup datang untuk bertemu muka. Datang pula bukannya dengan tangan kosong, siap buah tangan lagi. Terharu sangat.
Orang Sabah memang aura dia lain macam. Sangat positif, bersemangat, rajin, sikap menghormati yang sangat tinggi, kemesraan, keikhlasan dan banyak lagi la. 🙂
Terima kasih kepada SN Sabah, Nurul Aqidah Sulaiman yang banyak sangat membantu sepanjang di sana. Ketua yang sangat disayangi oleh anak buah. Terima kasih juga kepada Kak Norah Tuah, stokis Kota Kinabalu, agen baru dari Kota Belud dan semua yang hadir, antaranya Ili Shazana Samat, Zawiyah Michael, Erdie Sherry Syabil, Natrah, Salmia Muri dan Azirah Saidin.
Tak lupa juga semasa di Kundasang, cik puan yang baik hati, sanggup menunggu sebelum bergerak ke tempat kerja hanya kerana ingin bertemu dan memberikan buah tangan.
Kagum dengan semangat Team Sabah. Semoga menjadi contoh kepada team lain.
Ketua bersemangat, anak buah dapat auranya. Kalau ketua beralasan, ahli team pun krik krik dan kurang menyengat.
Kepimpinan melalui tauladan. Tahniah dan semoga kita terus sukses bersama, insya Allah 🙂
