Skip to main content

Throwback percutian 2 dalam 1 ke Swiss Garden Melaka

Disclaimer :
Percutian ini atas urusan kerja sambil bawa anak berjalan dan bukan semasa PKPB.

Waktu ini Selangor sudah kena PKPB dan kami berada di Pahang. Memandangkan tak boleh lalu ikut KL dan Selangor,kami ikut jalan alternatif iaitu Jempol sampailah ke Melaka (nak cerita detail jalan dalam ni kena tanya en suami).

Kali ini kami ada program dengan stokis dan agen Melaka di Masjid Tanah. Sebelum ini kami dah pernah stay di Pengkalan Balak,sebuah lokasi di sini di tepi pantai.

Jadi untuk kali ini kami bercadang untuk menginap di kawasan bandar. Ada beberapa hotel juga yang saya survey. Pilihan pertama Hotel The Pines ,bilik yang balkoni dia ada pool tu,tapi penuh.

Jadi lepas survey saya memilih Swiss Garden. Lokasi sangat strategik. Memang dekat sangat pusat bandar. Siap boleh nampak Sungai Melaka lagi dari bilik. Apa yang menarik dapat menikmati pemandangan bandar Melaka.

Dari segi makanan, sebab PKPB ,SOP di tempat makan agak ketat. Kanak-kanak tak boleh ambil sendiri makanan dan ia agak menyukarkan sebab kami pun bawa semua anak kali ni,6 orang. Hari pertama je saya makan situ,hari seterusnya kami makan di luar sahaja.

Dari segi bilik,semuanya ok,luas,selesa dan bersih. Memang sesuailah untuk bercuti. Boleh ambil connecting room jika anak ramai.

Kolam dia besar dan ada mini playground untuk kanak-kanak. Kolam dia mesra kanak-kanak dari semua jenis umur.
Tempat mandi dewasa pun puas hati,ada dua bahagian. Apa yang best,tempat untuk orang dewasa menunggu pun banyak dan selesa.

Hotel ni bersambung dengan mall The Shore. Tapi kami tak pergilah pulak.

Tempat yang kami sempat pergi ,macam biasa Kota A Famosa sambil naik beca dan Dataran Pahlawan.
Aktiviti lain yang sempat buat naik bot keliling Sungai Melaka sambil dengar orang berceloteh tentang info dan sejarah Melaka. Kat sini pun boleh tengok macam-macam.

Kami tak banyak berjalan walaupun kebanyakan tempat sangat lengang.

Ye la,kena beringat juga kan. Musim wabak pandemik ni apa-apa pun boleh terjadi.

Prinsip saya mudah je,jangan takut sangat dan janganlah berani sangat. Biar bersederhana dalam semua benda.

Next time boleh repeat lagi kat sini.Not bad.

P/s : Nak tengok pemandangan waktu malam dari sini, tengok video akhir. Ohsem sangat.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply